Jumaat, 14 November 2014

Blog Walking | bersama Red Bellas : Dream Escape

Bismillah..

Semua cita-cita orang Islam, tentulah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Tanah berkat yang dirindui oleh hati-hati yang ingin merasai nikmat bertuhan, dicintai Tuhan dan ingin merasa dekat dengan Rasulullah yang tidak pernah ditemui. Tentu-tentulah ianya jatuh pada tempat pertama dalam wishlist kita. Dan yang kedua, pasti berlainan sekali tempat tuju kita, kan?

Dan untuk segmen menarik dari Kak Red Bellas ini, ku khususkan satu lagi dream escape yang mungkin berlainan dari orang lain, mungkin juga sama.

[ Impian Kecil yang Besar ]


Rasulullah bersabda, dengan sabda baginda,
"Tuntutlah ilmu walau ke Negeri China."

Setiap kali ku mendengar perkataan, 'China' apalagi 'Guangzhou', ianya bagaikan menarik ku ke dunia masa kecil. Ku tidak pasti dari mana datangnya rasa 'China' di dalam diri. Setiap kali menonton filem berunsurkan klasik berlatarbelakang zaman dinasti-dinasti yang penuh sejarah, ku merasa 'dekat' sekali. Moment. Mungkin kerana selalu mendengar bait-bait nasyid kanak-kanak di atas. Kalian pernah dengar? Sedap betul nasyid tu.

Perkampungan mereka, kawasan pendalaman adalah bagaikan lembaran mukasurat sejarah di dalam kitab tebal. Tidak tergugat dengan goncangan kemodenan, ada bahagia di tanah itu. Mereka mempunyai nikmat Allah yang asli, yang tidak diubah dengan tangan mereka sebaliknya tanah itu yang membentuk mereka.

Menonton dokumentari, kita dapat melihat, kaum China di kawasan ini, mereka dan alam semulajadi adalah satu.

Apabila ibu mertua ku berpeluang ke sana, hati terasa ingin ikut pergi bersama. Semoga ada rezeki di suatu hari nanti.

[ Dream Escape ]


Credits

Berkas:Location of Guilin Prefecture within Guangxi (China).png
kedudukan Guilin
Lain-lain panorama di Guilin.

kayangan atas awan ^^

bagaikam gunung bayang-bayang. Allah hebat!

China : 
Ada 29 tapak warisan termasuk dalam "Senarai Warisan Dunia" oleh UNESCO, iaitu 3 warisan alam semulajadi, 21 warisan budaya dan 4 warisan alam dan budaya bilateral.


Gua Reed Flute

Guilin juga ada sawah padi bertingkat
Boleh rujuk Wikipedia untuk info lanjut tentang syurga dunia ni ^^,


Guilin,
Awannya berpilin-pilin,
Di balik kabusnya, cahaya kecil bagaikan lilin,
Sungai beralun seperti lembaran satin.

Di tanah China,
Nabi menyebut di dalam sabda baginda,
dunia alam mereka,
ia tersimpan di kitab sejarahnya,
surut keindahan bagaikan tiada,
Anugerah Allah pada manusia,
kasih Allah yang mengekalkannya di sana.

Islam ada bertapak di sana,
Bumi bertuah selain Malaysia,
Di mana pun impian destinasi kita,
Tetaplah ia dalam satu bumi Yang Esa.

Selain Guilin, kalau kalian berkesempatan berkunjung ke sana, jangan lupa menjengah ke :

Hutan Buluh Shunan
Air Terjun Nuorilang
Hutan Spruce Xiuling
Sawah Padi Bertingkat (Dragon's Backbone Terraced Rice Fields)
Kredit gambar : Diarikikbm - Kelana Fana - Behind The Brown -

China adalah sebuah lukisan yang tiada satu pun warna di dunia ini yang tiada padanya, kan? :) haa.. rasa nak tambah destinasi Dream Escape tak? *grin*

Oh ya! Ku tag kalian yang comel ini ^^, Jom kongsi dream escape kalian ya!


psstt.. kalau dapat jemputan jadi pengacara untuk promosi Guilin, boleh jugak ni. sponsor please!

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

10 ulasan:

  1. Memang cantik Guilin ni. Ni 1st time tengok.
    Tq tag saya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik, kan? Kurang terkenal berbanding destinasi lain tapi sekali terjumpa namanya, terus terpahat

      Padam
  2. subhanallah.. cantiknya ciptaanNya...

    singgah dari segmen yang sama.. done follow ~ =)

    http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/11/blog-walking-bersama-redbellas-dream.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada rezeki, mana tahu tercapai impian ini kan? tkasih dtg berkunjung

      Padam
  3. Subahanallah.. Mau berbulan nak habiskan lawatan satu Negara China kan... Moga tercapai impian.
    Singgah dari segmen sama. Happy blogwalking.
    My Dream Escape

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, besar sangat dan semua tempat pun best. ^^

      Padam
  4. terima kasih join.. sy dah update senarai peserta terbaru.

    BalasPadam
  5. subhanallah...mmg cantik ciptaan-Nya..

    BalasPadam
  6. tahniah menang segmen sy.. sila ke blog sy utk update terkini & send detail pd sy utk penghantaran hadiah.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.