Khamis, 30 Oktober 2014

[ Tips ] Memupuk Minat Anak Suka Membaca

Bismillah..

Sempena dengan contest dari Ibu Bayi, ku kongsikan bersama tips yang ku perolehi ini, biar menjadi manfaat buat kita semua.

Kredit

1. Bermain permainan yang mendidik

Jangan biasakan membeli pistol dan senapang sahaja ataupun anak patung untuk anak-anak. Sebaliknya, kita perlu pilih mainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata dan tangannya. 

Permainan seperti Lasy, lego, atau permainan membina blok sangat penting untuk melatih koordinasi mata tangan dan melatih memberi tumpuan. 

Bahkan bermain sambut bola atau menangkap bola yang sedang bergerak juga amat berguna. Dua kemahiran ini sangat berguna apabila anak kecil kita belajar membaca nanti.

Photo by : @kakitembak_fotografi (instagram)
2. Mewujudkan budaya membaca di rumah

Pastikan setiap ahli keluarga kita mempunyai masa untuk membaca bersama, selain membaca al-Quran, supaya anak kecil anda dapat menghayati suasana tersebut. 

Kita boleh juga wujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Biasakan juga bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihat oleh anak-anak. 

Ini akan menarik minat anak-anak kita untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca apa yang ditulis mengenai gambar atau tajuk berita.
Jangan biarkan anak main sendiri tanpa pengisian rohani.
dikhuatiri jiwanya mati.
3. Bercerita

Kanak-kanak sangat sukakan cerita. 

Tahu tak cerita tentang seorang nenek membacakan sebuah buku cerita kepada cucunya yang baru berusia 6 bulan di atas keretapi bawah tanah di Toronto?

Walaupun anak kecil itu masih belum dapat duduk dengan baik, dia sudah dibacakan buku cerita. Itulah yang sepatutnya diajarkan kepada kepada anak-anak seawal mungkin.

Kita boleh mula dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. 

Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata anak hanya melekat pada gambar-gambar di buku. 

Satu hari nanti dia akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. 

Photo by : Quegraphy Media

Untuk ibu bapa yang prihatin dengan apa yang bakal anak-anak lalui nanti, boleh amalkan 3 tips mudah ini dalam aktiviti harian bersama anak-anak. Semoga mereka membesar dengan baik .

Tips ini ku perolehi dari langganan emel Keluarga Baru. Kalau kalian berminat, sila ke laman Keluarga Baru untuk tips-tips yang sangat berguna :)

psstt.. bila mati nanti, antara harta yang mampu kita bawa adalah doa dari anak yang soleh..

 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

1 ulasan:

  1. alhamdulillah, my daughter mmg semulajdi suka membaca

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.