Selasa, 27 Mei 2014

Aku Tak Hingin Pun Duit Kau!!

Bismillah..
Baru-baru ni tengah baca news feed di akaun laman sosial, tiba-tiba mata ni terlintas satu status seorang peniaga online ni. Ku 'friend' dengan dia sebab sebelum ni pernah jadi salah seorang ejen dropshipper. Tapi disebabkan kekangan masa dan jarang online, ku mengundurkan diri.
Waktu baca status tu, rasa macam sentap pulak walaupun bukanlah ditujukan pada ku sebab ku tak pernah membeli dari dia. Antara salah satu ayatnya membuatkan ku cukup rasa sedih untuk insan yang ditujukan tu..
"Kecoh. Baru beli satu barang dah bising minta tracking number. Orang lain pun beli jugak, lagi banyak dari kau. Aku tak hinginlah duit kau yang setakat RM (bawah RM50) tu!"
Ku taknaklah tulis angka tu sebab rasa tak sampai hati. Ayat kat atas tu pun ku edit-edit sikit, tak ambil semua tapi itulah intipati, tujuan utama dia menulis status tu. Ku terbayang kalau org yang dimaksudkan tu terbaca. Mesti dia berkecil hati. sentap kott..
Ku bukan nak burukkan sesiapa, apalagi nak back up ke apa ke.. Tapi manusia memang mudah lupa yang nikmat tu Allah bagi. Bila-bila masa kita boleh tersungkur. Takkan waktu tu baru nak beringat??
Dari pandangan ku, di sisi peniaga :
- Dia sibuk, banyak parcel yang perlu diuruskan.
- Perlu taip satu persatu tracking number (dapat pulak yang jenis tak minat nak menulis)
- Perlu cek produk banyak kali supaya cukup dan tak tertukar produk.
- Jadi bila si pembeli asyik mesej minta track number, dia bengang dan serabut. Tapi dia kena selalu ingat, pihak pembeli ada hak yang perlu ditunaikan dgn sebaiknya.
Di sisi pembeli :
- mungkin pertama kali membeli secara online. Takut ditipu memang tak boleh dielakkan sebab sekarang terlalu banyak kes penipuan online
- mungkin pernah mengalami pengalaman pahit semasa membeli secara online. Pernah ditipu dan takut berulang. Jadi, setiap ralat yang berlaku, dia rasa terganggu. Tak mustahil sampai tak tidur malam. Ku pernah rasa benda tu. Fobia..
Entri ni ku highlight-kan buat peniaga online. Janganlah menunjukkan sgt yg kita penat, serabut dan bajet kaya banyak kerja. Tak salah kalau kita cakap pelan-pelan, yakinkan customer. Mungkin RM50 tu celah cagu gigi je tapi ada sesetengah orang, RM1 pun cukup bernilai. Tak perlulah sampai tertimpa pada diri sendiri nanti, baru nak teringat..
Ku pernah jadi peniaga online juga dan ku pun pernah jadi pembeli online. Customer is always right even depa cekadak pun. Nasiblah adat berniaga online. Benda takde depan mata.
Sedangkan medan web shopping online yg megah dan terkenal pun pernah ada kes ralat, lagilah kita yg cikunit ni. Tak mustahil satu hari Tuhan buat kita hilang semua.

Salam.. Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.