Sabtu, 12 Julai 2014

Subiaco : Station Street Markets

Bismillah..


Pintu masuk ke Subiaco

Rugi rasanya kalau kita berpeluang ke negara orang tapi tak berkongsi dengan orang lain mengenai pengalaman dan pandangan kita meskipun mungkin orang yang baca entri ni dah pernah sampai pun ke sana.

untuk Part I, ku akan jelaskan dan tunjukkan suasana Subiaco Street Station Market ni supaya korang boleh membayangkan suasananya..

Subiaco ni nama tempat terletaknya Station Street Market, ibarat 'pasar malam' atau 'pekan Rabu' di Malaysia. kami biasa panggil, Subi je. comel bunyinya. dibuka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum. bezanya, ia sedikit formal dengan beberapa peraturan ketat memandangkan Australia adalah salah sebuah negara yang mementingkan kualiti kebersihan setiap produk di negaranya.

antaranya, menu setiap hidangan akan diperiksa suhunya. kat Malaysia, makanan yang masak dari pagi hingga ke petang memang lantaklah sajalah kan? tapi tak semua...

peti ais tempat kita menyimpan bahan juga akan diperiksa suhu dan kebersihan di dalamnya. negara kita, selalu tengok peti ais penuh dengan 'glasier' kat dinding tuh. kalah negara bersalji. T-T

kadangkala, pihak berwajib akan datang secara mengejut. haa.. waktu tu baru terkedek-kedek nak basuh pinggan pakai sarung tangan.

maklumlah, kat Malaysia bantai je basuh guna tangan, guna kaki pun boleh asalkan bersih berkilat. tapi di sini, kena guna sarung tangan getah tu.


pandangan dari kaunter belakang Love and Care Cafe (LCC)
Sekilas tentang Street Station Market ni, ianya menempatkan gerai/stall/booth pelbagai barangan dan makanan autentik terutamanya. jadi biasanya, lunch hour tu memang ramailah orang pejabat turun makan di sini. suasana santai dan pilihan makanan yang bermacam-macam jenis membuatkan Subi ni ceria dan meriah selalu.

antara gerai yang menjual makanan halal. sedapnya kebab dia!

gerai belakang LCC

Sayangnya ada satu gerai ni, memang mencicir air liur bila kita pandang. gambarnya tak ada dalam memory card T-T entah di mana.. kuali dia besar-besar. dah macam besar meja bulat kat kedai mamak tu. dia susun dalam 5 kuali, masak dan dihidang panas-panas.

kebiasaannya ada satu ruangan dinding yang akan menjadi tempat menampal poster. klasik sangat. dalam dinding tandas pun ada. jadi sementara menanti giliran masuk ke tandas, boleh baca iklan-iklan yg best dan warna-warni kat dinding tu. paling penting.. tak ada iklan PINJAMAN BERLESEN =="

selain dari gerai makanan yang banyak ku tak dapat kongsikan, ada banyak juga gerai/kedai/stall/booth yang jual barangan dari negara masing-masing. ada satu kedai menjual bunga segar! cantik! bila kita lalu je laluan nak masuk ke Subi, semerbak bau harum yang lembut menusuk hidung. refreshing!

tapi.. T-T ..entah mengapa, ku dilarang mengambil gambar. dia (pemilik kedai) nampak je ku dari jauh datang dengan CANON yang tergantung di leher, terus dia cakap, "JANGAN AMBIL GAMBAR!" eh.. cakap dalam bahasa Inggeris laahh... terkujat jugaklah sebab kena sergah macam tu.

bila tanya orang lain, diorang kata diorang pun kena benda yang sama. pergi bergambar depan restoran yang cantik dekorasinya, tiba-tiba disergah. NO CAMERA! ku harap ada orang boleh berikan jawapan kenapa macam tu kerana ku tanyakan birasku yang warga Australia, dia pun kata, NOT SURE. apakah??

kalau kita kat Malaysia ni teruja la pelancong omputih nak ambil gambar kedai kita kan..

kedai urut pun ada. terbaiklah! tengok omputih berkerut-kerut atas kerusi rotan, kena massage

kedai menjual cenderahati yg sangat unik dan kreatif

lalu gerai ni, semerbak bau wangi bercampur aduk. pening sekejap (O.o) menjual wangian berbagai jenis dari seluruh dunia.
bukan minyak wangi. tapi asap yang wangi. kita bakar lidi tu, mcm colok

bukan setakat tu, ada jugak sebuah kedai ni, selang 2 kedai dari LCC, semua rempah ratus dia ada! sangat menarik. kita yang macam tak minat rempah pun boleh terbeli sbb terpikat.

kemas tersusun. lengkap dgn nama setiap rempah

tak tahu pun rempah yg pelik-pelik nama dan kegunaannya tapi memang boleh membuatkan kita pandang dari jauh.. dan terus mendekat. 

tea collection. haih, setahun minum teh sajalah
SATU LAGI! kedai yang membuatkan ku tak jemu meng-usha setiap kali datang berkhidmat di Subi. gambar keseluruhan kedai takde T__T sebab masih fobia dengan "NO CAMERA!!" jadi curi-curi gambar je.

bayangkan dalam satu ruangan kedai tu, semua jenis bijirin ada. semua jenis kacang dari seluruh dunia ada. semua jenis manisan. semua semua semua! tapi dia lebih kepada KACANG. dan ada juga DRIED FRUITS. macam asam tapi dia keringkan buah-buahan tu tanpa pengawet. jadi rasanya semulajadi dan bukan JUNK FOOD. menyihatkan! macam dried mango, dried strawberry, dried dried dried lah kan.. kerja ku setiap hari datang dan merasa.. hehe.

lepas tu, kacang dia bukannya togel macam tu je. setiap kacang itu ada variasi pilihan pulak! contohnya almond : almond raw, almond baked, almond salted, almond unsalted, almond coated with nougat....dan macam-macam lagi.

berbaris..
YOGHURT COATED ALMOND AND APRICOT BITES
(caps lock bak hang!)

dan.. dia juga ada variasi pilihan untuk yogurt perisa ASLI ORIGINAL TERBAIK DARI LADANG
banyak lagi gerai yg nak aku kongsikan sebenarnya. belum lagi kedai jual yogurt asli disusun dalam tray panjang dan ditabur buahan segar. belum lagi kedai pastri yg beraneka jenis pilihan kalbu. belum lagi kedai mini donuts yg sangat mini.. STREET STATION MARKET ni ku bayangkan ada di Malaysia, mesti akan jadi tumpuan tanpa jemu.

tapi, sebenarnya, TARIKAN UTAMA mereka-mereka yg datang ke sini adalah.. CJANG!!

toing toing..
ini hanya sebahagian gambar kedai. BUAH-BUAHAN SEGAR berbagai jenis dari seluruh dunia kut. macam-macam jenis buah ada. yg ku tak pernah jumpa pun ada. yg rupa pelik-pelik pun ada. untuk buahan tempatan kita macam rambutan, durian dan lain-lain tu mengikut musimlah. murah-murah pulak tu.


dan kedai buah ni, dalam 6 pintu kedai luasnya, semuanya dimonopoli oleh kaum CINA. kaum ni memang MASTER dalam bab-bab berniaga ni. strategik tempatnya. memang tengok diorang punggah buah berlori-lori. dan kalau tengok orang yang berdiri di kaunter tu, start jam 8 pagi diorang akan berterusan menekan-nekan mesin duit tanpa duduk sampai ke petang! (ku tahulah sebab gerai kami berhadapan)

pelanggan tak putus-putus walaupun kiri kanan kaunter bayarannya. ku harap, masyarakat kita pun dapat mencontohi kegigihan mereka. ku yakin, mereka tidak bermula dengan mudah. yang penting, mereka USAHA, SABAR, ISTIQAMAH dan GIGIH. bahagian ISTIQAMAH itulah yg kita selalu kalah.

SEMOGA KITA MAMPU MERENDAH DIRI DAN BELAJAR BAGAIMANA UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM DI MATA DUNIA.


salam.. jangan lupa..
Allah Mencintaimu






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.