Isnin, 25 Ogos 2014

Jambu Suci Murni

Bismillah..

ada satu quote yg selalu ku baca di mana-mana. lebih kurang begini.
"Lupakanlah masa lalu dan bukalah lembaran baru."
tapi bagi ku, secara peribadinya, masa lalu itulah yg membentuk siapa kita sekarang. Memang tak boleh nak lupa. Diingat untuk pengajaran. kalau ada yg menafikan, ku teringin nak interview dia XD iyalah.. kalau tak, takkan wujud quote ni;

"Kesilapan adalah guru terbaik."

"belajar dari kesilapan."

dan bagi ku, kesilapan = masa lalu.

cuma janganlah sampai kita sibuk sangat dgn 'masa lalu' yg sudah berlalu tu sampai tak nampak ada yg di depan mata. rindu terkenang zaman single mingle, anak depan mata yak tak nampak nak buka lembaran baru pun sebab masa lalu jugak. Cuma janganlah teringat sangat masa lalu tu sampai tak boleh move on, kan?

Memang ada benda lalu yg kita nak lupa tapi tak dapat. Takkan boleh elak. sedikit sebanyak akan teringat. Lainlah kalau pergi hantuk kepala kuat-kuat kat bendul. Untung sabut, hilang ingatan. Untung batu, hiduplah kat hospital setahun makan guna tiub.

bila bercakap tentang masa lalu, ku teringat zaman jambu dulu. era suci murni. kalau di kalangan kawan-kawan, era Karpet Merah. haa.. sebabnya asrama kami terbentang karpet merah dari awal tangga naik ke asrama. dah ala-ala retis tayang aurat baju. bezanya kami tayang muka batak. ok, ku saja yg batak tak hengat sebab pertama kali duduk asrama. kawan-kawan lain kebanyakannya dah merasa duduk asrama.

Ajet-ajet jambu. Elok gambar kabur-kabur je. Ku tak ada dalam gambar ni T-T

tapi sebelum masuk karpet merah tu, kami tumpang satu dorm kakak-kakak. kalau tak silap namanya dorm Darussalam. insan pertama yg ku kenal, Latifah Zahidah yg datang dari Kelantan. gome klate, gomo!

waktu tu terpinga-pinga jugaklah sebab tengok ada yg gigit tingkap jari tepi tingkap. rupanya menangis sebab dah start rindu kat mak ayah. tercengang O.o mungkin sebab rasa teruja tu lebih kuat, ku macam nak bersorak sebab dah jauh dari mak ayah. waktu untuk meneroka dunia dgn lebih luas. hah., senyum lebarlah ekau zin.. waktu tu, kawan taknak kawan pun rasa langit nak runtuh. sempitnya fikiran. tak merasa lagi cabaran dunia sebenar.(==,")

macam-macam benda ku belajar. minda masih luas, banyak benda boleh masuk. pertama kali masuk asrama, waaaa~~ batak tak sudah tengok barisan katil dua tingkat. ku cuba usha sorang ni, nampak macam boleh jadi geng. muka sweet je kan. sekali ku hulurkan salam perkenalan..

"salam :) saya Zinnirah. nama kamu?"

dia yg tengah kuis-kuis habuk kat baju tidur Hello Kitty tu jeling hujung mata. "buat apa nak tau?"

hamek.. sentap mak. waktu tu kat fikiran, ohhh.. wujud juga orang yg tak suka kena tegur. tapi rasanya waktu tu dia tgh moody kena tinggal dgn mak dia sebab sekarang kami selalu juga hangout sama. hehe.. hai shitah!

macam-macam ragam tak cukup zat waktu tu. ada geng-geng Perak, Qlate, Utara dan Sabahan dan lain-lainlah. tapi geng Perak paling 'berkuasa' kot. mungkin sebab diorang ramai. Geng sempoi nakal-nakal unta. Suka nyakat ku, ya bid? Uzma? :) tapi ku kawan aje dgn semua.

Mimpi apa throwback malam-malam buta ni?

Alkisahnya, hari tu tengah kemas-kemas barang di rumah. Terjumpa sat buku hijau lembut kulit gambar tembikai susu. Haa.. Nampak tak kesucian murni tahap minyak saji kat situ? Sekarang lain. Buku semua nak abstrak, anime comel, grafiti. Sokehah sikit, Ana Muslim. Berbalik pada buku tembikai susu tadi, buku waktu ku Form 2-3. Dalam tu penuh dengan catitan, sebab ku memang suka mencatit. Draft skrip, jadual kelas, birthday kawan-kawan dan juga to-do-list.

Tengah gelak-gelak baca sorang-sorang, tiba-tersentap rasa lepas baca salah satu to-do-list. Selalunya sebelum tidur, ku akan tulis supaya ku tak lupa untuk buat esoknya.

*basuh tudung biru
*bayar choki Zin M
*buat tebusan dosa tak tahajud semalam
*ganti sabun baju Ejah

Masa seakan berhenti. Lama ku termenung di tepi almari. Tebusan dosa.. Ya Allah. Ku macam dah tak kenal diri ku yg sekarang. Taubat main-main. Itupun dosa yg nyata. Dosa kecik? Dosa yg tak disengajakan? Dosa yg setiap hari berlaku? Semoga terampun.. Abaikan part choki. Tokey choki dorm Raihan marah nanti

Nampak lagi kemurnian jiwa waktu tu, di asrama kalau eletrik tak ada, ukhti-ukhti pakat kumpulkan kami kat surau menghadap kiblat dalam barisan saf. Dalam gelap dan kepanasan tak hengat, majlis muhasabah diri, habis kena bantai ceramah dgn Kak Fira. Sedih tahap leleh. Rasa berdosa. Lewat turun ke surau, tak dengar cakap ukhti, tak belajar sungguh-sungguh. Tak layak nak dapat nikmat Allah. Malu rasa dgn Allah.

Ajaibnya, tiba-tiba eletrik ada balik. Terang benderang. Semua ajet-ajet lap air mata. Control macho. Waktu tu rasa dekatnya dgn Allah. Rasa seronoknya mengadu dengan Allah. Paling ajaib, setiap kali berlaku benda sama, tak ada elektrik, tak ada air atau masalah sejagat yg lain, rasa sedih dan malu dgn Allah tu ada. Ajaibnya hati..

Sebak sekali lagi.. Sebab itu juga adalah sebahagian yg hilang dari diri ku T.T

Hebatnya didikan asrama, lepas tu kalau ada masalah je, terus set masa tidur awal sebab nak 'dating' 3, 4 pagi mengadu dgn Allah. Nak nangis kena awal-awal sikit supaya orang tak dengar sob sob kita tu. Kalau takada masalah sangat, bangun tahajud macam biasa, lepas tu cerita-cerita dgn Allah.

"Ya Allah, bestnya hari semalam. Hari ni nak lagi, boleh?" amboi.. Manjanya dgn Allah :')

Bila usia bertambah, nakal tu pun advance la sikit. Sikit je..

Malam-malam bersembang sambil makan Mee Ruski Tomyam. Masak dalam bekas aiskrim Wall's tu pastu malas nak basuh, kan? Sebab berminyak!

Credit

Mee Ruski TY ni memang hangat betul kat asrama. Pantang masuk stok kat pasaraya, putus nafas beritahu satu dorm. Pakat korek bawah suratkhabar alas baju kat rak, pergi beli. Ada yg kawan-kawan akal macam Mael, balik rumah beli sekotak Ruski. Balik asrama, jual 2 singgit. Eh, mana ada. 70 sen. Lepas naik seposen seposen sampai jadi RM1.20. Tapi beli jugak sebab lepas makan je panas-panas dan pedas-pedas, rasa nak study tu macam refresh balik. Humphh.. Hiperbola sangat makan mee segera boleh kuatkan fokus.

Advance lagi, balik kelas rancak bersembang bergebang-gebang. Sekali dengar speaker surau berbunyi.. "Allahumma solli.." (selawat)

Zapppp!!!!

Berdesup lesap semua hantu-hantu yg bergebang tadi lari masuk bawah selimut. Qailullah 5 minitlah sangat (==") kesian ukhti-ukhti dan kawan-kawan skema yg solehah sikit nak kejut pergi surau. Ya asdiqo' ya asdiqo'.. Kum kum... Hampagas.. Sorang pun tak gerak.

Mengenang kenakalan ni, banyak lagi nak cerita tapi takut readers muntah baca panjang sangat, ku kongsikan point yg ku ambil dr apa yg ku dapat waktu zaman jambu dulu.

:: Tebusan Dosa buatlah walau sekali sehari
:: Mengadu, Bermanja, Berceritalah dgn Allah walaupun benda kecil
:: Jemaah itu Rahmat = haa.. Sebabnya kan.. Waktu kat asrama dulu, makan biskut kering kawan atau roti Sweetie perisa coklat kawan punya, sedap Ya Rabbi! Tapi kalau beli sendiri, hambar gila rasanya =_____= pelik sampai sekarang.

Sekali lagi, ku tiada dalam gambar. Sambutan Hari Guru.


P/s : maaf andai yg tersinggung. Sekadar coretan dan perkongsian.

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.