Isnin, 6 Oktober 2014

Tebusan Ramadhan

Tebusan Ramadhan

**entri ini rupanya tak ditekan butang publish. dikarang pada Aidilfitri. Tapi, sempena Aidiladha, ku publish-kan utk perkongsian bersama..

Majlis Jemputan Berbuka Puasa bersama artis..


Menu bazaar Ramadhan yang bermacam pilihan..

Iftar bersama-sama kawan-kawan..

Iftar di hotel..

Tarawikh di masjid..

Iktikaf..

..........................
..........................

Rata-rata blogger pemilik akaun media sosial lain update tentang aktiviti Ramadhan mereka.

Malu rasanya nak update entri tentang Ramadhan sebab terasa Ramadhan 1435H ini adalah yang paling menyedihkan. Gagal segagal-gagalnya........

Makanya, ku mencari sesuatu buat menebus Ramadhan yang hilang. Pasti ada cara dan jalannya. Kepada Allah ku memohon dan ku menemui sesuatu yang ku rasa sangat bagus dan sangat bermanfaat untuk ku kongsikan di sini.

AMARAN. ENTRI INI HANYA UNTUK MEREKA YANG MERASA GAGAL DALAM RAMADHANNYA. BAGI YANG SUDAH ELOK AMALAN PENGISIANNYA, BOLEH TEKAN BUTANG BACK ATAU TERUS SCROLL KE BAWAH BAGI PERKONGSIAN ILMU.

-----

Kini ku meletakkan satu target di hadapan. Walaupun ku tidak pasti dengan keadaan hati ku yang selalu turun naik, ku yakin setiap niat yang baik pasti diiringi dengan bantuan dari Allah yang Maha Penyayang.

Inilah tebusan ku, 

JUMAAT.

Ya. Jumaat. Hari Jumaat. Yaumul Jum’ah. Friday. Penghulu segala hari. Hari penuh keberkatan. Kita selalu dengar gelaran-gelaran hari JUMAAT ni tapi kita tak pernah nak kaji dan selidik rahsia-rahsia kenapa diberikan gelaran sebegitu pada hari ini. (ku seorang je yang tak kaji sebenarnya)

JUMAAT
:: musim yang Allah letakkan segala kebaikan untuk setahun padanya

“sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah JUMAAT.”

:: para ulama’ menyatakan tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali Hari Arafah, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

:: dikatakan ianya setara dengan hari-hari di dalam Ramadhan

ETIKA DAN ADAB-ADAB HARI JUMAAT

“barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang kemudian menghampiri imam dan mengdengar khutbah maka pada setiap langkahnya dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun.”

**akak-akak, ini untuk kaum Adam sahaja ya.


ADAB BERSEDIA MENYAMBUT HARI JUMAAT

Mandi
:: sesetengah ulama’ mewajibkan perkara ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang baligh.”

Memakai Pakaian Terbaik
:: Baru ku sedar, ku selalu tengok golongan yang bekerja, hari Jumaat yang wanitanya mesti memakai baju kurung dan lelaki memakai baju Melayu. Begitu juga dengan sekolah agama/asrama. Selain Hari Raya, berpakaian baik di hari Jumaat satu sunnah jugak. Jadi dari kita pakai baju gitu-gitu je, lebih baik niat untuk memuliakan Penghulu Hari sekaligus melakukan sunnah Nabi SAW.

Berwangi-wangian

Memotong kuku dan mencukur/menggunting bulu yang dibolehkan
:: bila kita ikut sunnah yang satu ni, tak ada lagi masalah kuku panjang. Terlepas hari Jumaat, gagahlah menunggu Isnin. Sabtu dan Ahad seronoklah syiton bergayut bawah kuku cuti musim panas.

Melumurkan badan dengan minyak (minyak zaitun), losyen atau krim.

ADAB KELUAR KE MASJID

Berjalan selagi mampu.
:: kalau masjid itu hanya sekadar di kawasan perumahan, apa salahnya jika melangkah terutama cik abe cik abe yang sado-sado sekalian. Banyak tu langkah yang dihitung!

Bagi yang berkereta, ke bandar atau masjid yang agak jauh dari rumah, bolehlah berjalan dari tapak parkir. Janganlah sebab takut gelap (sunburn) minta driver park kereta betul-betul depan pintu masjid. Syoklah driver tu, lagi banyak langkah yang dihitung dari majikannya. Iya dok?

Keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar
“di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut turutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran nama itu untuk mendengar khutbah.”

Untunglah yang namanya ada di setiap kali Jumaat tiba.

Menunaikan solat Tahiyyatul Masjid
:: walaupun khatib sudah menaiki mimbar dan menyampaikan khutbahnya, perkara ini tetap disunatkan untuk melaksanakannya.

Sunnah Mendekati Imam
“Baginda mendekati imam lalu mendengar khutbah.”

Memberi Perhatian Terhadap Khutbah yang Disampaikan
:: selalu berlaku, bukan hanya di dalam khutbah tapi juga ceramah agama/majlis ilmu yang lain perkara-perkara ini :
- Tidur! (saat yang paling sedap nak tidur selain selepas Subuh)
- Sibuk ber-sms/whatsapp/wechat/facebook/instagram/twitter bagai

“barangsiapa yang menggerakkan batu pada hari Jumaat,
 maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia. 
Barangsiapa yang melakukan perkara 
yang sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat untuknya. Barangsiapa yang
 bercakap dengan temannya maka 
tiadalah pahala Jumaat untuknya.”

Mungkin waktu ini, kita-kita yang suka mengumpat membicarakan sikap-sikap manusia lain, boleh berlatih mengurangkan sikap ini sedikit demi sedikit :)

**ok, point di atas ni banyak ke arah abe-abe sekalian. Janganlah pulak akak-akak semangat bersiap pergi dengar khutbah, siap berjalan kaki dari rumah ke masjid. Ada ganjaran lain yang Allah sediakan buat isteri-isteri di rumah, setara dengan ganjaran buat kaum Adam. Point di bawah bolehlah kaum Hawa amalkan sekali dengan Cik Abe masing-masing ya :)

ADAB DI HARI JUMAAT DAN MALAM SEBELUM

Membaca Surah Al-Kahfi
“barangsiapa membaca Surah Al-Kahfi di hari Jumaat, dia akan disinari cahaya sehingga ke Jumaat berikutnya.”

Dan ini juga antara perkara yang boleh melindungi kita dari fitnah Dajjal! Ruginya tak diamalkan T__T

Berselawat
“banyakkan berselawat kepada ku di Hari Jumaat dan malam sebelumnya.”

Banyakkan Berdoa dan Menunggu Saat Doa Dimakbulkan
**Point ini ku sangat suka

“Terdapat satu masa di Hari Jumaat, jika seorang Muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan oleh Allah.”
Berdasarkan kisah-kisah para sahabat, ramai sahabat yang berpendapat, waktunya adalah ketika matahari mula terbenam. tapi ada juga riwayat yang menyatakan waktu di antara dua khutbah. ada juga beberapa waktu lain yang akan ku update di sini di waktu lain.

Ku belum pernah lagi dengar orang sebut tentang point ni. Doa.. dan menunggu. Aku terbayang di tempat ku, jika situasi ini berlaku pada ku, sebagai contoh.

3 orang adik ku meminta ku belikan selendang untuk mereka. Ku janji ku akan beri tapi ku selalu lupa untuk membelinya. Dalam 3 orang itu, salah seorang sentiasa berharap. Selalu ternanti-nanti, kelihatan bersungguh. Melihat dia menunggu dengan yakin dan percaya dengan janji ku, pasti ku akan berikannya dengan kadar segera. Dialah orang pertama yang ku akan berikan selendang itu. Dan tidak mustahil kerana dia seorang, aku turut memenuhi permintaan dua lagi adik ku walaupun mereka tidaklah bersungguh sangat.  Kat sini, aku nampak kuasa MENUNGGU DALAM PERCAYA. (ok, tak faham? Abaikan contoh ni)

Setakat ini sahaja ku mampu nukilkan perkongsian bersama. Harapnya sangat bermanfaat dan Alhamdulillah, kamu yang sedang membaca ini, tahniah! Kerana berjaya membaca hingga ke noktah terakhir. Kerana bagi ku, TEBUSAN RAMADHAN ini amat bermakna.
 [ sumber : Fattabiouni ]

Lain-lain sumber hadith dan perkongsian di atas, credit to : Syafiq Qolbu I Luv Islam klik untuk info lanjut mengenai kelebihan dan keistimewaan Jumaat
peristiwa yang berlaku di hari Jumaat dan lain-lain hari di sini : CREDIT
 ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.