Rabu, 16 Julai 2014

Air Mata 1500 Tahun Dahulu yang Masih Mengalir

Bismillah..


dumu'ii

Baru-baru ku menagih balasan kawan-kawan di luarnegara atau yg pernah ke sana, berhijrah, berjuang, menuntut ilmu malah ada yg pergi ke sana sewaktu bergelar pelajar, remaja, kemudian bertemu jodoh dan menjadi seorang isteri. Tidak cukup dengan itu, ada juga yg berbadan dua dan berkeluarga di sana.

Ketabahan mereka, memang ku tabik sekali. Hanya Allah tempat memohon kekuatan. Hanya beberapa bulan ku di Aust, ku sudah dapat memahami kemelut dan arus hati seorang perantau.

Allah memandang kalian dengan penuh kasih, percayalah :)

Lantas, di BBM Group Sweet '92 yang tak berapa nak sweet, ruangan chat Link, seorang teman dari Indonesia yg ku rindui, Afifah yg juga sudah berkeluarga, berkongsikan entri pertamanya yg separuh siap bertajuk Testing membuatkan hati yang lara ini terhibur. Terima kasih ya, Fah. Bahasa Indo indah sekali ;)

Kemudian, dia meng-update semula entri yg sudah di-edit yg ku rasa sangat bermakna dan terkena batang hidung ku sendiri. Boleh jenguk di sini AFIFAH MUNAWWARAH. Sangat mendalam bagi hati seorang remaja dalam memilih hiburan buat dirinya.

Kisah Fah mengingatkan ku kisah sejarah pertama yg membuatkan ku jatuh cinta pada kisah sahabat yg cukup mendidik. Ku masih ingat ketika itu kami baru usai solat di surau pelajar, tidak silap ku, Ustazah Muhsinah mengisi masa kami yg suka menerawang selepas solat dengan menceritakan sejarah seorang sahabat yg diceritakan dari guru kesayangannya.

Pertama kali aku mendongak memandang Ustazah Muhsinah dengan rasa terharu, dengan kisah sahabat bernama Aqashah. mungkin korang dah pernah dengar dan baca, namun ku coretkan di sini kisah ringkasnya agar mendapat keberkatan, mengulangi semangat cintakan Nabi seperti para sahabat. ku masih terasa sebak ketika menulisnya. kisah seorang guru yang merasa itu mengalirkan rasa yang sama pada anak murod yang mendengar. Syukran, ustazah..



ABDULLAH bin Abbas bercerita: “Menjelang wafatnya Nabi saw, diperintahkannya Bilal unruk mengumandangkan azan. Para sahabat dating berduyun-duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan itu, meskipun waktu solat belum tiba.

Nabi masuk ke dalam masjid dan melakukan solat sunat dua rakaat. Kemudian Baginda naik ke atas mimbar dan memulakan khutbahnya yang panjang. Baginda ucapkan puji-pujian kepada Allah Yang Maha Agung sehingga meniis air mata orang yang mengikutinya.

Kemudian, Baginda bersabda: “Ayyuhal Muslimun, aku adalah Nabi utusan Allah, pemberi nasihat dan pembawa kebenaran kepada kalian. Kedudukan aku diantara kalian bagaikan seorang saudara atau seorang ayah yang sangat kasih kepada anak-anaknya. Apabila ada diantara kalian yang merasa pernah dizalimi, ku harap dia mahu menuntutnya dariku di dunia ini sebelum datangnya tuntutan yang amat dasyat pada hari akhirat kelak.”

Berulang kali Nabi mengucapkan kata-katanya itu, tetapi tidak ada suara yang mahu menyahutnya. Siapa gerangan pengikut Nabi Muhammad yang merasa rela  menuntut Nabi saw. Semua sahabat diam termangu. Ada yang terisak-isak menangis menyaksikan ketulusan dan keadilan seorang pemimpin agung ini. Mereka tak dapat membayangkan betapa seorang pemimpin yang agung dan sudah berkorban segala-galanya demi umatnya, tiba-tiba pada akhir hayatnya dan dalam keadaan badan yang sudah lemah masih menegakkan keadilan seadil-adilnya meskipun terhadap dirinya sendiri.

Waktu ini, ku masih terkebil-kebil memahami dan membayangkan suasana majlis itu.


Dalam suasana yang hening dan mencengkam seperti itu, tiba-tiba Akasyah bin Muhshin berdiri dan memecahkan kesunyian, “Aku ya Rasulullah yang akan mengajukan tuntutan padamu.”

Mendengar kata-kata Akasyah seperti itu, para sahabat yang duduk di sekitar Nabi merasa seakan-akan disambar petir yang maha dasyat. Mereka hairan. Kerongkong mereka tersumbat tidak dapat berbicara. Jantung mereka berdebar keras seperti ingin pecah. Suara tangis mereka saling bersahut-sahutan dengan suara tangis dinding-dinding Masjid Nabawi yang ikut menyaksikan peristiwa yang amat mendebarkan itu.

“Biarkan Akaasyah mengajukan tuntutannya padaku, “ kata Nabi menenangkannya hadirin. “Aku lebih bahagia apabila aku boleh menunaikannya di dunia ini sebelum tibanya hari Qiamat kelak. Wahai Akasyah, katakanlah apa yang pernah kulakukan terhadap dirimu sehingga engkau berhak membalas terhadap diriku.”

“Ya Rasulullah, peristiwa ini terjadi pada saat ghazwah Badar.” Kata Akasyah. “Waktu itu untaku berada di samping untamu. Aku turun dari untaku kerana ingin menghapirimu. Tiba-tiba Baginda angkat kayu penyebat unta Baginda dan kayu itu mengenai bahagian belakangku. Aku tidak tahu apakah Baginda lakukan itu dengan sengaja atau kerana ingin menyebat unta itu.”

Waktu ni, ku dah tak puas hati. Apekedehalnya lah dengan Aqashah ni.. -___-

“Wahai Akasyah, Rasul Allah tidak akan mungkin melakukan perbuatan seperti itu dengan sengaja. Tetapi bagaimanapun engkau mempunyai hak untuk membalasnya.” Jawab Rasulullah saw.

“Wahai Bilal, pergilah ke rumahFathimah puteriku dan ambil kayu itu di sana,” kata Rasulullah saw.

Bilal keluar dari masjid sambil menarik nafasnya panjang-panjang. Dia tidak tahu apa yang akan dikatakannya kepada puteri kesayangan Nabi saw. Fathimah pasti akan merasa terkejut sekali apabila diketahuinya bahawa ayah kesayangannya dituntut oleh salah seorang sahabatnya. Bukan menuntut harta, melainkan menuntut qisas denganmembalas sebatan nabi pada belakangnya. Itupun di saat-saat akhir hayatnya dan dalam keadaan badan Nabi yang sering sakit.

“Wahai Fathimah puteri Penghulu alam semesta,” kata Bilal setelah mengetuk pintu dan memberi salam kepada Fathimah. “Nabi meminta sebatang kayu yang dahulunya sering digunakannya untuk menyebat untanya.”

“Untuk apa wahai Bilal?” Tanya Fathimah ingin tahu.

“Nabi hendak memberikan kayu itu kepada seseorang yang mahu mengqisasnya (membalasnya),” jawab Bilal

“Wahai Bilal, apakah ada orang yang sanggup memukul Nabi dengan kayu itu?”

Tanpa menjawab, Bilal meninggaklkan rumah Fathimah sambil membawa kayu itu. Sesampainya di masjid, Bilal memberikan kayu itu kepada Rasulullah saw yang kemudiannya diberikan kepada Akasyah. Abu Bakar dan Umar menyaksikan kejadian itu dengan penuh keharuan. Mereka berkata: “Wahai Akasyah, kami mahu menjadi tebusan Nabi saw. Balaslah kami asal jangan engkau balas jasad Nabi saw.”

“Biarkanlah Akasyah wahai Abu Bakar dan Umar. Sungguh Allah Maha Tahu apa akan kedudukan kalian,” kata Nabi meyakinkan dua sahabat ini.

“Wahai Akasyah, jiwa ini tebusan untuk Nabi saw. Hatiku tidak dapat menerima apa yang akan engkau lakukan terhadap Nabi yang mulia ini. Ini belakangku dan tubuhku. Pukulllah aku dengan tanganmu dan sebatlah aku dengan segala kekuatannu,” kata Ali penuh kepiluan.

“Tidak Hai Ali,” kata Nabi. “Sungguh Allah Maha Tahu akan niat dan kedudukanmu.”

Hasan dan Husin, dua cucu Nabi yang sangat disayanginya kemudian berdiri dan berkata dengan suara pilu: “Wahai Akasyah, bukankah engkau tahu bahawa kami adalah cucu Rasulullah saw, darah dagingnya dan cahaya matanya. Mengambil qisas dari kami adalah sama dengan mengambil qisas dari Rasulullah saw.”

“Tidak hai Hasan dan Husin. Kalian adalah cahaya mata hatiku. Biarkanlah Akasyah melakukan apa yang ingin dilakukannya,” kata Nabi.

“Wahai Akasyah, pukullah aku apabila benar bahawa aku pernah memukulmu,” pinta Nabi kepada Akasyah.

Waktu ni, ku dah sebak. Sampai hati, Aqashah...

Nabi membuka bajunya dan menelungkup bersiap sedia untuk diqisas oleh Akasyah. Para sahabat menangis penuh kesyahduan menyaksikan peristiwa itu. Tiba-tiba Akasyah membuang kayu yang digenggamnya, lalu memeluk dan meletakkan tubuhnya pada tubuh Rasulullah saw. Katanya: “Wahai junjunganku Rasulullah, jiwa ini adalah tebusanmu, hati siapa yang akan tergamak mengambil qisas darimu. Aku lakukan ini semata-mata berharap badan ini dapat bersentuhan dengan badanmu yang mulia. Dengannya kuharap Allah akan boleh memeliharaku dari sentuhan api neraka.”

Nabi kemudian bersabda: ‘Ketahuilah bahawa siapa yang ingin melihat penghuni syurga maka lihatlah Akasyah.”

Ya Allah.. Ku tahan menangis di waktu ini.. Beruntungnya diri mu, Aqashah.. Sudahlah menjadi sahabat Nabi, dapat semajlis dengan Nabi.. Dapat peluk Nabi lagi. Ku cemburu.. Semoga ku dapat bersua muka dgn baginda di akhirat. Meminum air dari telapak tangan baginda T____T

Dan aku juga mahu melihat, wajah-wajah sahabat yg saban kali ku dengar ceritanya.....kisahnya......kecintaannya......kerinduannya....

Perkenankanlah Ya Rahman.........




ini adalah kisah yang sangat menyentuh hati, klik di sini, kredit to En Mohd Nasron kerana untuk menulis versi sendiri, aku takut tidak sampai cerita yang sebenarnya secara detail..


salam.. jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.