Selasa, 11 November 2014

Birthday Giveaway | by Little-Smaller

Bismillah..

[ Hadiah Coklat. Klise? ]


Selalunya ku kalau sudah tiada idea nak beri hadiah pada orang, coklat adalah pilihan terakhir. Pernah seorang kawan sound ku sebab selalu bagi hadiah coklat pada dia.

"Hang ni, aku dah pom pom macam ni pun bagi hadiah coklat ke? Nak aku dapat penyakit ke apa?"

Amboi sangat! Hang sekalian, tahu tak..

:: coklat a.k.a serbuk koko mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Sebab itu ia selalu menjadi pilihan sebagai senarai wajib bagi pengembara, aktiviti sukan, ekspedisi mahupun pendakian.

:: mengandungi Phenol, sejenis bahan kimia yang membantu mereka yang mengalami risiko sakit jantung dengan tindakan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.

:: mengandungi kebaikan semulajadi. Jika dibandingkan sekeping coklat itu mengandungi lebih kandungan protein berbanding sebiji pisang, epal, lobak merah, oren dan sejumlah kismis dalam berat yang sama.

Itu baru sebahagian! Banyak lagi kebaikannya jadi jangan marah kalau dapat hadiah coklat. Sedap tau! Sekurang-kurangnya ada orang ingat tarikh lahir kita, ya dak?

[ Banner ]



Jadi di sini, ku mendapat peluang untuk menyertai Birthday Giveaway ini oleh Little-Smaller. Tengok banner pun sudah terliur, kan? Lama tak makan kek. Ada sesiapa nak belanja? Oh, maaf Kak Wani, kakak ipar ku yang selalu bagi free Cheese Cake Meleleh Sp yang lazis lazass..

Untuk Giveaway kali ini, ku pertaruhkan gambar ini. Sebenarnya gambar ini sewaktu majlis hari jadi Luth dan Noah, si kembar tu tapi entah macamana anakku yang kakak Atim ini boleh terselit sekali! Macam dia pula tuan rumahnya! Buat segan ibu saja (=________=)" maaf Kak Wirdawina.

Comel, kan kembar tu! Luth dan Noah
serta abangnya yang putih melepak lepuk

bila aby deko pulut harijadi..^^


haa.. gambar ni pula bila ayah pun menghias kek, coklat atas pulut pun jalan..
salute-lah aby.. *senyum*

psstt.. chocolate indulgence.... (^^,)

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

1 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.