Selasa, 30 September 2014

Chong Wei, Melukut, Smartphone dan Nasi Goreng

Bismillah..

Antara Lin Dan dan Chong Wei ada sesuatu yang menjadi perhatian dunia. Ianya ‘nightmare’ yang mengganggu tidur malam Chong Wei yang bertaraf dunia biarpun di sisi papan pemuka, Lin Dan hanyalah bagai melukut di tepi gantang. ok, saja-saja je ayat atas ni. Tak ada arah. Nightmare apa entah..

Bukan semua yang kita pegang mampu membuatkan kita ‘menang’. 1000 dalam genggaman, ada satu yang terlepas. Sayangnya yang satu itulah yang menjadi igauan. Kerana itu, SYUKUR ditekankan dalam Islam kerana manusia itu lahirnya berkembarkan rasa tidak puas hati. Tidak pernah merasa cukup dengan apa yang ada.

Sudah ada nokia 310, mahu yang ada kamera. Sudah ada yang berkamera, mahu yang ada speaker yang gempak dengan bass yang menggegarkan. Cukup sudah, mahu pula yang berskrin sesentuh. Mudah katanya. Ok, kamera, muzik, skrin sesentuh.. oh.. internet lembab! Tambah RM sekian-sekian untuk internet booster. Sudah booster, mahu yang RAM bersaiz besar lagi. Tukar lagi yang lain. Sudah ada semua, sudah mampu meninggikan muka apabila smartphone berdering di dalam kenderaan awam. Oh.. ada yang kalis air! Tukar lagi! Tukar dan tukar..



Ya, apa kena mengena smartphone dan Chong Wei? Oh.. ada. Chong Wei pengguna smartphone juga.

Kadangkala ada baiknya kita tidak perlu tahu satu perkara berbanding kita tahu tentang perkara itu. Ah, bab apa pula ni?

Emm.. alangkah baiknya kalau buta IT. Baik juga internet tidak wujud. Bagus juga jika Mark Zuckerberg terus jadi budak nerd di dalam kelasnya. Tidaklah wujud medan-medan meluahkan rasa hingga boleh memecahbelahkan orang. Kalau tak puas hati dengan suami, teruslah berbincang. Bercakap, face to face. Terfikir juga, kamu update status, sudah tentulah suami mu baca. Maka pastinya target mu adalah mahu dia mengetahui apa yang kamu rasa dan mahukan. Tapi, jelaskah kamu apakah perbezaan status media sosial dengan personal message?

Eh... sudah besar, kan? Encik G guru paling rapat. Takkanlah itu pun tidak boleh beza...
Atau.. mungkin sudah terlalu lama menghadap skrin cahaya , otak yang diciptakan untuk meneroka itusudah terbejat seketika. Begini.. contoh situasi : isu rumahtangga.


STATUS MEDIA SOSIAL : ianya dibaca hampir semua orang. Terbuka. Open. Public. Semua. Hanya dengan satu klik.
              Natijah :: hal suami tak bawa pergi jalan-jalan satu dunia tahu. Suami bengang, isteri merajuk. Tak ke mana, semakin buruk. Suami, “isteri aku tak matang.” Isteri, “Suami aku tak romantik. Wahai dunia!! Suami ku tak romantik!!” contoh sahaja.. mana ada orang buat perangai gitu..

PERSONAL MESSAGE : dibaca hanya pada penerima mesej. Antara dua hati, dua insan..
              Natijah :: suami memperbetulkan keadaan. Isteri bahagia semula, dalam masa yang sama, membalas semua kebaikan suami dengan mengupgrade diri.

Tipulah kalau ku pun tak pernah buat macam tu. Pernahlah sangattt.... tapi, BELAJAR DARI KESILAPAN, kan? Tegur menegur, sama-sama jadi yang terbaik hari demi hari.

Tapi.. kalau tak tahu selok belok internet dikata orang pula. Buta IT. Susah juga nak cari maklumat. Terkial-kiallah para ibu-ibu mak-mak sekalian menahan telinga berdesing dek hendak mendengar penerangan berkali-kali dari anak remaja bagaimana hendak menggoogling, hendak menghantar emel, melayan blogspot, membaca berita online.

Dari situ juga, semua kerja menjadi cepat. Berhubung sudah tidak perlu menulis surat. Terjengkut-jengkut beratur di pejabat pos untuk mengepos surat-surat rasmi. Tidak perlu juga menggigil takut ketika beratur di bank untuk masukkan duit. May2u kan ada. Bateri kong? No hal punyalah.. Pineng 20,000mah mari. Yang menjadi guru bidang terjun pun boleh, tak perlu menelaah di perpustakaan. Hany amenatap skrin cahaya dalam perjalanan ke kelas. Beli barang pun sudah tidak perlu bersesak dalam kesesakan lalu lintas. Online, online, online, online...


Makanya orang yang berniaga cepat maju, orang yang mencari jawapan, cepat responnya. Orang yang ingin bersedekah, klik klik sahaja. Tapi, sembahyang tak ada online ya.. tetap dengan cara lama, original dari 1500 tahun yang dulu. Tak tahulah kalau dah maju sangat, sembahyang online sahaja... (=___=)''

Setiap kebaikan ada buruknya..
Setiap buruknya sudah tentu ada kebaikan juga..

Tup tap tup tap.. bau nasi goreng menarik jari untuk berhenti dari terus berkasih sayang dengan keyboard yang enak ini.

Makanya, terus kepada pergulungan.


INTERNET ADA MAHUPUN TIADA, BUTA IT CELIK IT, SEMUANYA BERBALIK KEPADA KITA JUGA. JAUH DI SUDUT HATI, HALA TUJU YANG DITENTUKAN OLEH.. NIAT.

Ini hanyalah coret malam melatih jari menaip dengan laju
sementara menanti nasi goreng.. nasi goreng, aku datang! –hz

9.25pm|280914|TM


Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

3 ulasan:

  1. Wah macam perli je.. dye punya blog lagi kemas la..tenang bila baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana ada perlii.. jeles tengok blogger lain macam2 tepek kat blog. kita nak jugak. satu hari nanti nak curi masa belajar dr entri tuto. btw, xtau mcmana nak follow kat blog KK. Teruk kan? haha! tak nampak butang following

      Padam
  2. selamat berkenalan...semua orang layak join GA Acik tu..baca je apa yang Acik nak..
    selamat join.

    http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.