Isnin, 28 Oktober 2013

Duhai Siti Fatimah :')

Bismillah..



saja gatal-gatal tangan nak menulis tentang entri ni. sebab teringat pada anak yang nun jauh di mata. beberapa hari lepas dah ikut walidnya ke Johor untuk dijaga dengan oleh Cik Nad, makcik baru dia. bila ditanya-tanya, Alhamdulillah, tak banyak meragam. mungkin sebab ibunya pun tak adalah teringat-ingat sangat. saja mengada-ngada buat flashback urutan gambar dari kecik sampai besar. untunglah dapat mak ada blog. haha!


kalau dah buat muka kesian, aduh.. tak jadi nak marah.


kawan-kawannya.
kena sengetkan gambar. kalau tegak rasa mcm budak yg taknak dan takkan bergerak!


*selitan* mahdi yang mudah demam dulu2

suka main air

abg amru tak pandang sebelah mata pun
gaya tidur yang sama. haih..
susah nak senyum macam ibunya la..
bersama sepupu di wandi, perth. kembar 3 orang

menyampah dengan entri ni? pergilah usha katalog. hihihihi..

DOA KU : 

Ya Allah, atas kurniaan ini, aku niatkan lahirnya untuk Islam. semoga kelahirannya di dunia bersama manfaat dan berkat. letakkan di dalam hatinya bahagia dan kelapangan agar jiwa juangnya kuat dan mampu berjuang tanpa keluh kesah. 

pagarkan dirinya dari kejahatan lahir dan batin dan pagarkan dia dari mewarisi kejahatan nafsu mazmumah aku.

selamatkan dia di dunia dan di akhirat. biar ingatannya pada ku tidak selalu namun janganlah luput nama Mu dari hatinya.

andai satu hari Kau mengambilnya dari ku :') aku reda asalkan biarlah Kau mengambil dia atas dasar kasih sayang Mu.  kerana bahagia bersama di syurga itu lebih hakiki dan berkekalan abadi di samping kekasih-kekasihMu.

wahai Siti Fatimah Az Zahra, semoga kamu mewarisi peribadi puteri kesayangan Nabi itu agar kamu turut menjadi kesayangan baginda. 
salam sayang - ibu :')


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.