Rabu, 15 Oktober 2014

[ Produk ] Gred A, Gred B, Gred C

Bismillah..
Qaid mula berlemak di usia 2 minggu
#babyphotoshoot by kakitembak

Mama, ibu mertua ku menggamit Qaid dan dibawa ke dukungannya. Seronok budak gendut itu diacah-acah oleh jaddah.

"Berbunyilah dadanya, Zin."

Ku hanya mampu tersenyum hambar. Qaid mudah jatuh sakit. Kalau dah sakit, makan masa pula untuk sembuh. Hati ibu mana tak resah bila mendengar bunyi dari dada dalam hela nafas anaknya. Sudah tidak sanggup rasanya hendak disuakan lagi ubat-ubatan klinik ke dalam tubuh kecil yg tidak sampai setahun pun..

"Bagi makan habbbatussauda'. Setitis saja setiap pagi dan malam. Berkesan tu."

Aduh, terbit rasa kesal di dada kerana tidak simpan sedikit habbatussauda' yang diproses oleh abang ipar tempohari. Dibuat sendiri untuk diberi makan pada kuda-kuda di stable kerana itu adalah salah satu punca tenaga dan kesihatan kuda-kuda itu sendiri.

Terkenal dengan gelaran 'ubat segala penyakit kecuali mati', habbatussauda' memang tidak dinafikan keberkesanannya. Dulu awal-awal kahwin, mama suruh makan. Mujahadahnyalah.. Rasa dia.. erkk..

Tapi, ajaib. Jadi 'ketagih' pula. Tak terlepas sehari sekali mahupun dua kali dititis ke dalam anak tekak. Rasa 'erkk' bertukar menjadi lemak-lemak pula. Sedap.

 Tiba-tiba teringatkan kawan ku, Ain. Dia pernah tanyakan jika berminat dengan Habbatussauda' yang dijualnya. Katanya, Gred A dan diisi ke dalam botol mudah-guna yang ditekan sahaja. Tak perlu nak berminyak-minyak kat tangan. Tak pernah ku dengarn minyak ber-gred ni. Jadi ku cuba cari sumbe rmaklumat tentang Habbatussauda' Gred A tapi tak banyak yang ku dapat.

Rata-rata di Malaysia ni jual yang Gred C yang ada campuran dengan minyak kapas (??). Senang kata, kalaulah anda tahu perbezaan gred-gred ni, memang pasti anda akan berlumba mendapatkan yg gred A.

Tak rugi kerana ia disebut nabi :) hadiah dari Allah buat hambaNya



1) Gred A iaitu berkualiti tinggi. Berwarna cerah dan kuning keemasan.

2) Perahan pertama sahaja yang dipilih.

3) Minyak lebih mudah hadam dan berkesan berbanding kapsul.

4) Tiada pemanasan minyak ketika pemprosesan yang akan mengubah kualiti asalnya.

5) 3 cara kegunaan. Disapu, diminum dan dihidu.

6) Kaedah 'spray' memudahkan anda menggunakannya dimana-mana.

7) Tiada pewarna dan sebarang bahan campuran.

8) Diimport dari Mesir, Mesir diakui dunia biji Habbatus Sauda terbaik. Perahannya pula dihasilkan di Malaysia.

*Digunakan secara turun temurun untuk kesihatan seisi keluarga.



Ini antara kelebihannya :



anticancer (pencegah kanser)

antioxidant (pencegahan kerosakan sel)
bancho-dilating effect (pengembangan saluran penafasan - asma)
arthritis dan reumatima
kencing manis
alergi
migrain
masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
melancarkan keluarnya kencing
memperlancarkan darah haid
antihistamine (pencegahan alahan)
menambah ghairah seks
masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
antibiotic (pembunuh kuman)
antimycotic (antikulat)
melancarkan pengeluaran susu
masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
mengeluarkan angin dari perut
jangkitan kulat
masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi, darah rendah
masalah mental - meningkatkan kecerdasan minda
masalah tulang - gout

...dan macam-macam lagi.

Dan sekarang, ada tawaran POS PERCUMA! Untung, kan? Selalu bila nak beli online, hmm.. fikir kos pos terus lemah semangat.


Hubungi pasangan suami isteri yang comel ni untuk lebih keterangan lanjut tentang produk dan cara tempahan. mereka adalah peniaga-atas-talian-boleh-dipercayai :)


Call | SMS | Whatsapp
0193747312 (Ahmad)
0173163573 (Hurul)


 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

1 ulasan:

  1. Bagus habbatus sauda nie...tp dlm bentuk minyak..xmampu den nk telan..sapu2 bole la koot..

    www.withlovekisses.com

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.