Selasa, 7 Oktober 2014

Sedekah Hujung Jari

Bismillah..


Sejak pandai menggode-gode dunia blogging, ku baru tahu tentang nuffnang. Sebelum ni, main taram je register sebab orang suruh. Rupanya kena letak iklan, copy paste itu ini yang mana membuatkan kening berkerut banyak kali. Ingatkan benda tu automatik je ada kat blog. Dan rupanya, tak semua blog ada nuffnang. Boleh buat pilihan nak letak atau tidak. *ok, sangat cetek ilmu blog* (T_T)

Kredit untuk tutorial :)
Cik Kak yang Bukan Cinderella ni (obviously.. mana ada Cinderella main blog) dan..
Kak Khatyjem :) terperinci sungguh tutorialnya.

comel..
Dari pandangan mata ku, setelah tahu kelebihan ber-nuffnang, ku rasa ini adalah salah satu cara untuk kita bersedekah. Sebab kebanyakan kenalan adalah dari alam maya, nak sedekah melalui senyuman pun tak dapat. Jadi, kemudahan yang ada, hanya dengan satu klikk! dah boleh bersedekah. Ada yang buat tabung kahwin *yang ini comel*, tabung belajar, tabung nak pergi meminang pun ada. Ku? Tabung anak-anak kut.. kalau ada rezeki, InshaAllah.. Tabung atas dan tepi :)


Pada yang sudi menjengah, singgah tu, jemput klikk! ya. Ku pun nak letak tabung tepi pintu 'rumah'. Dan, mulai saat ni, ku akan rajinkan diri  klikk! pada setiap iklan nuff yang ku jumpa. Comelnya rasa. Macam pergi 'rumah' orang, nampak tabung dia, kita masukkan 20 sen dalam tu. Ikutlah kan. Nak masukkan RM10 pun boleh. Setiap entri sekali dua klikk!

Terima kasih Nuffanng untuk platform ni :)


Selamat ber-NUFF!! *bunyi macam hidung sumbat*


Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. sy dah lama letak nuff di blog tp income cuma rm25 je,,,huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada juga tu, abe :D yang penting, hikmah di sebaliknya, kan? Allah mengira setiap kebaikan yg kita buat biarpun dgn hanya satu klikk! mana tau nanti abe boleh buat tabung dan sedekah kat orang lain, kan?

      Letak pun tak mengharap apa-apa. Rasa macam blogger betul pulak bila dah ada iklan gerak2 kat blog. :)

      terima kasih sudi menjengah saya yang sedang menyental lumut di blog ni

      Padam
  2. jangan lupa pilih charity ads ye.. takot
    nanti iklan entah apa apa kuar nanti hasil yang kita dapat diragui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ada pilihan ads ya. Terima kasih beritahu. Nanti cek semula di nuffnang :)

      terima kasih atas kunjungan :)

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.