Khamis, 11 April 2013

INFO : Si Kidal @ Lefthanded

owh, saya suka tengok orang kidal bila dia buat kerja. dalam keluarga saya, anak ke3, ke6 dan yang ke9 kidal. boleh pulak main sifir-sifir ni ya. pernah satu hari saya study dengan sorang kawan. duduk berhadapan lepas tu saya tergelak tengok dia tulis guna tangan kiri. macam cacat je. untuk menulis buku pun senget! lepas tu kena ketuk kepala sebab gelakkan orang. marah betul kawan saya tu!
sweet je kan

serius! bila tengok ada orang kidal cuba belajar makan tangan kanan, lagi nak tersenyum. macam ada simen je kat tangan tu. payah benar nak dibengkokkan. ekeke.. amboi, bukan main saya ni. sedangkan saya pun kidal juga sebab saya di antara 3 beradik sifir 3 saya tu. hehe.. sebab selalu tengok orang, tak perasan diri sendiri pun kidal. tapi, saya sukalah KIDAL walaupun waktu kecik dulu makan guna tangan kiri lepas tu kena lepuk dengan umi. kalau menulis, buku tu mesti senget 180 darjah! entah kenapa. tegak macam nak bagi orang sebelah baca. selalu kalau nak tolong umi kat dapur, umi suruh kupas kentang je sebab tak bahaya sangat berbanding guna pisau tai pisau pengupas tu rupanya untuk orang yang righthanded je. terpaksa saya zapp dari atas ke bawah akhirnya..... kulit tangan yang terkopak! umi!! dahlah kat tempat yang selalu orang potong urat nak bunuh diri tu (pergelangan tangan). lepas tu umi beli yang 2 ways. left ke right ke semua boleh guna. terima kasih umi. masalah makan? noo.. saya budak baik, makan guna tangan kanan tapi bila tang sudu o garfu, mesti kena guna kiri juga sampai menangis kena paksa dengan umi. "nanti dah besar gabak baru nak belajar, orang tengok pun tak lalu!" kata umi. (takut anak dia tak ada orang nak buat menantu kot. hehe) orang kata, kalau nak tahu dia ni kidal ke tak, bila dia berjalan, hayun tangan belah kiri mesti lebih dari yang kanan. yeke?

 0h ya, kidal itu adalah seseorang yang biasa (seiring) membuat sesuatu perkara itu menggunakan anggota kiri (makan, sepak bola guna kaki kiri) tapi takde pulak gatal-gatal nak tengok guna mata kiri je. mata kanan statik. hehe
hoh, bangga (sedangkan takde maknanya kalau dungu jugak)

orang selalu kata orang kidal ni KEBIASAANNYA bijak. jadi saya memang luarbiasalah sebab kurang bijak. Takpelah, yang penting berusaha ke arah bijak tu, kan? tapi memang seronoklah tengok orang kidal menulis. diri sendiri? saya mana ada menulis depan cermin.

KIDAL. Otak manusia mempunyai 2 bahagian. kiri dan kanan (tak termasuk otak kecil ya) OTAK KIRI : mengatur pergerakan dominan bahagian dari tubuh sebelah KANAN dan begitulah yang sebaliknya bagi otak kanan. jadi maksudnya, kalau korang tengok orang yang righthanded ni maknanya dia didominasi oleh otak kiri. sebenarnya tak ada masalah pun kiri ke kanan ke. yang penting usaha kita itu sejauh mana ingin menuju ke arah positif. apa, ingat orang kidal tak ada yang merompak ke? (sebab terlebih bijak mungkin)
cuma mengikut sains, otak kiri = yang tidak kidal memiliki kemampuan mengira (mudahlah nak jadi pakar math) mungkin sebab tu saya alergik pada math juga nalar sistematik yang lebih bagus dan bersifat rapi.
sedang orang yang didominasi otak kanan = kidal memiliki kemampuan abstrak yang labih bagus (eceh) memiliki jiwa seni (eceh lagi) dan ekspresi perasaan yang lebih bebas *tapi kalau penyepah tu seni jugak ke?mungkin..

saya terbaca dalam satu forum, ramai orang seni yang kidal? oh yeah? macam man kidal kut. cikgu saya, dia boleh menulis 2 belah tangan serentak dengan hasil yang sangat kemas! kanan tulisan rumi, kiri tulisan jawi. hebatkan? saya? kalau menulis guna tangan kiri, macam budak 4 tahun. Allah hebat sangat! boleh cipta manusia yang sama tapi lain-lain fungsi. (ayat apa ni?) psstt.. ada orang kidal tak suka dia kidal. bersyukurlah. sekurang-kurangnya ada tangan untuk makan, minum, menulis dan bekerja.

Antara insan terkenal yang KIDAL
- Barack Obama - Bill Clinton - Albert Instein - Tom Cruise - Marilyn Monroe - Bruce Willis - Angelina Jolie - David Archuleta - Paul McCartney (Beattles) - Lin Dan (hehe.. kenapa Lee Chong Wei tak kidal)

*tapi ada negara/daerah yang namanya Kidal jugak tau. entah-entah semua rakyat Kidal tu Kidal tak? atau orang yang namakan negara tu peminat Man Kidal. hehe..

- selamat membaca, tambahkan ilmu jadi orang berguna..

1 ulasan:

  1. oho z.. totally forgot z kidal jugak!! he2. artikel menarik. tang terkupas kulit kt area nadi tu. kita pn sama. klo potong buah mangga/pelam, msti kene tegur ngan umiabah.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.