Selasa, 14 Oktober 2014

Sampai Hati..

Bismillah..

credit : En G

Hujan yg renyai mulai lebat disertai pancaran kilat yg menyambar, mengecutkan perut hamba Allah yg mengerti bahasa alam. Teringatkan ustazah di tadika bercerita, malaikat bertempik di alam barzakh bagai halilintar membelah bumi, bertanyakan amalan yg tidak seberapa dari hamba yg tidak sedar dirinya hamba hina.
Ku tatap wajah Qaid yg mula kemerahan, pasti gatal. Kakinya dinaiki air bisa atau kudis buta (scabies) yg ku sangkakan alahan makanan rupanya berpunca dari hama!

APA ITU KUDIS BUTA.

 Sudah puas makan ubat, rendam pula bajunya dgn air panas dan dettol, kini gatal naik pula ke muka. Kasihan anak ibu, kifarah dosa ibu yg lalu. Sakit penghapusan dosa kata guru ibu. *sebak* semoga terampunkan..

"Ibu, siap-siap. Jom makan."

Teralih perhatian pada En Q yg muncul dari anak tangga. Siap-siap? Nak makan kat dapur pun kena bersiap ke? Oh, kena pakai tudung sebab ada abang ipar baru sampai semalam.

"Aish, bukan makan kat bawah. Makan kat luar."

Serius, ku tercengang. Baru terasa, sudah lama kami tak makan di luar dikeranakan kesibukan. Kalau ada pun kami keluar bersama kerana urusan kerja. Dulu,  waktu masih tiada anak, sebulan sekali mesti makan di luar walaupun seorang pesan air barli panas dan seorang lagi fresh orange juice. Kadangkala seorang air suam, seorang french fries yg dikongsi bersama. Ada rezeki, pergi ke Anak Jati, nasi putih + sup daging dan nasi goreng daging merah.

Pernah ku suarakan, kalau tak ada duit sangat, makan di rumah saja.

Sambil tersenyum, En Q menjawab, "Makan di luar bukan kerana ambil angin atau nak seronok-seronok, bosan dgn hidangan rumah tapi ianya perlu sebagai keperluan, hiburan utk isteri dan anak-anak (waktu tu belum ada anak). Utk mengeratkan hubungan."

Ku terdiam dgn jawapan itu dan saat itu ada keyakinan menyinggah di hati. Ya, dia bukan remaja yg tidak matang. Dia sudah ada cita-cita yg diletakkan pada perkahwinan ini meskipun perlaksanaan di waktu itu lemah.

Sekali sekala menunggang motor, menghirup udara jelapang padi di waktu malam, membonceng di belakang dan terhantuk topi keledar bersama, terlanggar lopak, tergelincir, sampai di kedai kesejukan menggigit, dgn asap nipis dari barli putih dan keenakan fresh orange yg berdenting aisnya apabila berlaga dgn sudu 'made in china'. Kadangkala air suam dan nasi goreng berkongsi dua orang. Seorang sudu, seorang garfu.

Berbual tanpa peduli mereka yg memandang terutama pelayan. Maaflah, datang ke kedai kalian, duduk berjam-jam dgn hanya menu berharga bawah RM5!

Almaklumlah, berkahwin di usia mentah. Kerja tetap pun tiada. Ada waktu, mengutip kelapa dan dijual ke pasar. Untung sabut timbul, untung batu, Allah bagi dari sumber tidak diduga.

Walau ada yg memberi perbelanjaan, biarpun umi dan aby ada bertanya keperluan, En Q pernah menyuarakan dgn nada tegas, "Susah macamana pun, minta dgn saya. Jangan minta duit dr umi aby melainkan kalau mereka sendiri yg hulur."

Allah ada, Allah meletakkan banknya di setiap inci dunia. asal ku belajar setia berusaha takutkan Allah dan rindu Rasul, harta tidak menjadi ukuran bahagia. Suami di hadapan mata, biar berselut lumpur sawah padi, bergris di kemeja cerah warna, berpeluh dan wajah masam mencuka, dia tetap seorang pemimpin, jambatan menuju Allah.

Entah apa yg mendorong ku menyatakan 'ya', melainkan gerak hati Allah atas jodoh antara kami.


credit 

Berbalik pada hari hujan, kami pun keluar dari rumah. Hujan lebat yg amat memaksa kami memilih restoran yg berdekatan sahaja. M****** SEAFOOD. Bukan niat hendak mengata, tapi meluah rasa kecewa. Berlari keluar dgn payung dari kereta, mendukung anak kecil dan hampir tergelincir. Di depan restoran yg penuh dgn manusia Melayu, pelayan yg bersandar di dinding dgn topi ke belakang, tiada siapa mendekati ku yg terkial-kial ingin menutup payung. Angin bertiup kuat. Hampir menerbangkan payung, dgn anak yg mengenai tempias hujan. Ku memandang andai ada yg mahu membantu, paling kurang, tolong ambilkan anak ku. Sayang.. Seribu kali sayang, tiada Melayu yg membantu. Yg makan terus makan, yg menyandar bersembang melihat sekilas pandang.

Geram, ku letakkan payung terbuka itu di stall depan restoran mereka dan masuk dalam kebasahan hujan. Terpaksa menunggu En Q dtg dan menutup payung. Dia pun sudah basah lencun. Hujan terlalu lebat. Itupun selepas hampir 7-8 minit tercongok menanti pelayan dtg minta pesanan biarpun tempat duduk ku selang 2 meja dari kaunter. Ku cuba positif, namun hampa tidak dpt dielak.

Order.

Sekali lagi, selera terasa mati. Bukan tidak bersyukur tapi.. Bukankah seorang pelanggan itu berhak mendapat apa yg sepatutnya dia dpt?

Tomyam campur.. Sedih sekali. Sedap, ya. Tapi, 2 ekor udang, 7-10 hiris ayam bersaiz comel lote dan 'secebis' daging yg mungkin terrr lompat masuk ke dalam tomyam ku atau memang itu kuantitinya. Kata, campur.. Ini campur lauk atau campur sayuran? Sotong tak ada? Sebab yg banyaknya, bawang dipotong besar Ya Rabbi, halia besar 50 sen  (syiling lama) dalam 5,6 keping, tomato besar potong 4, dan entah helaian apa lagi di dalamnya. *terkebil-kebil*

En Q yg order sup daging pun kacau-kacau sup dlm mangkuk stainless steel tu dgn mata terkelip-kelip. Ku pandang dia, dia pandang ku. Sama-sama terkelip-kelip. Terima kasihlah, M****** Seafood. Mengeratkan hubungan kami..

Dagingnya 5 ketul muat 1 sudu makan. Makanlah sikit-sikit, kalau tidak, 3 suap, nasi dah tak ada lauk. Comel sungguh. Mungkin org yg potong tu, orgnya comel belaka. Tak apalah, paling kurang pun ada bawang yg dihiris besar-besar punya dan daun saderi. Nak order lagi? Memang tak lahh..

Oh, ini mmg 'style' mereka kutt.. Ku lihat, konsep SEAFOoD hanya pada ikan-ikan yg dibuat steam, masak limau dll. Mgkin boleh tukar nama, Comel Belaka Seafood *ikan sahaja* Restaurant. Jadi pelanggan boleh jangka apa yg mereka akan dpt. Tidaklah kehampaan begini..

Balik, sunyi sepi kami keluar dr kedai. Ku bungkus Tomyam tadi. Hmm.. Bukan nak sangka buruk tapi ku lihat macam ada yg tersenyum senget dgn ayat 'bungkus' utk Tomyam yg sudah dijamah itu. Serius, bukannya ku hirup terus dr mangkuk pun..

Kenapa?

Bungkus makanan yg bersisa, leftover-lah, kan? Tinggal kuah sahaja *sebab tak sempat 5 suap, isi dah habis* Nampak macam terdesak? Ya, terdesak sebab tak nak terdesak kat Akhirat nanti disoaljawab tentang pembaziran makanan.

Mentaliti sekarang :

Orang yg bungkus makanan bersisa : terdesak *entah perkataan apa yg sesuai tapi ini dipandang serong selalunya*
Orang yg jilat jari selepas makan : kebulur. Pengotor. Hakikatnya itu SUNNAH. Malah dari segi sains, ianya membantu penghadaman.

Ok. Tak nak tambah isu.. Tapi, sampai ke rumah rasa kecewa bermukim di dada. Hebat penangan restoran ini.

Dan perbualan kami mula berkisar pada restoran yg sudah di'lock' dalam kepala. Mama Seafood Restoran, Rawang. Memang terbaik, seafood sejati.




Tomyam Seafood RM9 tapi tak kisah dtg semula sebab dalam Tomyam itu ada udang, sotong *ok, itu normal* berserta ketam, lala, kepah dan ku tak tahu apa namanya lagi. Memang betul-betul seafood. Kerana itu bila kami dtg kali kedua, restorannya penuh dan paling penting, rasanya sama.

Utk restoran ini, akan ku publish di entri seterusnya andai ada peluang.

Ingat : Jangan kedekut. Masak masakan standard  utk dimakan, bukan standard dijual *jimatbahan*. Tak rugi. Jauh berbatu pun orang sanggup dtg semula.
Ingat Lagi : makan bersama boleh menjalinkan hubungan yg renggang, boleh menjadi medan perbincangan dan ukhwah. Antara sedekah yg mampu membuat manusia lain gembira.

Perut kenyang, hati senang, Allah sayang :)

P/S : berhenti sebelum kenyang ya..

FOTOGRAFI : KLIEN & TIPS

 Salam. Jangan lupa,
 Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.