Rabu, 12 Mac 2014

(Allah Mencintaimu) : La Tahzan


Bismillah..

Sejak dua menjak ni,status BBM seakan dilanda hujan lebat beserta dentam dentum guruh lagi berpetir *hiperbola* Mungkin sebab itulah Malaysia dilanda musim kemarau. Tak kurang juga rintihan-rintihan di ruangan moment Wechat dan Facebook. Biarpun ayat-ayat berkias, dapat jugaklah mengagak masalah-masalahnya. Semenjak dua menjak ini pun, diri terasa lemah. Ujian kecil tapi rasa sakitnya tahap petala langit ke7. nampak sangat jiwa yg kecil cikunit

Allah..

Baru-baru ini pulak kita SEDUNIA dikejutkan seterkejut-kejutnya dengan kejadian nahas MH370 yang bagaikan tidak berpenghujung hinggakan 1 dunia menangisi nasib pesawat malang ini. Saya pun terbayang-bayang keadaan mereka terutama 2 orang bayi yang termasuk di dalam senarai penumpang.

bila manusia kembali belajar mengiktirafkan kekuasaan ALLAH..




Sebenarnya Tuhan dah timpakan bermacam-macam ujian sebagai peringatan kepada kita sebelum kemuncak nahas ni. Tapi almaklumlah manusia yang bertuhankan nafsu dan teknologi, masih tak nampak-nampak peringatan Tuhan di situ. Antara pre-klimaksnya Tuhan buatkan kemarau yang dahsyat di Malaysia hingga suhu kepanasannya menyamai suhu kepanasan di padang pasir nun di Mesir sana.
Dan kini Tuhan memperbodohkan semua hamba-hamba teknologi ini (bak kata seorang pilot yang ditemuramah di TV3 *klik di SINI atau SINI utk mobile download) dengan mem’buta’kan semua kecanggihan teknologi seluruh dunia. Tercangak-cangaklah manusia dibuatnya.

Buat mereka (umat Islam terutamanya) yang sedang bersedih di atas tragedi ini dan juga mereka-mereka yang ligat menaip rintihan-rintihan di media sosial, baliklah semula kepada cara Rasulullah di dalam menangani kesedihan. Hebatnya Islam, perkara sebegini pun diberi panduan.

(( Baginda mahukan yang TERBAIK untuk kita tapi kebanyakan dari kita LARI DARI BAGINDA kerana TIDAK MENGENALI BAGINDA dan KEBAIKAN YANG DIBAWANYA ))



LA TAHZAN

Pada sifatnya, RSAW adalah seorang insan yang sentiasa di dalam kesedihan. Indahnya RSAW, antara kesedihannya kerana risaukan kita sebagai umatnya.

(( diceritakan; seorang jenazah telah diangkat ketika Nabi sedang duduk maka apabila Nabi melihatnya, baginda pun menangis. Jenazah itu adalah jenazah seorang Yahudi yang mati di dalam kekufuran. Baginda ditanya, “Apa yang engkau tangisi, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Jiwa yang baru ditunjukkan kepada ku akan dibawa ke neraka.” ))

Antara lain sebab KESEDIHAN RASULULLAH, adalah melalui pelbagai ujian dan berpisah dengan ramai orang yg dikasihinya.

-        -   Kehilangan ayah
-         -  Kehilangan ibu
-          - Kehilangan kekasihnya; isteri yang banyak berkorban, Khadijah
-          - Berpisah dengan orang yang banyak menyokongnya iaitu pakciknya, Abu Talib hinggakan tahun itu digelar sebagai ‘Tahun Kesedihan.’
-          - Kematian anak-anak lelaki baginda, Qasim, Abdullah dan Ibrahim. *bayangkanlah kehilangan 3 orang anak lelaki, semuanya :(
-         -   Pemergian anak-anak perempuan pula; Zainab, Ruqayah dan Ummi Kalthum. Semuanya ditimpa penyakit dan meninggal dunia.. sayunya hati seorang ayah. Mengebumikan anak-anaknya dengan tangannya sendiri
-          Dan lain-lain peristiwa...

(( di waktu Ibrahim meninggal dunia, Nabi SAW telah menangis dan bergenang air matanya. Maka seorang budak lelaki telah melihatnya dan bertanya, “Ya Rasulullah, engkau juga menangis?” baginda bersabda, “SESUNGGUHNYA MATA MENANGIS DAN HATI BERASA SEDIH DAN TIDAKLAH KITA MENGATAKAN SESUATU MELAINKAN YANG DIREDHAI ALLAH. SESUNGGUHNYA KAMI BERSEDIH DENGAN PERPISAHAN DENGAN MU, IBRAHIM.” ))

Bagaimana RSAW bersedih dan bagaimana RSAW menguruskannya ;

RSAW mengajar, bila kita bersedih, kembalikanlah semua perkara itu kepada Allah (sabar).

FIRMAN ALLAH SWT ; Dan berilah berita gembira kepada mereka yang sabar iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UUN (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah tempat kami kembali).

Antara sifat RSAW apabila terlalu sedih atau gelisah, baginda menyapu kepala dan janggutnya lalu berkata, “HASBIYALLAH/HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL” (cukuplah Allah sebagai penolongku/kami).

Setiap perkara yang kita lakukan, ada adab dan batasnya macam tu jugak bila kita tengah bersedih. Ada orang bila sedih, frust terguling, mulalah mogok lapar, tak nak buat apa-apa atau dah tak ada arah sangat, conteng-conteng kat tangan. Lagi dahsyat, boleh pulak dikelar-kelar tangan tu, konon frust sangat sampai dah tak mampu hidup hingga perkara yang paling dahsyat; tahap MEMBUNUH DIRI. Nauzubillah..
Tenangkan jiwa dan pandang semula ke belakang 1500 tahun dahulu. Antara perkara yang ditekankan RSAW ketika kita sedang frust tergolek, sedih sampai seret dahi, menangis sampai kering alam, batas-batas syariatnya tetap ada. Biarpun seberat manapun ujian itu, ianya datang dari Allah untuk kita demi menyelamatkan kita dengan kembali semula kepadaNya.

JANGAN ;
Menjerit
Menangis dengan tangisan yang melampau.
Mengoyakkan pakaian. (dialah yang paling sedih la tu)
Menampar wajah (Dah tambah dosa menzalimi diri sendiri)
Meratap
Menyebut kata-kata yang tidak beradab dengan Allah. (Cth; kenapa aku? Kenapa Tuhan buat aku begini? Kenapa kenapa kenapa kenapa) *RSAW MELARANG KERAS PERBUATAN INI


“ALANGKAH MENGAGUMKAN KEADAAN ORANG YANG BERIMAN KERANA SEMUA KEADAANNYA ADALAH KEBAIKAN DAN INI HANYA ADA PADA SEORANG MUKMIN; JIKA DIA MENDAPATKAN KESENANGAN, DIA AKAN BERSYUKUR, MAKA ITU ADALAH KEBAIKAN BAGINYA. DAN JIKA DIA DITIMPA KESUSAHAN, DIA AKAN BERSABAR, MAKA ITU ADALAH KEBAIKAN BAGINYA.” –SABDA RSAW




Buat jiwa-jiwa yang ditimpa musibah di dunia ini, fikirlah semula tentang perpisahan dengan RASULULLAH SAW. Kerana sesungguhnya, tiada musibah yang paling besar melainkan perpisahan kita dengan RASULULLAH SAW di dunia ini :’)

= doa agung yg diajarkan Rasulullah ketika menghadapi kesedihan dalam entri selepas ini =)
 
#prayforMH370

RahsiaCintaNabiku,
Hzinnirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.