Isnin, 6 Oktober 2014

Giveaway | by Gobokita : Aksara Biru | Firstime.. Firstime..

Bismillah..

Sejujurnya, ku masih sangat baru dalam dunia ber-blogging. Rasa takut itu masih ada. Takut tidak membawa manfaat dalam setiap penulisan yang ada. Nanti kalau ditanya di hari pengadilan, tak mampunya nak jawab satu-satu. Masih dalam mood cuba menyesuaikan diri dengan aktiviti otak-lebih-banyak-bergerak-berbanding-fizikal. ok.. esok kena jogging (=.=")

Sejak dua tiga hari ni, baru berjinak dengan blogwalking (BW). seronok rupanya. Macam masuk dalam satu asrama baru, penuh dengan bermacam ragam orang. Cuma, bezanya tak nampak sangat muka dan tak dengar suara. Baru ku tahu, wahhh.. dunia blogging ni boleh jadi menakutkan tapi semuanya berbalik pada kita sendiri jadi ku banyak ke arah yang positif sajalah. Supaya diri sendiri jadi lebih positif di masa hadapan.

Antara satu perkara aku belajar, GIVEAWAY!*voiceover orang tepuk tangan*

Rupanya ramai blogger yang bermurah hati. Ikut sedap dialah nak bagi hadiah kat siapa-siapa. Memang bagus pun. Bila orang terhibur, Allah akan hiburkan kita. Jadi, buat semua blogger yang pernah atau sedang buat GIVEAWAY, semoga kalian dibalas dengan hiburan hakiki dari Allah.

Jadi, rasanya banyak sangat GIVEAWAY yang dibuat. Rasa macam nak penuhkan entri Oktober dengan GIVEAWAY. Itupun kalau ada masa-lah..

dan ini adalah julung kali ku post-kan entri tentang GIVEAWAY. Ku anggap sebagai langkah pertama ke hadapan untuk berkenalan dengan kawan-kawan yang mesra dan rajin berkongsi cerita serta ilmu. segan sebenarnya nak join.. sebab blog masih lemau, pucat dan tak banyak entri *sigh*

backlink

**see.. punyalah newbie, nak letak link kat pic pun tak lepas.. (=__=)

Nak join? Jomlah.. baca bawah ni..

Syarat dan Peraturan :

1. Buat satu entry bertajuk "GiveAway by Gobokita : Aksara Biru "
2. Letak banner diatas dan dibacklinkkan ke entry AB yang ni.
3. Follow blog AB.
4. Like page Facebook GOBOKITA (Wajib)
5. Follow Instagram GoboKita (tak wajib, tapi siapa yang follow lebih diberi keutamaan)
6. Klik iklan Nuffnang diblog ini.
7. GiveAway berlangsung selama sebulan. Bermula 1 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014 jam 11.59pm.
8. Pemilihan pemenang adalah secara random.
9. Tinggalkan link entry, nyatakan anda follower blog dan IG yang keberapa serta liker FB yang keberapa di ruangan komen dientry ini.

Klikk link tu ya. Jangan tinggal komen kat sini pulak. Tak terbaca nanti oleh AB *wink*

Ni hadiahnya :

Hadiah :
3x Wideshawls
1x Marsjar Ori Mini
1x Marsjar Oreo Mini
6x Manik Hijab Pin

**ok, memang saja besarkan #marsjar sebab mata pun jadi besar bila baca perkataan tu.. XD
Selamat mendapat tuah!

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

12 ulasan:

  1. So far, dlm byk2 blogger, pnulisan awk agak sempurna bbanding yg lain. lembut & pnyampaian yang tepat & ssuai dgn pmikiran pmbaca. agak 'rare' nak jmpa orang yang bg sepatah dua kata sblum paste banner giveaway.

    Sambil berblogging, jdkan blogging ni satu medium unutk usrah skali k

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembut? harapnyalah.. masih banyak sedang diperbaiki :) terima kasih singgah di sini. memang orang tak tulis apa-apa eh utk GA?dah macam tak sepatah dua kata je tu kan..

      Usrah? sedang mencari teman seusrah.. :)

      Padam
  2. wahh...AB pon baru nak active balik dalam dunia blogging ni. Terima kasih ya join GA ni =))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.. Terima kasih juga utk peluang ni :) selamat aktif semula. aktif bijik mata dan jari, jgn lupa jogging esoknya. *grin*

      Padam
  3. Asalam..khaty pon masih baru,dah termood join macam2 segmen..mmg betul kan,khaty setuju yang kat dalam dunia blogger nie mmg macam2 ada..cuma tak nmpk muka ngan dengar suara,tapi kadang2 melalui entry bloger2 kita boleh agak dah sikit depa nie dari pelbagai kategori..btw, BW dari segmen yang sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, adalah sikit-sikit cara penulisan tu kita boleh agak dia ni macamana. Apa yang di hati kebanyakannya itulah yang terlahir di papan kekunci. Terima kasih berkunjung ke sini..

      Padam
  4. Hi ... Blog walking dari segmen yang sama ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi ... Semoga sentiasa sihat & dimurahkan rezeki ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya bila join GA, dapat berkenalan dgn lebih ramai rakan blogger melalui 'jalan' ini :) ada masa memang akan join contest nya ^^,

      Padam
  5. Hai , Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Cik Adda singgah , jemput join & singgah yea . And Goodluck :)
    GA by gobokita aksara biru(1Nov)

    GiveAways Diary Jejaka Hangat (11 Nov)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap memang nak 'sapu' mana-mana GA yang ada utk support rakan blogger tapi mana yg ada masa sajalah :) terima kasih untuk kunjungan

      Padam
  6. Singgah sini dari GA yang sama :)

    BalasPadam
  7. singgah sini

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/giveaway-by-gobokita-aksara-biru.html

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.