Khamis, 24 Oktober 2013

Alkisah Kokuryu

Bismillah..

Skip sekejap tentang Perth. Saya nak share untuk wanita-wanita je tau. Nak share dengan kaum suami/bapak-bapak pun boleh.. Bedak Arab Kokuryu. Dah berbulan-bulan orang buat promosi pada saya. Dari harganya RM50++ sampailah dan turun seturun-turunnya, saya masih buat tak berapa nak Nampak walaupun testimony dari kawan-kawan berlambak-lambak dalam group tu. Sebabnya banyak keperluan lain. Lagilah dah ada anak, semuanya pergi ke anak.
Sampailah satu hari waktu Raya Haji, emergency tak ada bedak. Maklumlah, muka tapai. Kalau tak pakai bedak, shining semacam. Seganlah, macamana nak upgrade jadi 5 bintang ni. Lagilah nak pergi bersilaturrahim di Kenduri Zon Haji Umrah di rumah kakak. Jadi pinjamlah setepek dua bedak dari Kak Sarah. Terima kasih ye Kak Sarah antara orang yang hangat bercakap tentang bedak ni.
Pakai-pakai, rasa soft pulak. Sebelum ni pernah pinjam orang punya jugak. Nak trylah kononnya tapi tepek punya tepek, gosok punya gosok, bedaknya tak keluar dari summer cake tu. Sapu teruk-teruk kat pipi sampai nak tercabut kulit  Tu yang rasa kokuryu buat gempak je nih. Rupanya sendiri yang culas. Bedak ni cara pakainya kena basahkan sikit span dengan air. Barulah Nampak hasilnya. Kiranya, bedak sekali dengan foundation.
Hari agak terik, berpeluh-peluh. Dalam hati dah terlintas, aduh, kelabu dah muka. Biasalah, muka tapai bila tepek bedak + peluh, jadi kelabu.
Tiba-tiba adik dating tegur, “Pakai Kokuryu eh?” oh, mana tahu pulak budak ni. Busybody. “sebab muka merah dan tak Nampak bertompok (jenis bertompok kalau dah peluh).” Oh.. betullah tu. Dan seperti biasa, adat perempuan, pergilah menonong cari cermin. Haah la, tak hilang bedaknya. Nampak smooth dan tak kelabu. Boleh tutup cela dengan sempurna dan gelap bawah mata. Lagipun 1 summer cake tu 50g. banyak tu. inshaAllah tahan lama. Alhamdulillah..
bajet kokuryu.. tudung putih, busybody

Ini kod bedak untuk ton kulit:
1.       Russet : untuk kulit natural/sawomatang. Boleh dikatakan sesuai untuk tone kulit orang Asia
2.       Orange Blush : untuuk kulit cerah/sederhana cerah/putih kekuningan(kunign langsat)
3.       Cherry : untuk kulit sederhana cerah
4.       Cherry Pink : untuk kulit cerah/putih
5.       Roshelle :untuk kulit cerah/putoh (lebih kurang cherry pink)
6.       Sunset Tan : untuk kulit gelap kemerahan
7.       Puggy Pink : untuk kulit cerah/sederhana cerah
8.       Summer Tan : untuk kulit sawomatang/gelap
9.       Olive Rose : untuk kulit sawomatang
1 .   Amber Rose : untuk kulit sederhana gelap/sederhana cerah
1.   Jade : bertindak sebagai concealer (menutup cela)

 
ambil testimoni orang ler..
Apalagi, terus laju-laju Tanya yang pernah promosi tu, ada lagi ke promosi Oktobernya :D baru nak beli. saya pakai RUSSET. pembekal yang suggest. Maklumlah, biarlah sekali keluarkan duit, puas hati dan pakai lama. Mak pun terpikat, beli sekali. inshaAllah, berusaha kan kan? Lagi-lagi kalau nak menatap suami nanti apalagi waktu nak sembahyang.

Tapi saya tak jual Kokuryu ni. Kalau nak, saya boleh bagi contact orang yang jual. Hanya perkongsian sahaja. Semoga bermanfaat. (srikandi dan bidadari)

*dengarnya, orang Arab pakai 1 badan. erkk?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.