Isnin, 30 Jun 2014

Aussie : Wlliams Night & Keju vs Nasi

Bismillah..


Catatan Perth terus tercoret. Sebab waktu di sana, memang hampagas betul tak ter-update.. Ada beberapa orang kawan yang tanya tentang gambar ni..




Ini saat yang paling teruk tapi best. Mana nak dapat pengalaman macam ni? Waktu ni, kami dalam perjalanan pulang dari Katanning. Puas beraya di negara orang, semuanya hidang kuih raya dan air gas dalam tin. Special sikit, tiram dalam tin (takkan ku lupa rasanya >..< ). Tercari-cari juga nasi himpit, kuah lontong T-T hampa..

Hari kedua beraya semua dah menggelepai bila jelajah raya di Katanning tidak berjaya menemukan nasi himpit mahupun nasi putih, nasi goreng dan yg sewaktu dengannya. Sadis.. Melayu tetap Melayu.

Akhirnya rumah terakhir dia hidangkan makanan berat. Pumpkin soup yang memang sedap lazat berkrim dan pasta keju yang berlemak-lemak-lemak lazatnya tapi.. insan-insan Melayu yg menjadi tetamu semuanya menangis dalam hati. Rupanya CHELSEA CHEESE KALAH HABIS DENGAN NASI PUJAAN USUS-USUS KAMI. Memang puas hati makan, tapi ajaib, selagi tiada nasi, fokus terganggu..konon...


Idaman nafsu kalbu
Mengejar masa, trip pertama kena bergegas pulang ke Perth. Tak silap perjalanannya 4 jam.. Satu van yg membawa muatan agaj berat dan satu kereta (ku, suami, anak dan 2 lelaki di bahagian depan). Melalui jalan yg panjang, melintasi ladang yg luas, hutan yg tebal, tanpa lampu jalan, terlayar filem pembunuhan/misteri/hantu garapan mat salleh.. Rupanya semua cerita itu ada logiknya. Memang takde cahaya apa pun, rumah orang apatah lagi.


Kalau takde flash, memang macam gambar di atas. Hanya cahaya lampu kereta saja T_T

Dalam perjalanan, En Suami dan kawan-kawan dah meeting rancak minta ku masakkan nasi di rumah. Lauk ikan salmon yg banyak. Cukup stok untuk 3 bulan makan. Nasi putih panas-panas.. Lauk kering pedas-pedas.. Makan ramai-ramai sebelum tidur...... Toinggg~

Tiba-tiba van terhenti. Nasi panas, salmon pedas ghaib dari angan-angan. Aduh.. Minyak habis. Kereta pun meneruskan perjalanan selama hampir 30 minit utk sampai ke stesen minyak! Stesen minyak dia pun ala-ala cerita vampire. Huh, jelas pengaruh movie di situ.. Tak sempat nak snap gambar. Sebab rasa risau dan bimbang berlegar-legar dlm kepala. 

Otw patah balik, risau pulak kereta yg habis minyak. Sampai semula di van, otak ni terbayang yg orang tunggu kat van tu hilang la, apa la.. Suasana dia memang tak boleh cakap.



Tapi mujur depa 2 ketul selamat dalam kesejukan. Rasa nak sujud syukur je dalam kereta tu..

Lepas isi minyak, van tak boleh hidup.. Jam dah dekat pukul 11 malam. T-T sebab masalah lain pulak.. Sementara menunggu diorang cek van, driver kereta matikan enjin sebab nak jimat minyak. Sekali tu.. Kereta tak boleh hidup balik T-T dua-dua stuck.....nasi panas dan salmon pedas terasa semakin menjauh..

Malam makin sejuk.. Hinggakan sesiapa yg buka pintu kereta, rasa nak marah je sebab tak reti tutup balik. Ku memang bertapa je dalam kereta sebab cuak. Mujur Atim tidur..

Masa terus berlalu.. dan entri seterusnya pun akan tiba..
Bersambung..

Jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Ahad, 29 Jun 2014

Throwback : Ramadhan @Perth (Winter is Coming)

Bismillah..

Cepatnya Ramadhan tiba sepantas ia pergi. Masih tak percaya yang orang dah mula Tarawikh. Hadir Ramadhan kali ni teringatkan ku berpuasa di perantauan tahun lepas. Alhamdulillah. Direzekikan..

Langit musim sejuk jarang berawan. Bila berawan, terus ambil gambar..

Seronoknya di Aust, tahun lepas puasa jatuh pada musim sejuk. Untunglah, Subuh macam biasa, 5.30 pagi (sama waktu Malaysia) tapi berbukanya pukul 5.00-5.30 petang! Tak sempat nak merasa lapar sebab suasana pun sejuk je.

Itulah antara puasa termudah utk ku menahan lapar dan dahaga. Seronok rasanya. Rezeki Ramdhan melimpah-limpah. Ada waktu, makanan sedap-sedap. Buah-buahan melambak sampai tak termakan. Buat jus. Semoga pandai bersyukur

Ada waktu, Allah bagi makan kepak ayam bakar. Berbuka ala kadar, lepas tarawikh pakat serbu luar, bakar kepak ayam. Waktu malam panjang, kerjanya mentekedarah makan saja. 5.30 ptg berbuka, 5.45 solat Maghrib, 6.30 dah boleh tarawikh. Pkul 7.30 dah selesai semua. Malam memang panjang. Ruginya waktu tu..tak memanfaatkan malam yg panjang :(

Entah berapa ekor ayam hilang kepak ni =="

Ada waktu, bahan tak cukup. Nak ke kedai.. Jauhnya... Kadang-kadang nak pergi beli Maggi sebungkus pun tak sanggup sebab kena lalu jalan ladang yang panjang kemudian masuk highway pula. Mulalah merekacipta pizza sayur. Ughh.. Dahsyat juga rasanya T-T

Pizza vegetarianisme!
Tapi, waktu puasa pendek pun teruji juga sebab suasana sejuk membuatkan perut mudah lapar, ditambah lagi bila kena buka juga kedai di Subiaco memandangkan warga Perth rata-rata tak puasa sebab bukan Muslim kan? Menghadap bau sate menusuk-nusuk ke lubang hidung.

Papan tanda masuk ke Station Street Market, Subiaco aka Subi

Pandangan dari kaunter kafe kecil Nur Muhammad cawangan Subi. Tergoda sungguh tengok buah-buah segar dari serata dunia dilonggok segar depan mata O.o
Bila berbuka.. Hampir semua menu kat kafe di Subiaco tu disapu. Akibat ikutan kata nafsu, Ramadhan masih menjadi bulan pesta makanan T-T

Semua nak sumbat T-T
Teringat kata-kata Tn Norhan. "Malunya kita. Diberi nikmat waktu puasa yg pendek, musim sejuk lagi, makanan macam-macam, takkan masih nak tarawikh 8 rakaat.."

Betullah tu.. Malunya dgn Allah.. Sudahlah tadarus tak habis satu kitab, tarawikh pun nak main shortcut je. Ibarat diberi sekarung emas tapi yang diambil cuma karungnya sahaja.. Rugi..

Semoga Ramadhan kali ini dpt kita manfaatkan dgn lebih lagi.. Lahir dan batin.

Salam.. Allah Mencintaimu..