Khamis, 30 Oktober 2014

[ Contest ] Gaya Si Comel Berhari Raya (Atim)

Bismillah..

Anak-anak adalah cahaya mata,
Penghibur hati, penyejuk mata,
Nikmat Allah yang paling bahagia,
Nisbah benda lahiriah di dunia,
Amanah Allah yang mesti dijaga.

Dididik dan dipelihara,
Mencuaikannya, khianat dan dosa,
Zahirnya ibu bapa yang mendidik mereka,
Hakikatnya adalah Tuhan yang Esa
Bimbing mereka dengan bijaksana.

Apakah jadi Yahudi?
Jadi Nasrani atau Majusi?
Moga menjadi mukmin yang sejati
Bersabarlah mendidik mereka

Mereka bagai kain putih yang lahir suci bersih
Corakkanlah dengan hati-hati
Besarkan dengan akhlak terpuji

Permata pada ayah dan bonda
Sinar bahagia membawa ke Syurga
Bersyukur pada yang Esa
Atas anugerah dan nikmatnya

Bentuklah mereka sedari kecil
Taati ajaran agama
Anak soleh harta yang berharga
Doa mereka untuk kita

Saat entri ini ditulis, sudah hampir 2 bulan lebih berpisah dengan anak sulung ku kerana dia mengikut jaddah-nya ke Langkawi. Seronoklah duduk di sana, Ramai kawan, banyak aktiviti. Tipulah tak rindu. Semoga Allah menjaga rohani dan fizikal mu di sana ya, Fatimah.

Untuk merakam kerinduan ini, ibu post-kan contest ini khas untuk Atim. Kenangan waktu raya, melihat dia memakai baju kurung, terasa sungguh, cepatnya puteri ku membesar, Mampukah ku membentuknya dengan baik?


Buat kawan-kawan blogger yang ada permata hati, jemputlah meriahkan sekali contest ni.
Waktu tengah pilih gambar untuk contest, secara tidak langsung, tersenyum sendiri melihat
keletah mereka yang terakam dulu-dulu.

Terlupa sekejap tekanan, urusan kerja dan masa yang kadangkla menghimpit bila
melihat semula senyuman dan mimik muka mereka yang menghiburkan.
(^^,)

Bila dah join, jangan lupa baca entri terdahulu. banyak ilmu berguna memberi manfaat bersama :)

Klikk! pada banner untuk mengetahu lebih lanjut tentang contest ini.



Nama : Siti Fatimah Az Zahra
Umur : 3 tahun 1 bulan

Terima kasih BabyIbu untuk peluang ini. Buatkan ku mengimbau semula apa yang sudah ku laburkan dalam saham untuk akhirat ini. Andai diberi peluang bertemu lagi dengan cikenot ini, akan ku hargai setiap detik yang ada, biar dia mengenal siapa Allah dan Rasulnya. Aaminn..

psstt.. anak adalah amanah Allah. Bukan milik kita semata, hanya pinjaman sementara.



 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.