Isnin, 6 Oktober 2014

Kahwin Muda : Blog Baru??

Bismillah..
credit

Ramai yang bertanya, bagaimana corak kehidupan berkahwin atas aturan keluarga atau erti kata lain, bercinta selepas nikah. Tak banyak ku cerita tapi mereka dah kata, “Wah, macam dalam novel!” (-_-“) novellah sangat, kan?

Novel memanglah satu penulisan yang selalunya berkisar tentang kehidupan realiti namun bezanya, kepahitan itu kita memang rasa sendiri. Kemanisan itu juga kita alami sendiri. Bila dah alami sendiri, memang tak rasa pun hidup kita ni macam dalam novel ke tak. Novel, kita baca pengakhirannya. Realiti, kita tidak tahu kesudahannya..

Ada yang suruh buat novel. Walaupun ku kaki menulis tapi nak tulis cerita sendiri macam complicated rasanya..

Ada pulak yang suruh buat satu blog khas, macam travelog kehidupan ‘Cinta Selepas Nikah.’ Idea yang ini, aku rasa aku boleh pertimbangkan sebab ku ada banyak pengajaran hidup nak dikongsi bersama. Supaya kita sama-sama (kaum Hawa) menjadi wanita yang kuat dan tabah tidak kira siapa ‘dia’ dalam hidup kita.

oh, mungkin ada yang singgah kat sini, tapi tak tahu serba ringkas tentang diri ku.

"batch '92 | isteri dan ibu | anak perempuan : Siti Fatimah Az Zahra | anak lelaki : Muhammad Qaid Al-Ashraf | ya, saya kahwin pada umur 18 tahun | takyah kiralah :D"

Ok.. ku rasa.. ku memang patut wujudkan blog baru untuk Travelog Ceritera Cinta gitu, kan? Ish.. tak laratnya nak buat blog.. (=_=)" Keluarga ku sendiri ramai yang tidak tahu kisah sebenar macamana ku terrr.. jodoh dengan En Q. Bukan mengada-ngada, menunjuk-nunjuk tapi berkongsi cerita.. hmm.. ughh..


credit to @kakitembak_fotografi di Instagram


Salam. Jangan lupa..
Allah Mencintaimu

7 ulasan:

  1. Nikah muda ni amat digalakkan lebih2 lg zaman yang semakin ke arah jahiliah ni. Lagipun Allah dah janji akan bantu siapa yg tlh lengkap kn ibadah (nikah). Untung la orang tu dah nikah awal. Doa kn kita gak k. Kita pun nk nikah awal, inshaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tapi 'nikah muda' juga sebenarnya cabarannya sama besar atau mungkin lebih besar dengan keadaan remaja sekarang yang belum berkahwin. Sampai satu tahap, nikah cerai menjadi mainan. Takut dengan statistik penceraian yang mencecah ribuan setiap tahup ; setiap hari ada lebih dari satu penceraian, hanya di Malaysia!

      Kadang-kadang, kahwin sebab trend 'kahwin muda'. Tak serasi, pisahlah.. sebab masih banyak umur nak cari yang lain. Takut dengan mentaliti tu.

      Semoga bertemu jodoh yang baik dan mampu menjadi isteri yg banyak bersabar dan membantu suami :) tak kisahlah muda atau lewat yang penting kehidupan selepas akad tu, kan?

      Padam
    2. Hi admin. Entry yg menarik kali ni. Hmm, insyallah, jodoh tu datang bila2. Bila waktunya sesuai, insyallah, kita terima jodoh yg baik2 utk diri kita. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Padam
  2. wahh..bestnye kahwin muda..kira zinnirah ni muda setahun dari AB la ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. muda lagi. haha XD

      Padam
  3. wowww so CT masuk ketegori Akak CT lani kekeke.. bestnyaa dah kawin hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah masih muda. *grin* Best?? Mana tau? haaa...

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.