Khamis, 24 Oktober 2013

CATATAN PERTH : Oh.....


Assalamualaikum.


 Alhamdulillah, setelah lama menyepi, berjaya buka semula blog ni. Kemain terjah terus buat katalog! buat kawan-kawan yang pernah mengikuti perkembangan blog yang seciput ni, terima kasih atas dorongan dan semangat masing-masing. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat hingga ke hujung. Saya bukanlah pandai sangat mengenengahkan isu-isu berat. Apalagi berbahas dan bermain kata. Kalau nak berkongsi-kongsi tu, bolehlah.
Sepanjang di Perth pun saya tak ada pun berkongsi cerita. Jadi untuk entri ni kononnyalah, saya nak kongsi pengalaman di negara kanggaru tuh walaupun duduk sana 3 bulan, sekali je nampak kanggarunya :’)

smart je landing..
16 Mei. Permulaan ke negara orang ni, menghadapi imegresen yang sangat ketat. Huh, berpeluh tengok Qitmir besar datang goyang-goyang ekor pusing keliling troli. Mengesan kalau-kalau ada bahan larangan yang dibawa masuk.
 Alhamdulillah, lepas.. Keluar saja dari balai ketibaan, ternampaklah sesusuk tubuh berjubah putih atas ke bawah dari celah-celah jeans, Prada, Valentino, Versace, Guess, Marc Jacobs, Gucci.. dah macam shoppaholic je

oOhh..

Saat itu baru terasa, oh, inilah namanya bara api. Nampak kecil di celah-celah kegelapan malam. Namun bara api yang kecil itupun kita tak mampu hendak genggam berlama-lama. Dan bila saat anginnya yang bertiup, maraklah bara api itu satu masa nanti, InsyaAllah.

Di sapa angin pertengahan Mei yang membawa bayu bulan Jun yang dingin, oh, begini rupanya musim sejuk. Macam duduk dalam peti ais besar. Baru jam 4 petang, cadang nak jama’ takhir. Penat bertapa dalam AirAsia 5 jam. Rupanya, dah nak masuk Maghrib! Oh, musim sejuk siangnya pendek. Subuh seperti biasa (5.30-6.00) tp Maghribnya awal (5.00-5.45). bergegaslah sembahyang.

Jejak saja kaki ke dalam bilik air, terus di fikiran terlintas, “Oh, betullah. Lain negara, lain adatnya walaupun beragama yang sama.” Tandas tak ada paip. Uh, jenuh nak membersihkan diri dan berwudu’. Masih belum biasa. Terima kasih tuan rumah, sudi menumpangkan ruang untuk beribadah. Terasa kagum dengan orang yang begini, mampu memecahkan privasinya demi untuk Islam. Semoga selamat hingga ke hujung..


Selepas itu, barulah berangkat ke stable kuda di Wandi. pertama kali dengar WANDI, rasa nak gelak pun ada sebab sebutannya pun wandi. bukannya wendi ke kan.. bajet omputih Kawasan ladang, jauh 30-40 minit dari bandar Perth. Sampai-sampai, makan dulu. Lapar + sejuk. Suasana Wandi, disambut lagi dengan Encik Daud, Puan Zainab (isteri pertama) Puan Sarah (isteri kedua) dan si nakal Berkat, anak Puan Zainab. Terpesona sekejap tengok ke-handsome-man Encik Daud. Rambut perang tuh! Terbuai-buai macam iklan Pantene. Puan Sarah dan Puan Zainab jangan baca blog nih. Habis nanti salah sangka :D
 
segak kan Encik Daud ni? baka Arab, aktif dan lasak. bulu berkilat

garang betul.. kuda pun tahu marah anak kalau nakal sangat
bulu berkilat semacam

Sarah bawak anak tiri jalan-jalan



hebatnya kalau manusia pun dapat berpoligami seindah ini kan?
 Itu coretan pertama di Perth. insyaAllah akan dikongsikan lagi. Bumi Tuhan itu luas, Cuma yang sempitnya, roh dan akal kita. Semoga berjaya menjadi abid dan pejuang.

Salam.. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.