Khamis, 30 Oktober 2014

[ Segmen ] Bersama Sara Liyana



Bismillah..

Sedang ber-bw, 'terserempak' dengan macam-macam GA tapi ini adalah GA yang menarik perhatian ku untuk menyertainya kerana konsep kreatif yang diketengahkan.

Oleh kerana salah satu syaratnya adalah 'follow' blog, jadi ku mulakan 'penggodekan entri' di blog yang meriah ni (^^,)

Biasanya, sebelum ku follow satu-satu blog, ku akan menjelajah entri-entri di dalamnya supaya ku 'mengenali' watak blogger tersebut. Tidaklah terasa janggal untuk berkomentar dan ber-bw \(^^,)/

Klikk sana klikk sini, ku lihat Hakak Purple ni seorang yg relaks dan enjoy dgn apa yg dia ada. Santai dengan papan kekunci miliknya. Inilah antara perkara yang ku dapat dalam dunia blog ni; dapat melihat hidup orang lain dan melihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza. Kalau rasa macam penat dengan jadual harian yang padat dan formal, boleh 'ziarah' Hakak Purple ni dan ber-sengalan di situ sama-sama. Release.. *janganmarahyaTuanTanah* (>,<) memang tergelak baca entri 'Menggeletis Di Panggung Wayang' part jenis-jenis gelak.

Dan, seperti blogger-blogger murah hati yang lain, Hakak Purple ini pun buatlah segmen hadiah-hadiah. Untung Hakak buat, dapatlah relaks sambil 'kunyah kerepek' di rumah Hakak. Yang tak join, silalah klikk! pada banner di bawah. Sama-sama memeriahkan GA Hakak


Pandangan ku tentang KREATIF :: melakukan perkara biasa dengan sesuatu dari luar kebiasaan.

Jangan rasa kreatif itu hanya seorang yang pandai melukis, pandai menulis, pandai merekacipta dan lain-lain perkara ya :)

Cara nak tahu anda kreatif atau tidak, sila jawab soalan ini :

Adakah anda pernah menyelesaikan satu-satu masalah?

Jika ya, anda adalah seorang yang kreatif. Tak percaya?

kadang-kadang, kita pun tak sedar kita ni kreatif rupanya..

psstt.. kreatiflah dengan Allah. Jangan hanya waktu solat saja nak mengadu segala apa..

 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. Wowww wowww..makin susah la nak cari pemenang. Masih join segmen. Kita jumpa lagi lps nie. Kui3. -love-

    BalasPadam
    Balasan
    1. siaapa kata giveaway akak tak jalan?? *hihi* saja nak tambah bagi akak pening.

      Terima kasih utk peluang ni :)

      Padam
  2. http://azraalyana.blogspot.com/2014/11/senarai-pemenang-first-segmen-sara.html -Tahniah-

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.