Isnin, 6 Oktober 2014

[ Musafir ] Subiaco : Love and Care Cafe (LCC)

Bismillah..
kesinambungan dari entri Subiaco..

Love and Care Cafe (LCC)
Sebelum ni ku dah kenalkan suasana di Subiaco Market. Untuk lebih faham, klik link ya :) da banyak gambar menarik kat situ. Sekarang ku ceritakan pula kafe mini tempat ku selalu berkhidmat mencari berkat. Sesungguhnya, menyediakan hidangan halal lagi bersih juga adalah satu ibadah.

Kafe ni tidaklah terlalu besar. Nak solat pun di ruang dapur. Hampar kain kanvas, tutup langsir, solat. Kadang-kadang terganggu solat bila ada pelayan yang hantarkan pinggan kafe kami sebab konsep Subi ni, depa boleh beli di kedai mana-mana dan makan pun di mana-mana. Selalunya mereka tinggalkan je pinggan dan akan ada pelayan yang rajin, hantarkan semula pada pemilik pinggan. kena tulis nama kafe di setiap pinggan, sudu dan gelas. Jadi, bila solat tu, tak laratnya pelayan main selak je kan tirai tu lepas tu tak reti nak rapatkan balik. Orang lalu lalang memang boleh nampak kami ruku' sujud di ruangan dapur kafe.

ok, jangan bayangkan dapur restoran Melayu atau mamak. Kafe di sini ada ISO yang perlu dipatuhi. Boleh dikatakan lantai tu licin sampai boleh tidur atas tu.

Itulah asam garam menegakkan agama kita di negara bukan Islam majoritinya. Kadang-kadang kena solat di padang dan di mana-mana tempat bersih. Masjid ada tapi susah nak jumpa. Tak macam Malaysia, stesen minyak pun ada surau walaupun agak meragukan bab taharahnya..

Meja di hadapan adalah pilihan.. boleh duduk di mana-mana sahaja.
                                   
Ambil gambar ni waktu awal pagi nak buka. Sebab Subi ni selalunya sesak Ya Rabbi! Memang tak dapeklah kalau nak ambil gambar kalau gate dah dibuka. Sebab berhadapan dengan kafe ini, kedai buah-buahan. Hampir semua buah-buahan yang ada kat dunia ni ada kat situ, mengikut musim dan bekalan. dan tentu-tentunyalah, taukenya adalah dari bangsa Cina! Mereka memang pandai mengambil peluang dan memanfaatkan setiap inci yang ada.

MENU DI SUBIACO LCC

Tak terungkap kata kau bila nikmat Tuhan yang satu ni ku dapat rasa versi Australia! Ya, ianya auntentic cuisine. Malaysia Indo gitu. Nasi lemak, Satay, Gado.. ughh.. scroll je ke bawah.

satay dia terbaikk! ku yang tak minat satay, terus jatuh cinta.
dari pemilihan daging dan cara potongan, setiap gigitan terasa kelainan dengan satay Malaysia

Gado pun hado! ku kat Malaysia pun tak pernah makan.
BEEF RENDANG pilihan utama pelanggan setia LCC
Chicken Beriyani pun selalu habis.

ehem! sila tengok harga..
Ya, makanan autentik adalah mahal mengikut standardnya yang tersendiri. Samalah macam kita nak makan sushi kat Malaysia, kan?

kami diajar supaya jangan convert! Jangan convert duit dari AUD (Australian Dollar)  ke MYR (Malaysia Ringgit) kalau buat jugak, makan lidi sajalah kat Aust tu.

4 batang satay : AUD 6.40 x MYR 3.50 = RM22.40

Muntah darah makan satay 4 batang dah macam makan set makan tengahari sekali dengan air dan keropok ikan kat warung Malaysia! Jadi, jangannn convertttt.. please (=_=)" dengar cakap mak.

Asal usul satay : nah!

Customer dari kalangan orang Aust ni kebanyakannya berbudi bahasa, caring. Tapi janganlah naik marah, kalah hantu, kan? Tapi, baik dia tu, sangat mesra dn tak lokek dengan senyuman. Rakyat Malaysia pun macam tu.. cuma dengan kes santau la, buatan oranglah.. kita jadi takut nak berhadapan dengan orang apalagi bertentang mata. Seram!

Setakat ini perkongsian yang mampu ku coretkan. Anak kecil dah menggedik-gedik kat tilam tu. Ada rezeki, ku ceritakan lagi tentang bumi kanggaru ni (walaupun baru sekali je jumpa kanggaru (x_x) ughh... )

4.57am | bch | 061014
Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

  1. awak duduk kat australia ke ? super super yaaay.. so kalau ke
    aussie boleb terjah lah ni hihi..

    BalasPadam
  2. terjahlah. Ada dua kafe Islamic Cafe di Pier St. Perth City dan Subiaco. Sana banyak ladang kan jadi memang jauh la dari satu tempat ke tempat.

    tapi saya takdelah.. sebab balik Malaysia dah hari tu sebab nak bersalin anak ke2. kalau bersalin kat sana, mahallll...

    InshaAllah tanam niat nak musafir ke negara lain pula :)

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.