Sabtu, 11 Oktober 2014

BAJET 2015 : Di Mana Silapnya

Bismillah..

Tajuk macam gempak saja sedangkan ku bukanlah pengulas politik dan negara. Jauh sekali arif tentang bidang ini. Ku hanya kongsikan perkara yang ku belajar dahulu dan juga melalui bahan bacaan serta pengalaman. Rasa nak tulis bab ini pun sebab menghadap Bajet 2015 semalam


TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPIN ISLAM DI GOLONGAN MANAPUN YG DIA PIMPIN


PEMIMPIN UMUM :
Pemimpin empayar, negara, negeri, daerah, mukim, kampung, keluarga dan pemimpin jemaah.
[] tanggungjawab dan kepimpinan di bawahnya terdiri dari pelbagai profession, golongan dan peringkat.

PEMIMPIN KHUSUS :
Pemimpin pendidikan, kebudayaan dan kesenian, ketenteraan, persuratan dan kesusasteraan, ekonomi, sains dan teknologi dan sebagainya.
[] tanggungjawab dan kepimpinan di bawahnya hanya satu golongan (kerana mereka memperjuangkan satu skop sahaja)

"Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."

Satu hari, sedang ku berjalan melintasi pejabat sekolah, seorang ukhti menggamit ku ke dalam pejabatnya. Dengan wajah yang serius, dia menghela nafas berat. Dengan wajah yang keruh, dia memandang ku dan berkata, “Akak tengah pening ni nak fikirkan siapa yang boleh jadi Ketua Tingkatan korang. Ada beberapa orang calon, antaranya Salwa dan kamu.”

Ya, jantung ku bagai berhenti berdegup. Dalam usia yang begitu mentah, apabila ku tahu nama ku tercalon di dalam senarai Ketua Tingkatan, ku fikir ini bermakna rekod ku baik dan boleh dipercayai.

“Kamu rasa, kamu boleh?”

Ku hanya terkebil-kebil. Masih terkejut sebenarnya kerana ku hanyalah pelajar biasa. Bukan kaki surau jauh sekali cerdik pandai Cuma ku aktif dalam aktiviti sekolah. Walau ada ragu, ku melemparkan senyuman dan mengharap agar pentadbiran buat keputusan yang terbaik. Berbanding Salwa, jauhnya beza antara kami. Biar tidak menjadi Ketua Tingkatan, sudah tercalon pun ku rasa macam melayang ke langit. Tak sangka!

Keluar dari pejabat sekolah, ku berlari ke Pasaraya Mini yang ada dalam kawasan asrama dan menukar wang kertas kepada syiling. Pondok telefon menjadi sasaran. Punat ditekan penuh teruja.

“Umi, Zin tercalon jadi Ketua Tingkatan.”

Selepas kata pembukaan, bertanya khabar itu dan ini, ku terus menyuarakannya. Umi orang pertama ku khabarkan berita gembira itu. Maklumlah, mentaliti seorang anak yang mempunyai 3 orang abang, 2 orang kakak dan 5 adik, ku perlu menyaingi mereka untuk membanggakan umi dan aby.

TUPP!! Talian terputus kerana kehabisan syiling... Pertama kali ku menghempas gagang kerana terlalu geram. Ku berlari pula ke pejabat dan meminjam telefon bimbit ukhti untuk menghantar mesej pada umi. Sungguh senyuman tidak putus-putus biarpun masih merasa sebal dengan talian yang terputus tadi.

TEETTT!

Mesej baru masuk dan ku terus membukanya dengan perasaan teruja. Perlahan-lahan, air mata ku bergenang. Senyuman lupus terus dan ku terus meninggalkan pejabat dengan hati yang pilu.

“Jujur, umi takut mendengarnya. Di usia Zin, umi harap Zin tidak terpilih buat masa ini. Sungguh, Zin takkan mampu. Menjadi pemimpin, ibarat meletakkan sebelah kaki ke Neraka. 
Belajar dulu sungguh-sungguh dan elok-elok.”

Mungkin sesetengah orang fikir, umi ku tidak menyokong anak sendiri. Tak bagi semangat dan bla bla bla.. ya, itu yang ku fikir 7 tahun yang lalu. Sekarang tidak lagi kerana ku sudah mengerti. Sungguh umi adalah orang yang paling kenal siapa ku, apa kemampuan ku. Kelas pun banyak ku ponteng, program asrama banyak ku bermalas-malasan, tidak matang dan kebudak-budakan, tidak pandai mengurus diri sendiri dan masa, macamana ku nak menjadi pembimbing rakan-rakan nanti? Kerana..

Tidak kira pemimpin umum atau khusus, Allah akan bertanya tentang SETIAP ORANG yang berada di bawah tanggungjawabnya nanti.

SETIAP PEMIMPIN JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMASTIKAN FARDHU AIN SETIAP ANAK PIMPINANNYA MESTI SELESAI KERANA SOAL AGAMA DAN AKHLAK INI ADALAH KEPERLUAN DAN KESELAMATAN BERSAMA DUNIA AKHIRAT.

Tidak seperti FARDHU KIFAYAH, umpamanya di bidang ketenteraan, ekonomi dan pertanian. Kalau ada satu golongan yang berkecimpung dalam bidang itu maka sudah memadai. Orang lain yang tidak mengambil bahagian di bidang ini terlepas dari dosa.

Umi juga ada pengalaman menjadi pemimpin. Ya, ku sentiasa melihat kerutan dan wajah kepenatan pada air muka umi. Umi, adalah contoh terdekat di waktu itu, betapa sebuah kepimpinan ini bukan mudah. Bukan sekadar nama dan kekayaan.

KATA PARA PEMIMPIN :

“Saya pemimpin di bidang (ketenteraan, ekonomi dsb). Saya hanya bertanggungjawab kepada anak buah tentang hal yang bersangkutan dengan bidang saya sahaja. Soal syariat, akhlak, masalah agama itu bukan tanggungjawab saya. Itu tanggungjawab ulama’, ustaz, pendakwah dan pemimpin dakwah.”

Inilah kelemahan sistem kepimpinan sesebuah negara Islam. Hanya bertanggungjawab terhadap bidangnya sahaja. Terhadap urusan agama dan akhlak mereka tidak ambil pusing BAHKAN banyak di kalangan mereka itu meringan-ringankannya.

INILAH RAHSIANYA MENGAPA SETIAP GOLONGAN ITU DI ANTARA SATU SAMA LAIN PAYAH NAK DISATUKAN. HATI BERJAUHAN WALAU TAK BERGADUH.

Bila ku baca ayat di atas ni, baru ku perasan, antara ulama’ dan ahli politik, macam payah nak bersahabat. Bila melihat seorang pendakwah berdiri di sebelah pemimpin-pemimpin lain, nampak janggal dan rasmi.

Sungguh, tali pengikat di kalangan golongan umat Islam ialah agama mereka dan akhlak Islam tapi talinya telah DIPUTUSKAN.  Kalaupun ada, tapi tali yang sudah reput.

Di sini juga ku sedar, kenapa ku lihat seorang pemimpin khusus tu, berapi-api nak bangunkan bidangnya sahaja hingga menyinggung orang lain, pemimpin dan rakyat. Kerana kepimpinannya tiada hubungkait dengan agama (cita-cita Islam). Semata-mata kepentingan diri, biar bidangnya berjaya, nama tinggi walaupun dgn cara yang salah.

AGAMA DAN AKHLAK ITU SAMA-SAMA PUNYA, TIDAK SEORANG PUN BOLEH TERKECUALI. IA ADALAH KEHENDAK ISLAM ITU SENDIRI.



Dengan cara itu, akan dapat dilihat bahawa semua golongan umat Islam dari segi peribadi dan individunya sama [ sama ]  [ selari ] [bersatu ]  [ rentak yg sama ]  [ syiar mereka sama ]  [ketaatan yg sama ]  [ akhlak mulia yang sama ]    walaupun mereka pakar di dalam bidang yang berbagai-bagai bidang dan profession yg tidak sama.

ALLAH dah sediakan zaman contoh untuk kita semua : Zaman Salafussoleh.
Pakar tafsir, pakar hadis, pakar Feqah, pakar sejarah, pakar akidah, pakar falsafah, pakar kaji bintang, pakar perang.

Tapi dari segi agama iaitu ketaatannya kepada Allah dan Rasul, disiplin hidup serta akhlak mulia, mereka sama-sama terserlah. Sama-sama hebat dan kuat. Hingga syiar Islam di waktu itu sangat menonjol dan dapat dilihat dalam semua keperluan.

ADA SATU SOALAN KU INGIN AJUKAN BUAT PEMIMPIN NEGARA KU INI..

:: apakah ketaatan beragama, berdisiplin dan mempunyai akhlak yang mulia, baik-baik itu hanya perlu ada pada guru-guru agama, ustaz-ustaz, ketayap putih, alim ulama, para da’i SEMATA-MATA?

KITA SIBUK MELETAKKAN MALAYSIA DI MATA DUNIA DARI SEGI PEMBANGUNAN MATERIAL HINGGA PEMBANGUNAN ROHANIAH JATUH MERUDUM. BILA ALLAH DIKETEPIKAN, HILANGLAH RAHMAT ALLAH BUAT KITA SEMUA. NAUZUBILLAH.

Ku bukanlah rakyat Yang baik, jauh sekali hamba Allah yang bertaqwa. Ini adalah perkongsian bersama kerana kita semua mahukan kebaikan. Sedih sangat tengok Malaysia sekarang. Semoga Allah selamatkan Malaysia dan kita semua :) Allah, menangkanlah Islam.


 rujukan : Buah Fikiran 1

FOTOGRAFI : MAWI & EKIN

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

  1. Terimakasih Zin kerana singgah di blog akak JM..so ini kunjungan balas..

    kalau akak pun akan tanya soalan yg sama kepada pemimpin kerana akhlak rakyat malaysia terutama melayu yang beragama islam makin jauh..makin teruk di mana silapnya,..salah siapa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Malaysia baik-baik sahaja... semoga reda semua bahangnya..

      terima kasih sudi membaca entri panjang lebar ni:)

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.