Ahad, 29 Jun 2014

Throwback : Ramadhan @Perth (Winter is Coming)

Bismillah..

Cepatnya Ramadhan tiba sepantas ia pergi. Masih tak percaya yang orang dah mula Tarawikh. Hadir Ramadhan kali ni teringatkan ku berpuasa di perantauan tahun lepas. Alhamdulillah. Direzekikan..

Langit musim sejuk jarang berawan. Bila berawan, terus ambil gambar..

Seronoknya di Aust, tahun lepas puasa jatuh pada musim sejuk. Untunglah, Subuh macam biasa, 5.30 pagi (sama waktu Malaysia) tapi berbukanya pukul 5.00-5.30 petang! Tak sempat nak merasa lapar sebab suasana pun sejuk je.

Itulah antara puasa termudah utk ku menahan lapar dan dahaga. Seronok rasanya. Rezeki Ramdhan melimpah-limpah. Ada waktu, makanan sedap-sedap. Buah-buahan melambak sampai tak termakan. Buat jus. Semoga pandai bersyukur

Ada waktu, Allah bagi makan kepak ayam bakar. Berbuka ala kadar, lepas tarawikh pakat serbu luar, bakar kepak ayam. Waktu malam panjang, kerjanya mentekedarah makan saja. 5.30 ptg berbuka, 5.45 solat Maghrib, 6.30 dah boleh tarawikh. Pkul 7.30 dah selesai semua. Malam memang panjang. Ruginya waktu tu..tak memanfaatkan malam yg panjang :(

Entah berapa ekor ayam hilang kepak ni =="

Ada waktu, bahan tak cukup. Nak ke kedai.. Jauhnya... Kadang-kadang nak pergi beli Maggi sebungkus pun tak sanggup sebab kena lalu jalan ladang yang panjang kemudian masuk highway pula. Mulalah merekacipta pizza sayur. Ughh.. Dahsyat juga rasanya T-T

Pizza vegetarianisme!
Tapi, waktu puasa pendek pun teruji juga sebab suasana sejuk membuatkan perut mudah lapar, ditambah lagi bila kena buka juga kedai di Subiaco memandangkan warga Perth rata-rata tak puasa sebab bukan Muslim kan? Menghadap bau sate menusuk-nusuk ke lubang hidung.

Papan tanda masuk ke Station Street Market, Subiaco aka Subi

Pandangan dari kaunter kafe kecil Nur Muhammad cawangan Subi. Tergoda sungguh tengok buah-buah segar dari serata dunia dilonggok segar depan mata O.o
Bila berbuka.. Hampir semua menu kat kafe di Subiaco tu disapu. Akibat ikutan kata nafsu, Ramadhan masih menjadi bulan pesta makanan T-T

Semua nak sumbat T-T
Teringat kata-kata Tn Norhan. "Malunya kita. Diberi nikmat waktu puasa yg pendek, musim sejuk lagi, makanan macam-macam, takkan masih nak tarawikh 8 rakaat.."

Betullah tu.. Malunya dgn Allah.. Sudahlah tadarus tak habis satu kitab, tarawikh pun nak main shortcut je. Ibarat diberi sekarung emas tapi yang diambil cuma karungnya sahaja.. Rugi..

Semoga Ramadhan kali ini dpt kita manfaatkan dgn lebih lagi.. Lahir dan batin.

Salam.. Allah Mencintaimu..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.