Sabtu, 27 September 2014

[ UK ] Para-tak-Normal (Part I)

Bismillah..

Malam tadi, tengah seret dahi pujuk anak-anak tidur, dah pukul 12 pun tak reti-reti nak kecikkan mata yang buntang walaupun dah tutup lampu. gara-gara demam satu keluarga, malam pakat berjaga, Lepas 12 malam, si kakak dah lena. ok, lepas satu halangan. adik dia pulak. mata dah kuyu. mak dia pun bukan kuyu dah, tak boleh nak bukak mata terus. berapa malam tak lena. tiba-tiba terdengar..

"uuuu~ uuuu~" bunyi angin dan pokok bergoyang sayup-sayup. erkk! macam familiar je bunyi dia. automatik, mata ku terbentang. dengar macam ada orang puja-puja sesuatu.. tak jelas butirnya tapi tertangkap satu nama yang diseru.

"....$%#...wahai sundel bolong....."

terkejut mak! terus pusing tengok En Q. Ya rabbi, kita bertarung dengan anak, dia sengih-sengih tengok cerita Sundel Bolong dari Indonesia tu. haihh.. memori ni berpatah balik straight tak ada belok-belok ke zaman kecik-kecik. Ya Allah, perasaan cuak tu datang balik. Ingatkan dah 18 tahun tinggal, perasaan tu dah tak ada. rupanya masih segar di kalbu. hujung jari telunjuk ku buat penutup telinga sambil dengung-dengungkan bunyi supaya tak dengar sayup-sayup tu.  tapi pelik, macam makin kuat pulak. sekali pusing tepi, hamek.. En Q dekatkan speaker android dia kat telinga (==.") sabar ya kalbu..

"Dulu kecik-kecik tengok, rasa seram je. sekarang rasa nak gelak." ulasan bernas. ok, ku sengih je sambil menjauh diri. konon-konon nak tidurkan anak sedangkan dua-dua dah lena.

"ohh.. ibu dah tengok dah. so-so jer.." nada selamba ku membalas. haruslah! no harsh.. kalau ku buat ayat 'taknak dengar dah', nanti disogok lagi.

"kan? lepas tu diorang kahwin. lepas tu ada orang nak balas dendam , dia cabut paku...."

"Bangkitlah!" speaker berbunyi lagi diiringi gelak mengilai-ngilai. ish! terus ku bangun, ambil earphone, cucuk kat bb, pasang lagu Al Adiyat kuat-kuat. En Q masih syiok layan. bila dia bersuara, ku terpaksalah cabut sebelah earphone sebab takkan nak biar dia cakap seorang? sambil background muzik "hihi~ hih~ hihi~hih~" tu, En Q memberi sedikit impak terhadap jiwa yang gundah gulana ni, sungguh ku bencikan sundel bolong! memori kecil yang taknak diingat!

"kelakar gila. keluar dari kubur, terbang kiri kanan. lepas tu belakang diA BERULAT, KAN?" terkekek dia ketawa.. lembaga kain putih muncul dari celah antara 2 batu nisan, terbang hinggap di pokok, dan belakangnya penuh ulat berdarah-darah..... oh, sangat kelakar........

"PAPP!! dia kena paku!"

lepas part paku, ku sumbat terus earphone balik sebab ada jeritan macam orang nak bersalin ke apa =__= main paku-paku pulak! maaf En Suami, sundel bolong bukanlah gosip yang baik nak disembangkan di tengah malam....

haih...


kecik-kecik memang selalu curi-curi tengok cerita hantu dari Indonesia. entah kenapa, cerita hantu Indonesia, Thailand dan Malaysia, walaupun tak seram tapi rasa 'dekat' sangat. masih teringat cerita hantu apa entah. lelaki tu nak usha awek ponti (kalau tak silap). lepas tu kepala dia gatal. mungkin ada kutu. lantas, si perempuan tu pun bangun, nak tolong tengokkan kutu kat kepala dia tu. laki tu syok-syok ada orang carikan kutu, tiba-tiba rasa macam pedih je, kan. Dia tahan. lelaki, haruslah gentleman (tiada kene mengena) dan tiba-tiba (lagi) ada darah. rupanya perempuan tu kopek kulit kepala dia dan hisap darah. berulat-ulat kepala dia. Ya Rabbana.. budak sweet kecil macam ku waktu tu memang sembam muka kat lantai nak masuk dalam simen rumah. rasa nak hantuk kepala berkali-kali supaya hilang ingatan.

dan perangai tak semenggah ni, dipertemukan dengan En Q yang jiwa kental....

Alkisah satu malam, kami masih dalam mood 'newlywed', ku cerita pada dia yang ku memang tak minatlah 'paranormal' ke, supernatural ke, para'tak'normal ke.... tapi dalam sms saja waktu tu. sebab malam tu ada Qiamulail lelaki dan perempuan. lelaki di surau lelaki di tengah-tengah bendang, perempuan di suara perempuan. seronok sms, rupanya kantoi kelemahan jiwa di situ. makanya, En Q menghantar satu sms jerat baik punya.

En Q : nak jalan-jalan naik motor ambil angin malam tak?
ku     : (oh, ini sudah sweet!) boleh juga..
En Q : siaplah. saya tunggu di garaj.
Ku    : baik :)

kesopanan ayat sedangkan hati dah melonjak! terbayang jalan ke Jitra, pekena burger tepi jalan. ugh.. tak jadi nak masak bubur tengah malam. berdesup siap. naik motor waktu malam memang seronok lagi-lagi di kawasan perkampungan macam ni. kiri kanan sawah padi, langit cerah luas terbentang. bintang-bintang bertaburan macam butir kaca yang pecah.

Seronok tengok langit, sampai satu simpang dua. kanan arah ke jalan besar. kiri arah ke ladang getah dan.. En Q senang hati belok ke kiri! dup dap dup dap dah hati ni. gelap gelita. ladang getah kiri kanan dengan pokok tinggi menjulang.

"Nak pergi mana ni?" ku bertanya. malu bertanya, sesat jalan, kan?
"Jalan-jalan ambil angin. seronok tau! segar."

ouhh.. segar sangat sampai menggigil. memang dah terasa embun tengah turun. apa kes ni T____T hilang terus bayang-bayang burger Jitra. Jam lebih kurang pukul 12.30 malam. Baru ku tahu, asap-asap kabus yang selalu tengok dalam filem-filem Melayu tu memang wujud. mungkin sebab jalan tar tu dah resap kepanasan di waktu siang, bil abertemu dengan suhu malam yang sejuk, berasap-asap jalan tar! oh, Tuhan.. taknak ber-sains sangat saat lutut menggigil. lampu jalan memang tak ada langsung. lampu motor macam hidup segan mati tak mahu. En Q pula senang hati menyanyi lagu Spoon sambil bawa motor dengan kelajuan 'basikal-boleh-lintas'.

"Cuba tengok langit. banyak bintang," ujar En Q dengan ceria. Bila dia tengok dari cermin sisi yang ku menunduk je, dia keraskan suara, suruh dongak juga ke atas. Ku dongaklah jugak tapi dengan mata yang tertutup. mananya nak dongak tengok pokok-pokok getah. Mana tahu 'ada' yang tengah berehat juntai-juntai kaki ke kat atas tu. Manalah tahu..

"Awak bawak motor pulak."

Terencat akal rasanya waktu tu, terkejut dengan tawaran En Q. Tak nak!! rasa nak menjerit dalam hati.  Ku bagi alasan rabun, tapi apa gunanya pakai cermin mata, kan??

Bila En Q perlahankan motor, automatik lampu motor jadi malap. Alamak, nak tak nak terus ku ke depan ambil alih bawa motor. Gelap ya Rabbi!! Bila dah start bawak, tak berani pulak nak pecut sebab jalan gelap dan adatlah jalan kampung, banyak lubangnya.

Tiba-tiba rasa sunyi je...
Motor jadi macam makin berat...
Semacam...

Berkali-kali ku seru nama En Q tapi tiada jawapan. Ku memang tak berani nak toleh sebab takut nampak benda lain terbabas. Maih baru berjinak nak bawa motor. Perlahan-lahan ku lepaskan sebelah tangan dan meraba seat di belakang. Terasa berpeluh ketiak bila rasa tak ada sesiapa di belakang. Ku terbayang, En Q tertinggal di belakang ke sebab ku memang bawa perlahan sangat tadi. mana tahu dia terjun dari motor ke.. Aduhh.. satu hal nak patah balik.

TAPI.. (besar punya tapi..)

Kalau En Q tak ada, kenapa motor rasa berat? Ya Allah... bertalu-talu cerita seram masuk dalam fikiran. Lagi rasa nak menangis bila jeling cermin sisi, memang tak ada orang di belakang. Berterabur ku baca macam-macam surah sambil panggil jugalah nama En Q.

Tiba-tiba dengar suara macam gelak-gelak halus kat belakang.............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
CISS!!
-
-
-
Rupanya dia ada je kat belakang tu! Tapi dia duduk hujungggggg seat motor dan condongkan badan ke belakang. Patutlah motor rasa berat dan tak nampak dia kat cermin sisi! Rasa nak marah je tapi suami, kan? Terima jelah.. memang ku yang penakut punn.. T_____T


gagah lukis kat PAINT sebab bila google guna keywords 'sundel bolong',
sendiri tak sanggup nak tengok..
(==")


ALKISAHNYA, 'treatment' malam tu tak berhasil sebab hasilnya ku masih penakut.. walaupun ku tak tunjuk, tapi instinct suami tu (kot) En Q boleh rasa. makanya... wujudlah 'treatment' PARA-tak-NORMAL part II.

Terima kasihlah, Doktor Q........

p/s : sekadar berkongsi kisah pahit manis menjadi seorang isteri :) senyum selalu


salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.