Sabtu, 5 Julai 2014

Throwback : Williams Night Part II

Bismillah..



...waktu terus berlalu dan malam semakin larut. Dalam hati, doa tak putus-putus. Van dah keluarkan macam-macam bunyi bila enjin cuba dihidupkan. Macam-macam cara dah buat, macam-macam idea dah terkeluar. Sampai diorang hampir bertelingkah. waktu group kereta pergi beli minyak di gas station, jurujual tu beritahu mereka tutup pukul 11 malam. rasa macam dah tak sempat nak kejar masa.

Memang sebelum bertolak petang tu, kami ragu-ragu samada van ni sempat sampai ke Williams tak (tempat van kehabisan minyak) sebab itu sajalah destinasi nak dapatkan bekalan petrol dan gas. Jadi waktu tu, timbullah ayat..

“Kalau kau isi minyak tadi..”
“Kalau kau dengar cakap aku tadi..”

Peristiwa tu mengingatkan ku satu petikan hadis tentang perkataan ‘kalau’..

[[ Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yg boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata : “Sekiranya (kalaulah) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku.” Tetapi katakanlah : “Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yangn dikehendakiNya”, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan. ]]
Riwayat Muslim


See... ku pun selalu je cakap pasal 'kalau' ni.. T-T

................

tengok? buka pintu kereta mesti tak tutup balik. T-T 
en Que dah siap bawak selimut keluar sebab baju sejuk macam takde kesan


Akhirnya, dalam kekalutan tu berhenti sebuah kereta dari arah Wlliams dan  diikuti sebuah SUV dari arah bertentangan. 2 orang tempatan turun dari kenderaan masing-masing dan bergegas datang pada kami (dah macam ayat karangan UPSR pulak dah =_=".  Jelas terlihat keprihatinan diorang. Ayat pertama yang aku dengar, “Anybody hurt?” mungkin diorang jangkakan kami mengalami kemalangan.

kereta orang ladang memang boleh dikenalpasti..


Alhamdulillah. Atas bantuan Fateh (nama Islam) yang sememangnya berasal Australia, mereka berurusn dengan baik. Ku Cuma curi-curi dengar dari dalam kereta je. Seorang je perempuan, tak berani nak keluar. Dan 2 mat salleh tu pun tolong-tolonglah mana yang patut. Ku pun tak tahu istilah-istilah baiki kereta ni. dah macam inject-inject kereta ku tengok. ahh.. macamana nak belajar bawa kereta ni kalau ilmu tentang baiki kereta pun tak berusaha nak ambil tahu =_="

inject-inject kereta =_="

jantung, hati, paru, semua cukup.

tapi alhamdulillah.. akhirnya van dan kereta berjaya dihidupkan semula. Waktu tu kalau tak silap, jam dah pukul 12 tengah malam. dalam kesibukan diorang ber'injection', ku dongak pandang ke langit yang luas. ku tak tahu samada ku dah lupa langit Malaysia atau langit Malaysia dan Aussie memang lain. sebab apa yang aku perhati, langit Aussie nampak luassss sangat. kosong. macam boleh nampak angkasa lepas. erkk.. langit Malaysia sempit ke? kebetulan berada di kawasan ladang, bintang-bintang jelas banyak tak terkira. rupanya di langit lebih cerah berbanding kami yang berada di bumi! dan bertambah teruja bila ku nampak bintang warna-warni! bukannya warna putih je. ada biru, pink-pink sikit, hijau. tapi semua ke arah putihlah. cantiknya... Maha Suci Allah

sedikit sebanyak hilang kegalauan ku melihat salah satu bukti kebesaran Allah tu. lama jugaklah mendongak sampai ku mendengar, "Bye. bye!" ohh.. dah nak balik dah. kereta dah boleh hidup! Alhamdulillah.. 

ok, sudut gambar memang teruk sebab budak tu yang ambilkan. yg dewasa dah takde mood nak pegang kamera sebab nasi yang diangankan utk malam tu kena tunggu esok T-T

Sempat pulak diorang bergambar dengan mat salleh tu tanda kenang-kenangan. ku kena korek dulu hardisk untuk cari semula gambar ni. berhabuk. dan.. Macam yang ku sebutkan dalam entri pertama, ianya satu pengalaman teruk yang manis.. bittersweet. bila teringat balik memang rasa kelakar.

tapi....................

-

-

-

-

kisah belum berakhir T__T  oh Tuhan..

-

-

Android Qasha hilang pulak! sebab tadi pakai app torchlight nak suluh isi perut van tu. entah manalah. ku tak tahu sangat pasal gadjet-gadjet ni tapi En Q kata android tu baru beli sebulan kut tak silap. dan keluaran terbaru punya. kira mahallah..

namun, kerana...

malam semakin larut..
lolongan anjing mula kedengaran.. (ecewah)
sejuk semakin menggila..
perut yang berkeroncong..
badan yang penat..
lesu..

kami terpaksa balik juga meninggalkan android Qasha yang entah di mana. redha jela. semua yg berlaku ada hikmahnya, kan? redha lebih baik dari merana dalam hati tapi tak dapat apa.


akhirnya..

Van Messenger Post dan kereta merah (tak ingat jenama apa) pun beredar meninggalkan Williams dengan 1001 memori dalam 1 malam. terasa panjangnya malam tu..

Bila balik tu, perut yang lapar terpaksa dikorbankan sebab semua kepenatan. Bantal melambai-lambai rasanya.. ku pulak, tidur tak lena.. memikirkan ku kena masak awal esok pagi dengan bahan yg tidak cukup sebab kami semua ke Katanning dan rumah kosong. Dah nama pun seorang je perempuan dalam rumah ladang tu waktu tu, kenalah gagah! Sado! Sado!



Psstt.. sikap orang putih nampak lebih prihatin dan mesra berbanding bangsa kita. >_<


Salam. Jangan lupa..

Allah mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.