Khamis, 17 Julai 2014

Cik K....

Bismillah..

sekadar gambar hiasan...
Sejak dua menjak ni, ku perasan En Q macam dah terjatuh hati pada Cik K walaupun Cik K tu bermisai. Mungkin sebab asyik bertembung saja bila balik ziarah Tanjung Malim. Ku pening! Aduhai.. rasa macam tersayat pun ada T_T kalau boleh, ku taknak menghadap Cik K tu. Dilema dilema..

Bila balik ziarah Tanjung Malim, En Q mesti tanya, “Cik K ada tak?”

Ku akan terkebil-kebillah nak menjawab. Kalau umi ada, lega sikit sebab umi dah biasa dengan Cik K tu. Ku walaupun dah biasa jumpa tapi nak bergaul dengan Cik K tu kurang. Ku tak sanggup nak berperang dengan Cik K. Rasa macam memalukan diri sendiri pun ada. Bila ku Googling pasal perasaan ni, rupanya ramai orang bergelut, bukan ku je. Tak sangka! Yang berusia pun ada!

Kadang-kadang tu, bila ku di rumah lega sangat bila Cik K tak ada walaupun teringat-ingat. Rindulah jugak. Kami pernah rapat suatu masa dulu. Tapi, dalam lega-lega tu, tiba-tiba En Q balik dia bawak sekali Cik K! Ku rasa nak panggil umi datang ke rumah je T___T   why me?? Dramalah sangatkan..

  ok, ok.. Cik K tu Cik Toh Puan IKAN KELI

Siapa kata bermisai tak mengancam -______-

Nak tak nak, ku kena hadapi jugak. Ku pakai tudung lengkap dengan purdah, pakai handcuf handsocks sampai nampak hujung jari je, pergilah menghadap Cik K yang suka sangat nak melatah-latah kat dalam kuali! Siap senduk kat tangan kiri, penutup periuk tangan kanan, ala-ala Khaulah Al-Azwar ku pun menuju ke depan. Aduh...

Sabarlah.. Ia cuma seekor keli.. T__T
Kenapalah Cik K suka sangat meletup-letup ni T_T dapat pulak anak beranak yang suka makan bersantap dengan Cik K. Kalau lauk Cik K je, mesti nasi tu bertambah-tambah.

Ku tengok kadang-kadang umi pun berperang juga tapi alah bisa tegal biasa. Meletup-meletup pun siap 4,5 round Cik K goreng atas meja. Makin ngeri sebab pernah tengok orang bertompok-tompok muka kena minyak menggoreng tu T__T

Ku tengok banyak petua umi dan orang lain guna. Antaranya ::

Buang/kikis lendir yang ada pada badan ikan tu guna hujung pisau atau apa-apalah sampai hilang lendir tu. Ada yang kata, sebab ada ketul darah yang tertinggal tu pun punca meletup.
:: ku dah cuba. SADIS! 4/10

Simpan ikan dalam peti semalaman (tapi nanti hilang manisnya) dan goreng esoknya. Lendir hilang langsung.
:: agak praktikal tapi ikan jadi hambar dan tawar. 6/10


Basuh/bilas dengan air kapur
:: ku tak pernah cuba lagi. Ada orang tanya, tak pelik ke rasanya nanti? Katanya, kalau dibilas bersih, rasa sama dan TAKKAN MELETUP (musykill..)

Lepas buang lendir ikan, rendam dan gosok dengan air asam jawa
:: NGERI! Tak tahu mana silapnya. Tetap berperang. 3/10

Waktu nak goreng, gaul dengan garam + kunyit EXTRA TEPUNG GANDUM atau apa-apa tepung aka keli bersalut tepung
:: setakat ni ku guna tepung gandum.. emm.. walaupun dia tak meletup-letup macam hari raya tapi bila sekali dia meletup tu, macam bunyi meriam 5/10

Waktu sedang menggoreng, tutup kuali dengan penutup kuali. Kalau stainless steel, tak nampak. Takut hangit. Gunalah penutup penutup kuali corning ware tu. Perlahankan api bila nak terbalikkan dan kuatkan semula selepas ditutup balik.
:: SADIS! Makin meletup pulak! Sebab bila dah tutup, dia perangkap wap dan air wap masuk dalam minyak dan makin bersukarialah Cik K berhari raya dalam tu. Pasal perlahankan api, ku siap tutup lagi namun SADIS TETAP SADIS. Dah macam ADITAS dah ikan keli tu T__T 4/10

Perah air limau nipis ke dalam minyak menggoreng
:: ku tak pernah cuba tapi.. air bercampur minyak tak meletup ke?? (musykillll)

Akhir ku guna kaedah umi, salai tanpa minyak. Memang best dah rasa manis dia makin naik. Dan menyihatkan. Caranya :

Buang lendir, bilas seperti biasa

Guna kunyit hidup, rasa dia akan lebih naik. Tumbuk kunyit hidup secukupnya. Makin banyak makin sedap.
Gaul pada ikan keli bersama garam.
Gulung/balut dengan daun pisang atau daun keladi kalau dah tak ada daun pisang.
Letak atas kuali yang dah panas dengan api sederhana. Letak sedikit minyak untuk elak melekat. Dalam 2, 3 sudu sahaja.

Tips :

Layur daun pisang supaya tak koyak waktu nak balut

Pada penghujung balutan, cucuk dengan pencungkil gigi/lidi pendek supaya tak terbuka waktu nak terbalikkan nanti.
Guna api sederhana supaya luar dalam masak rata dan tidak terlebih masak.
Eloklah periksa ikan tu dah masak ke belum kerana risiko terrr-mentah tu ada. (ku dah kena sound dengan En Q. Hukk!)

Sedap dihidang dengan air asam. Selalu ku sajikan sekali dengan kerabu kacang botol yang sedap, ringkas dan mudah gila. Resepi umi.. terima kasih umi. Favourite sepanjang zaman. Akan ku update resepi dalam entri lain kali ya. Kalau diizinkan..
Versi salai ni tak puas sangat sebab biasa makan keli, dia punya tulang tepi-tepi tu licin dimakan bila digoreng garing. Tinggal tulang tengah-tengah je.



Tapi...

Apakan daya..

En Q rindukan versi goreng bila puasa dah menjelang ni..

Akhirnya ku Googling lagi sekali baru-baru ni dan cjanggg!! Kredit to KELI OH KELI

Masukkan asam keping ke dalam minyak untuk menggoreng.
:: first round ku letak 2 keping. Ok, dia letup-letup macam mercun pop je. Meletup dalam kuali, tak keluar pun dan tak kerap. Second round, ku keluarkan asam tu dan masukkan yang baru. Ku letak 2 juga. Ok.. macam meletup sekali, agak kuat macam mercun papan. Ku masukkan lagi 2. Ku harap tak masinlah x_x  third round.. aih.. macam dah lain macam. Ku masukkan segenggam terus. Ya ampun.. Alhamdulillah.. soleh-soleh je keli tu berendam 




Syukur, bila dah siap masak berlado, tak rasa masam pun ikannya. Jadi markahnya 8/10 dan tak perlulah berjilbab kat dapur macam ninja dalam video klip Al-Kaafirun dari Generasi Harapan.

siap sedialah kita menggoreng di dapur. hiyakk!
boleh upah diorang kerja di kafe ni..

Tips nak beli ikan keli yang manis :
Ku pernah duduk segelanggang dengan perusahaan kolam menternak keli milik orang Islam. Ikan keli yang paling manis adalah ikan keli di saat umurnya 6 bulan. Maknanya, selepas 6 bulan dia membesar dari saiz anak ikan. 6-9 bulan tempoh kemanisan yang kita boleh rasa hingga ke tulang. Ku tak lalu nak makan Keli Induk. Dah lah payah nak mati, dah siang pun masih berenang-renang dalam sinki. Dah masuk kuali, berenang dalam kuali pulak. Payah =.=”


Biasanta, keli induk warna hitamnya dah pudar. Macam uban la,.

FATTABIOUNI

SUNNAH RASULULLAH :)

**membasuh tangan (ramai yg membasuh tangan tapi lupa ianya salah satu dari sunnah. Setiap kali basuh tangan, niatlah hendak menghidupkan sunnah maka di situ ada pandangan Tuhan terhadap mu)
**duduk dengan betul di hadapan makanan (nabi SAW duduk dalam kedudukan iftirasy, dengan maksud, beradab di hadapan Allah yg sudah memberi rezeki)
**membaca Bismillah
**makan dengan tangan kanan

“wahai anak muda, bacalah Bismillah, makan dengan tangan kanan, makanlah apa yang berdekatan denganmu.”

 **makan dengan suapan yg kecil
**Nabi SAW tidak makan makanan yg terlalu panas. Sabdanya bahawa; tiada keberkatan pada makanan seperti itu
**melicinkan pinggan

“Kalau serpihan makanan jatuh, kutip, bersihkan dan makanlah. Janngan tinggalkannya untuk syaitan.”

**Nabi SAW menjilat jari selepas makanan kemudian bersabda,  “Kamu tidak tahu di cebisan mana terletaknya keberkatan.”  (dari  segi sains, ianya membantu penghadaman)
Mungkin di sisa terakhir makanan itu Allah letakkan keberkatanNya dan mungkin padanya ada penawar dan menyihatkan tubuh badan anda
**memuji Allah selepas makan
**sunat membasuh tangan dan berkumur selepas makan

“Sesungguhnya, Allah meredhai hambaNya yg makan kemudian mensyukuriNya, yang minum kemudian mensyukuri Allah kerana minuman itu.”


salam.. jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.