Rabu, 27 Ogos 2014

DIY : Inovasi dan Kreatif *tersedak*

Bismillah..

Pernah beberapa kali ku membelek-belek buku tentang dekorasi rumah, lagi-lagilah bila masuk ke dalam IKEA, rasa macam nak beli semua benda untuk hiaskan rumah idaman. tapi sebenarnya ada banyak cara untuk kita berjimat melalui kreativiti yang praktikal dan sangat memuaskan!

tak faham? jom scroll ke bawah..


( 1 ) tak payah susah-susah beli wallpaper

:: tak salah kalau korang nak hiaskan rumah dengan apply wallpaper pada dinding rumah. bagi ku, kalau ruangan yang menjadi tumpuan, tak apalah tapi untuk ruangan yg agak privasi atau tertutup macam bilik anak atau ruangan membaca ke, bolehlah try guna tips ni.

bakul laundry yang dah rosak tu, jangan dibuang! ambil bentukkan elok-elok macam kat dalam gambar tu dan korang dah boleh mulakan wallpaper DIY korang. sangat praktikal dan kemas!

:: 9/10 ::

( 2 ) tak perlu pening cari tempat menggantung aksesori

:: ku pernah tengok kawan yang survey benda-benda macam ni sampai nak botak kepala. nak sangkut aksesori saja pun! harga boleh mencecah hingga RM89. terkujat sekejap.

jadi, kalau ada almari yang nak dibuang tu, ambil lacinya dan catlah sendiri. tak kisahlah guna semburan cat ke, buncho atau cat minyak. kalau laci tu nampak terkopak-kopak pun, cantik apa! klasik, vintage. jimat sudah..

untuk button menggantung aksesori tu, boleh ditambah apa-apa. sebab biasanya laci ada satu tombol saja, kan? boleh paku kiri kanan dan cover dengan apa-apa benda yang comel dan praktikal utk menjadi tempat menggantung.

:: 7/10

( 3 ) penjimatan ruang
:: yup! ku setuju bahawasanya papan seterika sangatlah memakan ruang dan selalu rasa leceh bila sampai part nak kena lipat dan simpan. kadang-kadang berdentum bunyi lantai bila papan seterika yang disandar pada dinding, jatuh terhempas.

untuk penjimatan ruang, korang bolehlah cari penyangkut baju yang macam dalam gambar tu (lurus) atau cari yang besi (teguh, kuat) Janganlah guna penyangkut baju yang biasa-biasa beli dari kedai RM2 tu! yang plastik tu. mahunya habis penyangkut baju rumah korang, hari-hari lendut.

pada bahagian penyangkut tu, bolehlah korang sangkutkan pada getah kain alas seterika di bahagian belakang. sukanya ku dalam gambar ni sebab dia sangkut di belakang pintu. terlindung, kemas dan kalau jatuh pun, tak kena pada insan yang ada di balik pintu. kan?

:: 10/10 ::

( 4 ) tak perlu mengangkut

:: kebanyakan botol cecair sabun berat dan kadang-kadang boleh terbalik dan tumpah ke lantai *membazir* selalu jugak sabun terkena tangan. kalau kulit tangan jenis tak tahan macam ku, memang T____T lah. perit!

sediakan bekas air macam ni, dan satu cawan kecil utk ambil sabun dari bekasnya. lebih baik cari bekas yang atas penutupnya boleh dibuka sepenuhnya. janganlah guna bekas air kenduri kawen tu. dahlah tak see-thru, naya je kalau orang ingat tu yogurt ke hape ke kan, perisa Dynamo.

:: 6/10 ::

no more semak semak

:: mak ku selalu pening kepala bila melibatkan hal-hal berwayar ni. lagi-lagilah bila cucu pakat balik, ada yang tersadung. kalau dia je tersadung, tahan lagi. ini.. sekali dengan laptop yang bersambung dengan wayar pun tersadung sekali! semak semak semak =____=

pastikan guna penyangkut baju macam dalam gambar. penyangkut baju yang selalu ada kat kedai baju.

:: 8/10 ::
bukan hanya utk aksesori

:: hah, gambar ni contoh saja. ku terfikir, hairband, stokin, handsock/coverhand pun boleh! praktikal. ku ni selalu kelam kabut bila En Q dah bunyikan 'alarm' bila kitorang in rush nak pergi satu tempat. untuk ibu kepada 2 anak ni, ku perlu bahagikan masa kepada 4 bahagian.

2/4 siapkan 2 orang anak dan keperluan mereka
1/4 pastikan rumah bersih
setengah/4 pastikan keperluan En Q
dan.. tentulah ku hanya ada setengah/4 untuk diri ku sendiri.

ku hanya perlu menyambar sahaja dan bersiap laju tapi kemas. jadi, benda-benda macam ni memang praktikal utk 'menyambar' mummy macam ku.

:: 9/10 ::

double jimat

:: mujahadah sekali bila ku pergi ke rumah orang atau tandas awam, tumpang mandi/guna bilik air mereka dan... tak ada penyangkut! tak kisahlah penyangkut tuala ke, penyangkut baju ke, paling kurang pun, 2, 3 ketul paku yang terpacak kat dinding.

ku akan berdiri lama.........memandang ke sekitar bilik air memikirkan di mana harus ku meletakkan tuala, tudung dan lain-lain, di tempat yang selamat dari percikan najis. tandas tempat bernajis kutt..

ku selalu tengok orang sangkut kat atas pintu saja (selalunya kat tandas awam) dan juga sangkut kat tingkap yang berpagar (selalunya di tandas rumah). ok..... ku hanya akan letakkan di tempat yang sama selepas dah ada orang buat macam tu sebab...

C   I   C   A   K
C  I  C  A  K
C I C A K
CICAK
C I C A K
C  I  C  A  K
C   I   C   A   K

kena sebut banyak kali supaya rasa ianya haiwan yang comel dengan nama yang unik -___- haiwan tu hobinya adalah melaburkan saham di tempat-tempat yang selalu orang letakkan baju/tuala diorang dalam tandas tu. kat tingkap, kat atas pintu... why C I C A K yang comel.. why... NAJIS TAHU??

jadi, tolong berhati-hati. sensitif sikit dengan keadaan tandas kita supaya satu rumah tak bernajis. kan haru baju yang terkena black and white Cik C I C A K tu dibawa bersolat!

korang boleh guna tombol pintu yang dah tak digunakan lagi macam kat atas tu.. atau korang boleh guna apa-apa sahaja benda yang mudah untuk disangkutkan kain padanya. praktikal. jimat. tak payah beli penyangkut baju yang lekat-lekat tu pastu tiba-tiba tertanggal. dengan baju-baju kita sekali basah.

:: 9/10 ::

Antara kes yang selalu membuatkan En Driver menjeling tajam sepantas kilat

:: kadangkala hati yg riang ria bila dah sampai ke home sweet home selepas kepenatan yg amat membuatkan kita tidak sedar jarak antara pintu dan Encik Dinding.

Kukk!

Tersentap jantung bila pintu kereta terhantuk kat dinding. Cepat-cepat pandang EnDriver. Kalau tak perasan, boleh cepat-cepat cibut masuk rumah tapi kalau dia dengar? Hah, cair kena tenung.

Gambar di atas memang praktikal sangat. Samada guna bahan dari getah ataupun foam, sangat membantu di saat kita terlupa utk berjaga-jaga. Lagilah kalau yg ada anak terlebih gula. Buka pintu semangat semacam. No worries lepas dah tampal benda alah ni. No money. Spend ur minutes and minimal energy

:: 8/10 ::

Mudah memudahkan

:: "zin, carikan buku Barat di Ambang Maut kat rak atas sana~~" kata umi (ala-ala ayat karangan) haa.. Naik je tingkat atas, rasa diri sendiri maut tengok buku penuh kat rak. Telek punya telek tak jumpa. Menangis keluarkan semua buku barisan hadapan sebab nak cari di bahagian belakang dan menangis kena susun balik satu-satu. *hiperbola*

Praktikal, kan? Tak payah menghabiskan masa keluarkan buku dan susun balik sambil seret dahi kat pintu rak.

:: 10/10 ::

Inovasi

:: simpan kunci dalam kasut. Heh.. Pencuri gelak je. Ku pernah pergi satu rumah ni, takde org. Ku usha lama-lama rak kasut dia di tepi pintu. Rasa macam nak buat eksperimen je. Jadi ku capai kasut paling buruk, tingkat 2 rak dan penyet-penyet kasutnya.

BINGO!!

Kunci rumah dalam tu. Seeeee..

Jadi praktikalnya gambar di atas, ambil mana-mana botol ubat kosong atau botol asam mo fa kor tu pun boleh, lekat rumpt ke atau nenas batu mcm kat atas ni, pastu letak kunci dalamnya. Janganlah pergi tampal pokok pisang. Hilang kuku nak korek balik. Tanam kat tanah laman tapi janganlah nanti cari tak terjumpa. Nangis cakar tanah nanti. Boleh juga tanam dalam pasu bunga, secure sikit.

:: 10/10 ::
Talam dua muka

:: dwi-fungsi. Peribahasa tu hiasan semata. Tiada kaitan antara hidup dan mati. Cantik, kemas, jimat, licik. Hee..

:: 8/10 ::

Dah pernah jumpa org buat mcm ni..

:: lepas beli barang dapur, wajib simpan plastiknya. Pusing guna semula utk buang sampah dll. Tp selalu berterabur dan makan ruang laci utk simpan.

Tak nak beli, buat macam ni. Guna kotak tisu tapi simpanlah di tempat tersorok. Tercengang tetamu nanti. Mencemar pemandangan.

:: 6/10 ::

Hawauw..

:: praktikal utk wanita sebenarnya dan juga yg bela binatang peliharaan yg tak dihantar ke Yun Nam.

Selalu masalah asrama/bilik perempuan yg berkarpet, inilah. Segan bila org datang dan menggentel karpet, kumpul rambut kita.

Ada dua cara. 1) kena rajin dan bertenaga, berus karpet guna berus baju yg kering, dalam bentuk bulatan. 2) cara jimat tenaga dan lebih mudah, guna penarik air. Getahnya akan memerangkap rambut.

:: 10/10 ::


Jimat masa

:: yg bertukang, lagilah yg memaku atas tangga. Payah benor nak naik turun ambil paku, lagi hangat paku kat tangan jatuh ke bawah. Dari beg di pinggang, ku lebih sukakan cara ini. Tak payah tunduk dongak ketuk tunduk balik hAa..

Lekat besi berani/magnet kat bawah pemegang tukul tu. Quick and easy. Simple tapi sangat-sangat praktikal

:: 10/10 ::


..................
..................

Cukuplah perkongsian setakat sini. Lama benar tersimpan dalam draf disebabkan ke-bz-an yg kekononnya sgt bz. Semoga memberi manfaat dan terima kasih kerana berjaya membaca ke noktah ini.

P/s 

Salam. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Photography : Moment in a Pieces

Bismillah..

Klikk!

sentimental value..
Pernah tak korang kemas-kemas barang lama tiba-tiba terhenti pada sekeping gambar yg dah renyut, hampir koyak dan kabur. Kertasnya sudah lunyai, layak dibuang saja.. Tapi, kerana nilai sentimental yg tinggi, kertas yg pudar warnanya itulah satu benda yg tak boleh dicari di tempat lain.


Ianya..

K E N A N G A N
K  E  N  A  N  G  A  N
K   E   N   A   N   G   A   N
M   E   M   O   R   I
M  E  M  O  R  I
M E M O R I

yang hanya kita mampu menyelaminya..




ku pernah tengok ada sebuah rumah yg penuh dengan gambar-gambar menarik, berwarna warni ditampal. Tapi ada satu gambar yg dibingkai cantik dan diletakkan di ruang utama, mengalahkan gambar-gambar lain.




Ianya sekeping gambar yg pudar warnanya, kelabu kekuningan, berkedut. Tapi NILAI nya tidak dapat dikalahkan dengan yg lain, yg lebih bermutu tinggi dan dalam keadaan baik.


kasih abang..
Sekeping gambar itulah yg membawa makna, 1001 kenangan, satu benda yg tidak dijual di mana-mana. Masa lalu mustahil diputar semula.

saat yang hanya kita mampu mengerti saat memandang gambar itu..


Oleh itu, jangan takut nak berhabis atau melaburkan duit pada sebuah album kerana kita tak mungkin boleh menebus kenangan lalu dengan wang ringgit.




MEMORI DI FIKIRAN AKAN BERANSUR HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT 

namun moment yg tertangkap dalam sekeping gambar takkan lupus dek masa.




Kenangan dan memori, bersama QUEGRAPHY, kami akan beri yg terbaik dari ladang untuk mengukir senyuman anda di masa akan datang.


foto kita.. kisah kita..

[ quegraphy_moment in a pieces ]

more pictures @kakitembak_fotografi (INSTAGRAM)
credit to me :)
kod promosi : hzinnirah whatsapp : +601129180736


Jangan lupa, Allah Mencintaimu..

Isnin, 25 Ogos 2014

Jambu Suci Murni

Bismillah..

ada satu quote yg selalu ku baca di mana-mana. lebih kurang begini.
"Lupakanlah masa lalu dan bukalah lembaran baru."
tapi bagi ku, secara peribadinya, masa lalu itulah yg membentuk siapa kita sekarang. Memang tak boleh nak lupa. Diingat untuk pengajaran. kalau ada yg menafikan, ku teringin nak interview dia XD iyalah.. kalau tak, takkan wujud quote ni;

"Kesilapan adalah guru terbaik."

"belajar dari kesilapan."

dan bagi ku, kesilapan = masa lalu.

cuma janganlah sampai kita sibuk sangat dgn 'masa lalu' yg sudah berlalu tu sampai tak nampak ada yg di depan mata. rindu terkenang zaman single mingle, anak depan mata yak tak nampak nak buka lembaran baru pun sebab masa lalu jugak. Cuma janganlah teringat sangat masa lalu tu sampai tak boleh move on, kan?

Memang ada benda lalu yg kita nak lupa tapi tak dapat. Takkan boleh elak. sedikit sebanyak akan teringat. Lainlah kalau pergi hantuk kepala kuat-kuat kat bendul. Untung sabut, hilang ingatan. Untung batu, hiduplah kat hospital setahun makan guna tiub.

bila bercakap tentang masa lalu, ku teringat zaman jambu dulu. era suci murni. kalau di kalangan kawan-kawan, era Karpet Merah. haa.. sebabnya asrama kami terbentang karpet merah dari awal tangga naik ke asrama. dah ala-ala retis tayang aurat baju. bezanya kami tayang muka batak. ok, ku saja yg batak tak hengat sebab pertama kali duduk asrama. kawan-kawan lain kebanyakannya dah merasa duduk asrama.

Ajet-ajet jambu. Elok gambar kabur-kabur je. Ku tak ada dalam gambar ni T-T

tapi sebelum masuk karpet merah tu, kami tumpang satu dorm kakak-kakak. kalau tak silap namanya dorm Darussalam. insan pertama yg ku kenal, Latifah Zahidah yg datang dari Kelantan. gome klate, gomo!

waktu tu terpinga-pinga jugaklah sebab tengok ada yg gigit tingkap jari tepi tingkap. rupanya menangis sebab dah start rindu kat mak ayah. tercengang O.o mungkin sebab rasa teruja tu lebih kuat, ku macam nak bersorak sebab dah jauh dari mak ayah. waktu untuk meneroka dunia dgn lebih luas. hah., senyum lebarlah ekau zin.. waktu tu, kawan taknak kawan pun rasa langit nak runtuh. sempitnya fikiran. tak merasa lagi cabaran dunia sebenar.(==,")

macam-macam benda ku belajar. minda masih luas, banyak benda boleh masuk. pertama kali masuk asrama, waaaa~~ batak tak sudah tengok barisan katil dua tingkat. ku cuba usha sorang ni, nampak macam boleh jadi geng. muka sweet je kan. sekali ku hulurkan salam perkenalan..

"salam :) saya Zinnirah. nama kamu?"

dia yg tengah kuis-kuis habuk kat baju tidur Hello Kitty tu jeling hujung mata. "buat apa nak tau?"

hamek.. sentap mak. waktu tu kat fikiran, ohhh.. wujud juga orang yg tak suka kena tegur. tapi rasanya waktu tu dia tgh moody kena tinggal dgn mak dia sebab sekarang kami selalu juga hangout sama. hehe.. hai shitah!

macam-macam ragam tak cukup zat waktu tu. ada geng-geng Perak, Qlate, Utara dan Sabahan dan lain-lainlah. tapi geng Perak paling 'berkuasa' kot. mungkin sebab diorang ramai. Geng sempoi nakal-nakal unta. Suka nyakat ku, ya bid? Uzma? :) tapi ku kawan aje dgn semua.

Mimpi apa throwback malam-malam buta ni?

Alkisahnya, hari tu tengah kemas-kemas barang di rumah. Terjumpa sat buku hijau lembut kulit gambar tembikai susu. Haa.. Nampak tak kesucian murni tahap minyak saji kat situ? Sekarang lain. Buku semua nak abstrak, anime comel, grafiti. Sokehah sikit, Ana Muslim. Berbalik pada buku tembikai susu tadi, buku waktu ku Form 2-3. Dalam tu penuh dengan catitan, sebab ku memang suka mencatit. Draft skrip, jadual kelas, birthday kawan-kawan dan juga to-do-list.

Tengah gelak-gelak baca sorang-sorang, tiba-tersentap rasa lepas baca salah satu to-do-list. Selalunya sebelum tidur, ku akan tulis supaya ku tak lupa untuk buat esoknya.

*basuh tudung biru
*bayar choki Zin M
*buat tebusan dosa tak tahajud semalam
*ganti sabun baju Ejah

Masa seakan berhenti. Lama ku termenung di tepi almari. Tebusan dosa.. Ya Allah. Ku macam dah tak kenal diri ku yg sekarang. Taubat main-main. Itupun dosa yg nyata. Dosa kecik? Dosa yg tak disengajakan? Dosa yg setiap hari berlaku? Semoga terampun.. Abaikan part choki. Tokey choki dorm Raihan marah nanti

Nampak lagi kemurnian jiwa waktu tu, di asrama kalau eletrik tak ada, ukhti-ukhti pakat kumpulkan kami kat surau menghadap kiblat dalam barisan saf. Dalam gelap dan kepanasan tak hengat, majlis muhasabah diri, habis kena bantai ceramah dgn Kak Fira. Sedih tahap leleh. Rasa berdosa. Lewat turun ke surau, tak dengar cakap ukhti, tak belajar sungguh-sungguh. Tak layak nak dapat nikmat Allah. Malu rasa dgn Allah.

Ajaibnya, tiba-tiba eletrik ada balik. Terang benderang. Semua ajet-ajet lap air mata. Control macho. Waktu tu rasa dekatnya dgn Allah. Rasa seronoknya mengadu dengan Allah. Paling ajaib, setiap kali berlaku benda sama, tak ada elektrik, tak ada air atau masalah sejagat yg lain, rasa sedih dan malu dgn Allah tu ada. Ajaibnya hati..

Sebak sekali lagi.. Sebab itu juga adalah sebahagian yg hilang dari diri ku T.T

Hebatnya didikan asrama, lepas tu kalau ada masalah je, terus set masa tidur awal sebab nak 'dating' 3, 4 pagi mengadu dgn Allah. Nak nangis kena awal-awal sikit supaya orang tak dengar sob sob kita tu. Kalau takada masalah sangat, bangun tahajud macam biasa, lepas tu cerita-cerita dgn Allah.

"Ya Allah, bestnya hari semalam. Hari ni nak lagi, boleh?" amboi.. Manjanya dgn Allah :')

Bila usia bertambah, nakal tu pun advance la sikit. Sikit je..

Malam-malam bersembang sambil makan Mee Ruski Tomyam. Masak dalam bekas aiskrim Wall's tu pastu malas nak basuh, kan? Sebab berminyak!

Credit

Mee Ruski TY ni memang hangat betul kat asrama. Pantang masuk stok kat pasaraya, putus nafas beritahu satu dorm. Pakat korek bawah suratkhabar alas baju kat rak, pergi beli. Ada yg kawan-kawan akal macam Mael, balik rumah beli sekotak Ruski. Balik asrama, jual 2 singgit. Eh, mana ada. 70 sen. Lepas naik seposen seposen sampai jadi RM1.20. Tapi beli jugak sebab lepas makan je panas-panas dan pedas-pedas, rasa nak study tu macam refresh balik. Humphh.. Hiperbola sangat makan mee segera boleh kuatkan fokus.

Advance lagi, balik kelas rancak bersembang bergebang-gebang. Sekali dengar speaker surau berbunyi.. "Allahumma solli.." (selawat)

Zapppp!!!!

Berdesup lesap semua hantu-hantu yg bergebang tadi lari masuk bawah selimut. Qailullah 5 minitlah sangat (==") kesian ukhti-ukhti dan kawan-kawan skema yg solehah sikit nak kejut pergi surau. Ya asdiqo' ya asdiqo'.. Kum kum... Hampagas.. Sorang pun tak gerak.

Mengenang kenakalan ni, banyak lagi nak cerita tapi takut readers muntah baca panjang sangat, ku kongsikan point yg ku ambil dr apa yg ku dapat waktu zaman jambu dulu.

:: Tebusan Dosa buatlah walau sekali sehari
:: Mengadu, Bermanja, Berceritalah dgn Allah walaupun benda kecil
:: Jemaah itu Rahmat = haa.. Sebabnya kan.. Waktu kat asrama dulu, makan biskut kering kawan atau roti Sweetie perisa coklat kawan punya, sedap Ya Rabbi! Tapi kalau beli sendiri, hambar gila rasanya =_____= pelik sampai sekarang.

Sekali lagi, ku tiada dalam gambar. Sambutan Hari Guru.


P/s : maaf andai yg tersinggung. Sekadar coretan dan perkongsian.

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Ahad, 24 Ogos 2014

Nak Kahwin Tak Kahwin

Bismillah..

Ajet-ajet calon menantu

Baru-baru ni, keluarga kami ditimpa musim 'usik-mengusik'. Maklumlah, hampir setiap tahun ada saja keramaian yg diraikan. Tahun ni baru saja berlalu hari kelahiran anak ku pada 3 Februari, cucu ke...... Nantilah ku kira. Huh. Kemudian, menyusul pula perkahwinan adik ku, Ikram dan Nabila pada Mac. Kemudian, kelahiran anak kak long ku yg ke-7, cucu ke........ Kira nanti jugaklah >.<

Dan kini, benih-benih keraian tu mula nampak. Abang ku, si semut tu dah mula nampak jodohnya di ufuk-ufuk timur gitu. Agaknya sedikit pahit kerana terasa diri menjadi bendul waktu Ikram kahwin tempohari. Hehe.. Sorry ya abang.

Macamana nak kahwin ni =="

Tapi zaman sekarang.. Nak kahwin paling-paling pun 5, 10 ribu. Mana main rat rat (Ratus) ni.. Orang yg belajar tinggi-tinggi dan bekerjaya pun tak menjadi jaminan utk hidup bebas tanpa hutang. Semuanya nak demand. Mungkin malu dikata orang kalau majlis tak seberapa tapi bagi ku, ku lega kalau datang ke majlis yg bersederhana biarpun majlis orang kaya.


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''
Baca kisah perkahwinanSiti Fatimah credit 

Biar sederhana asalkan praktikal.

Ada yg macam nak jadikan perkahwinan ni satu benda susah susah susah sangat. Maskahwin ribu riban. Banglo sebijik. Kereta 2 bijik. Dalam akaun cukup jaminan untuk hidup 100 10 tahun akan datang. Bukankah perkahwinan itu salah satu pintu rezeki? Nak tambah Yakinlah dgn Allah (nasihat utk diri)

Itu konsep yg selalu umi buat. Macam majlis Kak Tirah (anak ke4) digabungkan sekali dengan majlis kahwin Abe (anak kedua). Waktu akad hanya keluarga terdekat. Bila majlis berlangsung, sederhana sahaja. 2 pasangan terus dan keluarga tak perlu susah payah nak curi masa untuk datang ke majlis banyak kali. Iyalah. Adik beradik 11 orang. Jenuh tetamu nak hadap tuan rumah yang sama saja. Klu sekampung, tak apa juga. Ini nak mengatur masa, kos duit minyak dan tol, kos perbelanjaan sepanjang perjalanan, belum dikira penatnya lagi. Jadi, kita memudahkan orang.

Lagi satu, kami buat di rumah. Sebab, ku memang selesa kalau majlis yg ada tempat utk bersantai. Lagilah kalau majlis di saat matahari terpacak atas kepala. Ditambah pulak ada anak kecil yang sikit-sikit mintak mak dia jadi Super Saiya =. .=

Berbalik pada isu asal, KOS. Ughhh.. Ini antara senarai 'wajib tayang' sebuah majlis yang LENGKAP.

:: Sewa dewan
:: Deko Dewan/Majlis
:: Katering
:: Kek Kahwin
:: Doorgift/Goodies
:: Upah Gubah Hantaran
:: Baju
:: Upah Mak Andam
:: Deejay
:: Retis/Kumpulan Nasyid (Penyanyi) /Kompang
:: Fotografi

Memang ribu reban riban kan? Jadi hari tu umi agak fenin la fikirkan macamana ya kalau abang semut ku ni nak adakan majlis lagi. Lantas, dengan bernas bernas bling blingnya Ikram melontarkan hujahnya.

"Umi nak fenin-fenin buat apa? Tengok ni..."

Dan, dia mula buat job-list untuk kami semua.

:: Sewa dewan = buat di rumah, cuma sewa 2 khemah untuk tetamu duduk di luar dan lainnya boleh duduk di laman rumah (alas tikar : praktikal utk kanak-kanak kecil mengkeretek) dan dalam rumah (utk wanita selalunya)
:: Deko Dewan/Majlis = menantu perempuan, Kak Siti (menantu) dan Nabila (menantu) yang rajin menggubah dan merancang.
:: Katering = umi suka memasak dan mampu memasak utk ramai (macam di kenduri anak-anak sebelum ni) pembantunya Abe dan Bai yg sememangnya kerja katering
:: Kek Kahwin = Kak Wani (menantu) kerja di bakeri
:: Doorgift/Goodies = cupcakes umi sudah tentunya!
:: Upah Gubah Hantaran = Kak Siti, Kak Wani, Nabila
:: Baju = Kak Siti boleh survey dan cari
:: Upah Mak Andam = Kak Siti ada kursus mekap dan dandanan
:: Deejay = Abe
:: Retis/Kumpulan Nasyid (Penyanyi) /Kompang = Abe (Nasyid) Bai (backup) Atul dan Am (kompang)
:: Fotografi = En Q yang sememangnya bekerjaya sebagai fotografer.

Hah, lengkap! Ikram dah boleh jadi organizer Dah 50% jimat. Hanya tinggal kos perbelanjaan. Upahnya adalah kebahagiaan berkumpul bersama. Ukhwah :)

Oppss.. Tertinggal lagi satu tugasan.

:: Mengemas dan Menyental's Team = adik-adiklah! Siapa lagi, kan? Ingat korang cumil sangat nak jadi flower girl? =___="

Eh.. Ku macam tak ada je dalam senarai di atas? Sebabnya ku akan menyendeng di semua task yg ada. Kononnya yang paling bz.. Sekian



P/S : terima kasih Allah, atas nikmat dan kesempatan ini. Jangan tkut ada anak ramai....

*****
Ku   : Kim takyah kahwin, boleh?
Kim : (=.=")

Salam.. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu

Jumaat, 22 Ogos 2014

Wordless Wednesday #4

Bismillah..



..apabila apa yg kita ingin capai terasa semakin menjauh
..apabila apa yg kita buat serba tidak kena
..apabila usaha hanya mengeruhkan keadaan
..apabila kita rasa, mungkin kita hanya perlu menunggu
..dengan hati yg menyerah

Wahai hati.. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu :')

Khamis, 14 Ogos 2014

Wordless Wednesday #3

Bismillah..

Sumber

Sumber
Beruntungnya... Mereka yang diizinkan Allah utk berpuasa sepanjang tahun.. T-T


Salam.. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Jumaat, 8 Ogos 2014

Wordless Wednesday #2 ( #MH17 )

Bismillah.. (Terlambat update)

[ kesinambungan #MH370 ]



اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي وَذَهَابَ هَمِّي

Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahasiakan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta pelenyap bagi kegelisahanku."

Doa di atas didasarkan pada hadits dari Abdullah bin Mas'udradliyallah 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

 "Tidaklah seseorang tertimpa kegundahan (galau) dan kesedihan lalu berdoa (dengan doa di atas) melainkan Allah akan menghilangkan kesedihan dan kegelisahan (keundahan)-nya serta menggantikannya dengan kegembiraan."

Sebab aku tiada app utk tulisan Arab, maka aku copy paste doa Arab dari Aini Anisah. Terima kasih, kak :)

#pray4mh370
#prayformh370
#pray4mh17
#prayformh17
#mh370
#mh17

salam.. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu..

Rabu, 6 Ogos 2014

bittersweet Aidilfitri 2014 (Gambar)

Bismillah..


Assalamualaikum pembuka entri
hanya sekadar coretan hati
maaf andai ada yang terasa hati
enjoy membaca seloka pagi
-
-
-

Bad Teha Qama, meriah di Sarawak,
Kumpulan pertama yg hantar gambar,
Walau jauh di mata tak nampak
Janganlah raya menjadi hambar.

-

Di Perak sudah ada Mashitah,
Nor join sekaki, Bakyah angkut anak sekali,
Senyumlah kita, ia satu sedekah,
Biarpun sedih terbuku di hati.
*kes x dapat balik raya. Hehe


Tirah Z sihat disangka berbadan dua (hehe)
Family Fatihah sempoi tetap berkumpul bersama
Kosongkan hati dari dendam lama
Kerana kita pun ada silapnya

-

Nisah dan Mashitah pulun mujahadah,
Lemang depan mata, rendang menari-nari,
Semoga raya kita menjadi ibadah,
Menyegarkan jiwa, menyucikan hati.
*kes berpantang waktu raya punya pasal

Niah dan Ain biru nakal
Min dan Aisyah merah lembut merah hati
Semoga dapat rasa hamba yang kekal
Agar Allah kekal ditakuti

-

Sabariah duduk melepek di rumah,
Katanya pertama kali tak beraya
Bermaafan-maafan amalan indah
Di sepanjang Aidilfitri yang mulia





An Salleh dan Anip sempoi sekali
Ku dan Aiman Z pakat ungu sekaki
Aiman Md Rom pula kekal senyuman jeli
Biarlah semua bahagia kerana Ilahi.

-

Abid pula ada hal tak dapat dielakkan,
Tapi di mana-mana tetap beraya,
Jangan kita beraya sakan,
Sampai lupa peraturan jalanraya.
*jangan merempit


Teman2 teristimewa yg beraya di Indonesia
Afifah Munawwaroh dan Afifah Tengku
Kedua comel keduanya ceria
Walau berlainan negara, kita tetap bersatu
*salam raya dari Malaysia!

-

Aan menerobos masuk ke felda
Tenet tak ada wifi ada
Banyakkan bersyukur, tambah iman di dada
Beraya di mana-mana pun biar berpada-pada


Kata Kin, ada GH di SP,
Kata Piyah, kami makan-makan jerr,
Hantarlah khabar, jgn menyepi
Walau beraya macam tak raya jerr..
*kes hilang semangat raya


Aini di Jordan, suami di Turki,
edit gambar macam raya bersama,
Hati perantauan walang sekali
Pasti ada hadiah dari Allah buat kalian semua


Mardiah kuning diraja, Ejah pakat boria
Kin dan Esyah Wan coklat sepakat
Raya hakiki hanya di sana
Raya di dunia, mencari berkat




Lilah tema biru sama warna dengan kereta
Pertama kali Nasibah beraya sebelah suami tercinta
Bermaaf-maafanlah sesama kita
Zaman jambu dulu, masih ada salah silapnya

-

Wajihah mencari jodoh yg best punya
Semoga yg lain dapat sama berbahagia
Siapa pun 'dia' kita tetap isterinya
Darjatnya tinggi di sisi yg Maha Esa
*doa doa doa dan doa buat yg masih menanti jodohnya


Raya ketiga Kama sibuk berpindah
sakit pinggang, barang bertindan-tindan
Untuk mengubat hati yang gundah
Luahkan rindu melalui kiriman


Sebelum raya semua tuju rumah Laila
Bila dah raya, satu batang hidung pun x nampak

Syok bersembang, zikir jangan lupa

Hati terpelihara, tidaklah rosak


-


Pertengahan raya, meeting boikot McD
Ada yg mengidam ada yg tak berkenan
Sedang yg penting, ramai tak peduli
Sokong padu, Produk Islam kita usahakan
*betul tak?


-

Dari BBM masuk ke whatsapp
Wechat berat, kakaotalk pulak
Kakao berat, whatsapp sendat,
Depa suh telegram lah pulokkk
*aduiii..x larat men-download. Buek borat bb den yo


Senyum terukir di wajah ceria
Pilu di hati siapa tahu
Biarlah dengan Tuhan ku bercerita
Kerana Dia sebaik-baik Pendengar cerita ku

-

Tidak semua kesedihan itu pahit
Tidak semestinya gembira tiada duka
Mujahadah itu memang perit
Kerana harga Syurga tiada tara

-

Ku nukilkan semua ini sedikit demi sedikit
Buat tatapan teman-teman setia
Biarlah hati kita sakit
Asal selepas mati nanti tidak derita
*mujahadah dan mujahadah!

-

Biar hanya sedikit, maaf pada yang tiada nama,
ada pulak yang tiada gambar.
ku hamba lemah, mengharap secebis nukilan ini, hadiah 'duit raya' buat teman semua.
*dah besar kan? Duit raya RM1 buat apa kan??


semoga ukhwah ini berpanjangan demi Islam dan kekal hingga ke akhirat :)



SELAMAT HARI RAYA..

A   I   D   I   L   F   I   T   R   I
A  I  D  I  L  F  I  T  R  I
A I D I L F I T R I
AIDILFITRI
A I D I L F I T R I
A  I  D  I  L  F  I  T  R  I
A   I   D   I   L   F   I   T   R   I

MAAF ZAHIR DAN BATIN
#kosongkosong