Selasa, 30 September 2014

Chong Wei, Melukut, Smartphone dan Nasi Goreng

Bismillah..

Antara Lin Dan dan Chong Wei ada sesuatu yang menjadi perhatian dunia. Ianya ‘nightmare’ yang mengganggu tidur malam Chong Wei yang bertaraf dunia biarpun di sisi papan pemuka, Lin Dan hanyalah bagai melukut di tepi gantang. ok, saja-saja je ayat atas ni. Tak ada arah. Nightmare apa entah..

Bukan semua yang kita pegang mampu membuatkan kita ‘menang’. 1000 dalam genggaman, ada satu yang terlepas. Sayangnya yang satu itulah yang menjadi igauan. Kerana itu, SYUKUR ditekankan dalam Islam kerana manusia itu lahirnya berkembarkan rasa tidak puas hati. Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Sudah ada nokia 310, mahu yang ada kamera. Sudah ada yang berkamera, mahu yang ada speaker yang gempak dengan bass yang menggegarkan. Cukup sudah, mahu pula yang berskrin sesentuh. Mudah katanya. Ok, kamera, muzik, skrin sesentuh.. oh.. internet lembab! Tambah RM sekian-sekian untuk internet booster. Sudah booster, mahu yang RAM bersaiz besar lagi. Tukar lagi yang lain. Sudah ada semua, sudah mampu meninggikan muka apabila smartphone berdering di dalam kenderaan awam. Oh.. ada yang kalis air! Tukar lagi! Tukar dan tukar..



Ya, apa kena mengena smartphone dan Chong Wei? Oh.. ada. Chong Wei pengguna smartphone juga.

Kadangkala ada baiknya kita tidak perlu tahu satu perkara berbanding kita tahu tentang perkara itu. Ah, bab apa pula ni?

Emm.. alangkah baiknya kalau buta IT. Baik juga internet tidak wujud. Bagus juga jika Mark Zuckerberg terus jadi budak nerd di dalam kelasnya. Tidaklah wujud medan-medan meluahkan rasa hingga boleh memecahbelahkan orang. Kalau tak puas hati dengan suami, teruslah berbincang. Bercakap, face to face. Terfikir juga, kamu update status, sudah tentulah suami mu baca. Maka pastinya target mu adalah mahu dia mengetahui apa yang kamu rasa dan mahukan. Tapi, jelaskah kamu apakah perbezaan status media sosial dengan personal message?

Eh... sudah besar, kan? Encik G guru paling rapat. Takkanlah itu pun tidak boleh beza...
Atau.. mungkin sudah terlalu lama menghadap skrin cahaya , otak yang diciptakan untuk meneroka itusudah terbejat seketika. Begini.. contoh situasi : isu rumahtangga.


STATUS MEDIA SOSIAL : ianya dibaca hampir semua orang. Terbuka. Open. Public. Semua. Hanya dengan satu klik.
              Natijah :: hal suami tak bawa pergi jalan-jalan satu dunia tahu. Suami bengang, isteri merajuk. Tak ke mana, semakin buruk. Suami, “isteri aku tak matang.” Isteri, “Suami aku tak romantik. Wahai dunia!! Suami ku tak romantik!!” contoh sahaja.. mana ada orang buat perangai gitu..

PERSONAL MESSAGE : dibaca hanya pada penerima mesej. Antara dua hati, dua insan..
              Natijah :: suami memperbetulkan keadaan. Isteri bahagia semula, dalam masa yang sama, membalas semua kebaikan suami dengan mengupgrade diri.

Tipulah kalau ku pun tak pernah buat macam tu. Pernahlah sangattt.... tapi, BELAJAR DARI KESILAPAN, kan? Tegur menegur, sama-sama jadi yang terbaik hari demi hari.

Tapi.. kalau tak tahu selok belok internet dikata orang pula. Buta IT. Susah juga nak cari maklumat. Terkial-kiallah para ibu-ibu mak-mak sekalian menahan telinga berdesing dek hendak mendengar penerangan berkali-kali dari anak remaja bagaimana hendak menggoogling, hendak menghantar emel, melayan blogspot, membaca berita online.

Dari situ juga, semua kerja menjadi cepat. Berhubung sudah tidak perlu menulis surat. Terjengkut-jengkut beratur di pejabat pos untuk mengepos surat-surat rasmi. Tidak perlu juga menggigil takut ketika beratur di bank untuk masukkan duit. May2u kan ada. Bateri kong? No hal punyalah.. Pineng 20,000mah mari. Yang menjadi guru bidang terjun pun boleh, tak perlu menelaah di perpustakaan. Hany amenatap skrin cahaya dalam perjalanan ke kelas. Beli barang pun sudah tidak perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas. Online, online, online, online...


Makanya orang yang berniaga cepat maju, orang yang mencari jawapan, cepat responnya. Orang yang ingin bersedekah, klik klik sahaja. Tapi, sembahyang tak ada online ya.. tetap dengan cara lama, original dari 1500 tahun yang dulu. Tak tahulah kalau dah maju sangat, sembahyang online sahaja... (=___=)''

Setiap kebaikan ada buruknya..
Setiap buruknya sudah tentu ada kebaikan juga..

Tup tap tup tap.. bau nasi goreng menarik jari untuk berhenti dari terus berkasih sayang dengan keyboard yang enak ini.

Makanya, terus kepada pergulungan.


INTERNET ADA MAHUPUN TIADA, BUTA IT CELIK IT, SEMUANYA BERBALIK KEPADA KITA JUGA. JAUH DI SUDUT HATI, HALA TUJU YANG DITENTUKAN OLEH.. NIAT.

Ini hanyalah coret malam melatih jari menaip dengan laju
sementara menanti nasi goreng.. nasi goreng, aku datang! –hz

9.25pm|280914|TM


Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Sabtu, 27 September 2014

[ UK ] Para-tak-Normal (Part I)

Bismillah..

Malam tadi, tengah seret dahi pujuk anak-anak tidur, dah pukul 12 pun tak reti-reti nak kecikkan mata yang buntang walaupun dah tutup lampu. gara-gara demam satu keluarga, malam pakat berjaga, Lepas 12 malam, si kakak dah lena. ok, lepas satu halangan. adik dia pulak. mata dah kuyu. mak dia pun bukan kuyu dah, tak boleh nak bukak mata terus. berapa malam tak lena. tiba-tiba terdengar..

"uuuu~ uuuu~" bunyi angin dan pokok bergoyang sayup-sayup. erkk! macam familiar je bunyi dia. automatik, mata ku terbentang. dengar macam ada orang puja-puja sesuatu.. tak jelas butirnya tapi tertangkap satu nama yang diseru.

"....$%#...wahai sundel bolong....."

terkejut mak! terus pusing tengok En Q. Ya rabbi, kita bertarung dengan anak, dia sengih-sengih tengok cerita Sundel Bolong dari Indonesia tu. haihh.. memori ni berpatah balik straight tak ada belok-belok ke zaman kecik-kecik. Ya Allah, perasaan cuak tu datang balik. Ingatkan dah 18 tahun tinggal, perasaan tu dah tak ada. rupanya masih segar di kalbu. hujung jari telunjuk ku buat penutup telinga sambil dengung-dengungkan bunyi supaya tak dengar sayup-sayup tu.  tapi pelik, macam makin kuat pulak. sekali pusing tepi, hamek.. En Q dekatkan speaker android dia kat telinga (==.") sabar ya kalbu..

"Dulu kecik-kecik tengok, rasa seram je. sekarang rasa nak gelak." ulasan bernas. ok, ku sengih je sambil menjauh diri. konon-konon nak tidurkan anak sedangkan dua-dua dah lena.

"ohh.. ibu dah tengok dah. so-so jer.." nada selamba ku membalas. haruslah! no harsh.. kalau ku buat ayat 'taknak dengar dah', nanti disogok lagi.

"kan? lepas tu diorang kahwin. lepas tu ada orang nak balas dendam , dia cabut paku...."

"Bangkitlah!" speaker berbunyi lagi diiringi gelak mengilai-ngilai. ish! terus ku bangun, ambil earphone, cucuk kat bb, pasang lagu Al Adiyat kuat-kuat. En Q masih syiok layan. bila dia bersuara, ku terpaksalah cabut sebelah earphone sebab takkan nak biar dia cakap seorang? sambil background muzik "hihi~ hih~ hihi~hih~" tu, En Q memberi sedikit impak terhadap jiwa yang gundah gulana ni, sungguh ku bencikan sundel bolong! memori kecil yang taknak diingat!

"kelakar gila. keluar dari kubur, terbang kiri kanan. lepas tu belakang diA BERULAT, KAN?" terkekek dia ketawa.. lembaga kain putih muncul dari celah antara 2 batu nisan, terbang hinggap di pokok, dan belakangnya penuh ulat berdarah-darah..... oh, sangat kelakar........

"PAPP!! dia kena paku!"

lepas part paku, ku sumbat terus earphone balik sebab ada jeritan macam orang nak bersalin ke apa =__= main paku-paku pulak! maaf En Suami, sundel bolong bukanlah gosip yang baik nak disembangkan di tengah malam....

haih...


kecik-kecik memang selalu curi-curi tengok cerita hantu dari Indonesia. entah kenapa, cerita hantu Indonesia, Thailand dan Malaysia, walaupun tak seram tapi rasa 'dekat' sangat. masih teringat cerita hantu apa entah. lelaki tu nak usha awek ponti (kalau tak silap). lepas tu kepala dia gatal. mungkin ada kutu. lantas, si perempuan tu pun bangun, nak tolong tengokkan kutu kat kepala dia tu. laki tu syok-syok ada orang carikan kutu, tiba-tiba rasa macam pedih je, kan. Dia tahan. lelaki, haruslah gentleman (tiada kene mengena) dan tiba-tiba (lagi) ada darah. rupanya perempuan tu kopek kulit kepala dia dan hisap darah. berulat-ulat kepala dia. Ya Rabbana.. budak sweet kecil macam ku waktu tu memang sembam muka kat lantai nak masuk dalam simen rumah. rasa nak hantuk kepala berkali-kali supaya hilang ingatan.

dan perangai tak semenggah ni, dipertemukan dengan En Q yang jiwa kental....

Alkisah satu malam, kami masih dalam mood 'newlywed', ku cerita pada dia yang ku memang tak minatlah 'paranormal' ke, supernatural ke, para'tak'normal ke.... tapi dalam sms saja waktu tu. sebab malam tu ada Qiamulail lelaki dan perempuan. lelaki di surau lelaki di tengah-tengah bendang, perempuan di suara perempuan. seronok sms, rupanya kantoi kelemahan jiwa di situ. makanya, En Q menghantar satu sms jerat baik punya.

En Q : nak jalan-jalan naik motor ambil angin malam tak?
ku     : (oh, ini sudah sweet!) boleh juga..
En Q : siaplah. saya tunggu di garaj.
Ku    : baik :)

kesopanan ayat sedangkan hati dah melonjak! terbayang jalan ke Jitra, pekena burger tepi jalan. ugh.. tak jadi nak masak bubur tengah malam. berdesup siap. naik motor waktu malam memang seronok lagi-lagi di kawasan perkampungan macam ni. kiri kanan sawah padi, langit cerah luas terbentang. bintang-bintang bertaburan macam butir kaca yang pecah.

Seronok tengok langit, sampai satu simpang dua. kanan arah ke jalan besar. kiri arah ke ladang getah dan.. En Q senang hati belok ke kiri! dup dap dup dap dah hati ni. gelap gelita. ladang getah kiri kanan dengan pokok tinggi menjulang.

"Nak pergi mana ni?" ku bertanya. malu bertanya, sesat jalan, kan?
"Jalan-jalan ambil angin. seronok tau! segar."

ouhh.. segar sangat sampai menggigil. memang dah terasa embun tengah turun. apa kes ni T____T hilang terus bayang-bayang burger Jitra. Jam lebih kurang pukul 12.30 malam. Baru ku tahu, asap-asap kabus yang selalu tengok dalam filem-filem Melayu tu memang wujud. mungkin sebab jalan tar tu dah resap kepanasan di waktu siang, bil abertemu dengan suhu malam yang sejuk, berasap-asap jalan tar! oh, Tuhan.. taknak ber-sains sangat saat lutut menggigil. lampu jalan memang tak ada langsung. lampu motor macam hidup segan mati tak mahu. En Q pula senang hati menyanyi lagu Spoon sambil bawa motor dengan kelajuan 'basikal-boleh-lintas'.

"Cuba tengok langit. banyak bintang," ujar En Q dengan ceria. Bila dia tengok dari cermin sisi yang ku menunduk je, dia keraskan suara, suruh dongak juga ke atas. Ku dongaklah jugak tapi dengan mata yang tertutup. mananya nak dongak tengok pokok-pokok getah. Mana tahu 'ada' yang tengah berehat juntai-juntai kaki ke kat atas tu. Manalah tahu..

"Awak bawak motor pulak."

Terencat akal rasanya waktu tu, terkejut dengan tawaran En Q. Tak nak!! rasa nak menjerit dalam hati.  Ku bagi alasan rabun, tapi apa gunanya pakai cermin mata, kan??

Bila En Q perlahankan motor, automatik lampu motor jadi malap. Alamak, nak tak nak terus ku ke depan ambil alih bawa motor. Gelap ya Rabbi!! Bila dah start bawak, tak berani pulak nak pecut sebab jalan gelap dan adatlah jalan kampung, banyak lubangnya.

Tiba-tiba rasa sunyi je...
Motor jadi macam makin berat...
Semacam...

Berkali-kali ku seru nama En Q tapi tiada jawapan. Ku memang tak berani nak toleh sebab takut nampak benda lain terbabas. Maih baru berjinak nak bawa motor. Perlahan-lahan ku lepaskan sebelah tangan dan meraba seat di belakang. Terasa berpeluh ketiak bila rasa tak ada sesiapa di belakang. Ku terbayang, En Q tertinggal di belakang ke sebab ku memang bawa perlahan sangat tadi. mana tahu dia terjun dari motor ke.. Aduhh.. satu hal nak patah balik.

TAPI.. (besar punya tapi..)

Kalau En Q tak ada, kenapa motor rasa berat? Ya Allah... bertalu-talu cerita seram masuk dalam fikiran. Lagi rasa nak menangis bila jeling cermin sisi, memang tak ada orang di belakang. Berterabur ku baca macam-macam surah sambil panggil jugalah nama En Q.

Tiba-tiba dengar suara macam gelak-gelak halus kat belakang.............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
CISS!!
-
-
-
Rupanya dia ada je kat belakang tu! Tapi dia duduk hujungggggg seat motor dan condongkan badan ke belakang. Patutlah motor rasa berat dan tak nampak dia kat cermin sisi! Rasa nak marah je tapi suami, kan? Terima jelah.. memang ku yang penakut punn.. T_____T


gagah lukis kat PAINT sebab bila google guna keywords 'sundel bolong',
sendiri tak sanggup nak tengok..
(==")


ALKISAHNYA, 'treatment' malam tu tak berhasil sebab hasilnya ku masih penakut.. walaupun ku tak tunjuk, tapi instinct suami tu (kot) En Q boleh rasa. makanya... wujudlah 'treatment' PARA-tak-NORMAL part II.

Terima kasihlah, Doktor Q........

p/s : sekadar berkongsi kisah pahit manis menjadi seorang isteri :) senyum selalu


salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Throwback 2011





Bismillah..


Baru-baru ni berpindah rumah. Selongkar punya selongkar, ku terjumpa kalendar 2011 yg penuh dgn catatan di dalamnya. Ku memang jenis akan mencatit tarikh-tarikh yg berlaku dalam satu hari tu, mewarisi dari sifat ayah ku. Haruslah! Like aby like me.

Disebabkan ku dan En Q sedang mengikis perangai 'suka menyimpan', makanya ku bertekad nak buang je kalendar tu tapi 4 kali masuk plastik sampah, mesti terkeluar balik T.T berbelah bagi nak membuang kalendar yg penuh memori tu.

Makanya dgn itu, ku catitkan kembali peristiwa 3 tahun lepas tapi ku tapislah, kan. Mana yg cikai-cikai ku biarkan saja. Untuk yg bertanda merah tu, maknanya ku tak ingat langsung.

Tahun ini juga rezeki ku mengandung Siti Fatimah Az Zahra. mengandung dan bersalin pada tahun yang sama, Alhamdulillah..


FEBRUARI

15 : pergi ke Kuantan dengan Kak Sarah dan Tamimi (mabuk kereta)
16 : Gambang Waterpark (mula morning sickness)
17 : Teluk Cempedak
20 : balik TM

mabuk teruk teruk terukkk... 


MAC
2  : balik rumah tok
13 : pergi klinik utk buat kad merah tapi tak dapat
18 : scan di klinik Ikhwan. nampak baby sebesar kacang tapi dah bergerak-gerak :')
25 : Reunion '92 tapi tak dapat ikut sebab ada Kursus Penghayatan Solat di Batu Hampar.
29 : kursus tamat. balik. mabuk semakin teruk. alahan kereta T.T

APRIL

5   : buat kad merah 45.1kg (3 bulan)
10 : kenduri Kak Nailah dan Abg Fakrul di B. Hampar. tak pergi. mabuk.
11 : klinik Kodiang - check up | 44.4kg
18 : Puasa sunat
     : Ummi Nor datang RT.
     : Kursus Isteri : Serikandi dan Bidadari
27 : suami-suami (umair - Tamimi - W) ajak makan steamboat. erat silaturrahim antara isteri-isteri (Khaira' - K. Sarah - Z)
30 : Hari Keluarga

MEI

2 : check up | 46.5kg
3 : baby start bergerak
4 : Gotong-royong pembinaan rumah dan surau
5 : birthday Tamimi. buat makan-makan simple bersama Cik Qilala, abang dan C Humam
7 : puasa
8 : W belanja air gas. dah kepingin sangat waktu tu sebab loya. morning sickness yg teruk
9 : Raudhah masuk hosp
16 : ke Jitra | buat kad Maybank, ambil IC, KPP, pizza
21 : mimpi ular | kes tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Al Taqwa, Hulu Langat
23 : Kak Atiah dtg RT
25 : last O record
26 : perut menegang dan sesekali berbonjol
28 : kenduri
29 : check up | 46.6kg
31 : urgent! Balik TM naik keretapi seorang diri

JUN

1 : sampai di TM
2 : K Sarah pula yg mabuk :D
3 : jalan kaki di Pekan TM
4 : Kak Yong bersalin
8 : pergi Instun, sempat tengok kuarters dari jauh. Cadang nak pindah ke situ
9 : peliknya balik kali ni! (Ku tak pasti kenapa ku tulis begini)
10 : aby ke Sarawak hingga 14hb
11 : hantar adik-adik ke Rawang
     : kenduri arwah Pak Long (??)
     : kenduri kesyukuran C Pah (jiran)
14 : ole-ole dr Sarawak utk Ibu Tok Embun ; kek lapis dan ikan terubuk
15 : balik RT. Dr Waman, naik motor :)
16 : jatuh terduduk di dapur. Lantai licin air hujan masuk
     : malam | K Lilah, Zin isteri Zayyad, C Adib, C Humam dtg stay RT
20 : C Adib dan K Lilah dapat hadiah 'kasih sayang' dari tok. Hehe..
     : malam | Batman balik. Kereta Batman remuk depan. Teruk. Accident bertembung dgn kereta yg brek tiba-tiba. Dede terhantuk ke cermin depan sampai retak cermin O.o
21 : dapat ole-ole dr Jordan dr Ibu Ruqayyah
     : Zakiah n Uqbah pergi berkhidmat di Waman
     : K Fira balik dr LY
22 : eyang demam teruk. Meragam
     : mula sakit pinggang
24 : puasa
25 : Hari Keluarga GISB di Bukit Ayer | tak pergi
26 : check up | 47.2 kg
     : due date Lilah Musa :) (ada jugakk..)
27 : puasa
28 : Isra' Mikraj
     : HB; 11.6 @PadangSera
     : W belanja bihun sup utara, meraikan perut boyot
29 : puasa
30 : dapat ikan + ketam sekotak. Terima kasih, Ubai

JULAI

1 : puasa
2 : nak menghiburkan tapi sendiri kecundang
3 : 3x sedih (??)
**apakah ini namanya prubahan hormon? hormon mengandung.. Erkk
5 : puasa. Hari puasa yg teruk (??)
6 : Pak Ya datang bawa rambutan. Sembang santai dengan ma sekali
8 : memancing dengan ma di Kolam Teluk Tenggiri. Buat lauk
9 : gotong-royong 2 hari
10 : rasa macam dah tak ada hati :( (??) kenapa ehhh... tak ingat..
11 : W pergi KL (.............)
13 : puasa | khatam Quran, start baca waktu awal mengandung
14 : C Humam, K Yana
15 : Kursus KTS | W balik dari KL
16 : Nifsu Syaaban
17 : (tak ingat kenapa di-highlight merah)
18 : Kenduri C Humam utk orang kampung
19 : Expo Kolej Insaniah
20 : puasa dengan K Sarah
21 : puasa | kena sengat dengan lebah
22 : puasa
23 : sakit badan semakin teruk
24 : check up | 48.2kg | kena cucuk utk kancing gigi!
25 : check  Kodiang | 50kg (erk! Misi tu yang kelam kabut, dia yg salah tengok. Sehari naik 2kg? Habis jena ceramah dgn doktor comel)
26 : cari barang bayi | Alor Star - Mergong
27 : puasa | ma pergi KL
28 : check up Temalang | 48.9kg | ambil darah

....................... rupanya tak habis salin, kalendar dah terbuang...


Seronok pula bila baca semua catatan yang lepas. Bila buat catatan macam ni, kita nampak corak kehidupan kita. Kurangnya kebajikan, tersenget tang mana, mana boleh diperbaiki. Waktu inilah boleh gunakan ayat, "Semoga hari hari ini lebih baik dari semalam." Sebab kita nampak jelas apa yang kita lalui..

SEMOGA KITA MENJADI ORANG YANG BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..