Jumaat, 14 November 2014

Blogger Get Together : with Adaa's Inspiration

Bismillah..

[ Komuniti Blogger ]


image

Menarik segmen ini. Diinspirasikan oleh cik akak manis ni untuk merapatkan ukhwah sesama blogger. Maklumlah, dunia blogger ni kena rajin ziarah menziarah sebab 'rumah' kita misteri. invisible. Kena rajin-rajin kemas rumah dan ziarah jiran tetangga.

Segmen ni memang 'wajib' ikut serta untuk newbie blogger macam ku. Selain ada peluang untuk memenangi cabutan bertuah oleh tuan rumah, di sini ku dapat menambah point untuk blogcrawling bila ada masa nanti.

Disebabkan modem macam demam tak demam, jadi tak dapat sangat nak menjelajah entri Kak Adaa ni. Kak Adaa ni Shaklee Independent Distributor. Jadi, memang banyak tips dan ilmu berguna dalam blog yang lembut ni.

Antara entri yang ku tertarik sekali, berkenaan dengan Eczema. Ku dan anak-anak memang ada masalah kulit sensitif tapi mujurlah masih tidak di tahap yang mudarat. Cuma, sedikit payahlah bila dah mula naik merah, gatal-gatal dan air bisa tu. Semua nak kena jaga. Makan, minum, kawasan sekeliling, baju pun kena rebus, kena rendam air panas. Jadi dalam entri ni ada diberitahu vitamin apa yang diperlukan dan bagaimana ia bertindak.

Kalian boleh klikk! di sini : Eczema : Vitamin Apa Yang Sesuai

Untuk lain-lain info kesihatan, berkunjunglah ke blog ini. Mana boleh ku taip semua, jenuhlah. Takkan sama dengan yang original entri. (^^,)

Apa-apa pun, sesiapa yang bw di sini dari segmen yang sama, harap boleh tinggalkan jejak. Ku masih belum 'beli' perabot shoutbox, jadi dengan sukarela silalah menaip di ruangan komen untuk ku jejaki semula langkah kalian. No harsh (^-^)v


psstt.. Kak Adaa ni dah anak 3! tapi masih nampak muda lagi. *hihi*

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. salam hzinnirah, thanx join GA kak adaa..totally appreciate it..untuk semua yang join, kali ni kak adaa bagi token perkenalan ye..moga ukhuwah kita berterusan .. :D

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.. Papaglamz singgah dari segmen yang sama. Tahniah. Jom terjah Papaglamz.

    http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-segmen-blogger-get.html?m=1

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.