Rabu, 26 November 2014

1st Giveaway | Sayang Anak by Mama Muiz

Bismillah..

[ Banner ]



"Walid, boleh ibu belikan nugget untuk Atim sebelum kita balik nanti? Kesian dia tak ikut kita pun." Waktu itu, biji mata ku bergerak-gerak mengikut lincahnya tangan si peniaga pasar malam mengasingkan beraneka jenis nugget, bebola dan makanan yang bermacam warna serta perisa.

Terasa lengan ku dipaut, ku mengalihkan pandangan pada Encik Q yang kelihatan agak kepenatan. Maklumlah, pulang dari tugasan terus berjalan di pasar malam yang sesak ini.

"Ibu selalu sangat belikan ole-ole untuk Atim setiap kali kita keluar tanpa dia. Bukan tak boleh, bukan tak sayang tapi jangan jadikan kebiasaan pada anak tu."

Ku menelan air liur. Gerun pula tengok muka serius dia. Dalam gerun itu pun, ku masih menjeling bebola ikan yang memukau. Pasti Atim suka!

"Ibu, yang susah nanti bukan kita tapi dia juga. Bilamana suatu hari kita jatuh susah atau kita terlupa beli ole-ole untuk dia, kan nanti dia jadi hampa dan kecewa? Rasa tidak diingati."

"Dan tidak mustahil, dia akan tetapkan di fikiran, ukuran kasih sayang ibu dan walid dia adalah dari kebendaan."

Ku diam. Di dalam hati, ku berbisik halus, "Kan kecil lagi.. baru 2 tahun."

"Kesan didikan paling mendalam adalah waktu dia masih kecil, ibu." Bagai mendengar isi hati ku, Encik Que berkata lagi di dalam keriuhan antara peniaga dan pelanggan. 

Ku tersenyum. Terima kasih, Tuhan kerana mendatangkan seorang suami untuk memberi peringatan. Kami memang bukan ibu bapa yang terbaik tapi pengalamanlah yang banyak ,engajar kita berusaha menjadi ibu bapa yang terbaik. Mengajar kesan perbuatan kita pada anak kecil.

Buktinya, ku masih hafal lagu 'Anak Itik Tok Wi', 'Satu Satu Sayang Allah', 'Pukul 6 Pagi' dan lain-lain lagu kanak-kanak berbanding dengan lagu-lagu yang ku dengar di usia pertengahan remaja. 

=====

banyak cara untuk kita meluahkan bagaimana sayang kita pada anak. Tidak kiralah anak kandung, anak tiri, anak buah atau apa-apa anak pun tapi percaya atau tidak, ada sesetengah kasih sayang itu mampu merosakkan mereka.

Dari apa yang sudah ku lalui, ku dapat lihat bagaimana kasih sayang pada anak itu bertukar menjadi sesuatu yang begitu menakutkan.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga tidak nampak kesalahan yang dibuatnya. Kadangkala, dia tahu tapi hatinya menafikan dengan berpura-pura tidak melihatnya malah meletakkan kesalahan pada orang lain.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga anak dikongkong sehingga tiada ruang untuk mereka mencuba dan menikmati keputusan sendiri. Lupakah kita, kesilapan adalah guru terbaik. Sekali sekala mereka perlu diberi kebebasan untuk memilih.

Ada yang terlalu sayangkan anak hingga anak dimanja, dibelai terlalu lembut, semua kemahuan dituruti malah ada yang tidak pernah memarahi anak sedikit pun.
Lupakah kita, kesusahan guru terbaik untuk mereka lebih menghargai kehidupan.

Apa-apa pun latarbelakang kita, asalkan kita ada cita-cita yang bersih untuk anak-anak kita, cukuplah dengan panduan yang Allah sudah bagi.

Kaya, miskin, berlainan bangsa, berlainan budaya, anak pertama mahupun anak yang ke12, didikannya tetaplah..

"Awal-awal agama mengenal Allah."

bukan 2NE1, Justin Bieber, Elsa apalagi teknologi.


sempurnakan diri kita melalui
anak yang bersih.


psstt.. hari tu tengok rancangan kanak-kanak sembang tentang tajuk Obses. Menakutkan bila tengok kanak-kanak sudah berfikiran remaja, remaja sudah seperti orang dewasa. Yang dewasa? Jadi kanak-kanak??

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

  1. as'salam...terima kasih sudi join my 1st GA..dan terima kasih juga di atas perkongsian di atas..sejujur2nya huda dan suami pun dah terbiasa belikan sesuatu untuk anak bila kami keluar berdua jer (sebab rasa bersalah tinggalkannya)...perkongsian sis buat saya terpikir baik buruk tindakan kami..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, benda kecil banyak yang kita terlepas pandang

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.