Jumaat, 14 November 2014

FF | Dia Yang Tak Pernah Lupa

Bismillah..

[ Fabulous Friday ]


Waktu mengalih siaran tv, tiba-tiba terhenti pada sebabak drama dalam sinetron Cinta 7 Susun. Saat itu, Mak Yanti dimarahi suaminya kerana terlalu mempercayai bomoh temberang hingga sanggup mengahwinkan anaknya dengan bomoh itu semata-mata demi memenuhi syarat agar si bomoh setia berkhidmat pada mereka dan tidak membantu orang lain.

Tapi, bukan hal bomoh temberang ingin ku highlight-kan, tapi ku sukakan bait-bait 'nasihat kecil' dari suami Mak Yanti yang berambut bergulung-gulung tak pernah buka tu *kelakar*. Seperti filem dan sinetron dakwah yang lain, ku lihat Indonesia pandai menyelitkan babak dakwah dan mesej kebaikan dengan cara yang santai, tidak berat dan mudah diterima.

Katanya :

"Kamu liat (lihat) 
ayam yang tidak punya otak itu 
pun bisa hidup! 
Allah itu tidak pernah lalai dalam memberi rezeki. Kalau mau rezeki lebih, berusahalah!"

Membuat ku tersedar, selama ini ku memikirkan ingin membantu Encik Q mencari rezeki lebih. Sedangkan Allah yang beri. Patutnya ku dahulukan Allah dalam segala hal, barulah usaha itu mendapat perhatian dari Allah.

Tidak semestinya rezeki itu kita dapat dari apa yang kita usahakan. Usaha itu hanya 'jalan'  tugas kita sebagai khalifah di muka bumi.

Kata Encik Q,

"Allah itu selalu ada. Kita sahaja yang selalu lupa.."


psstt.. Dia tak pernah lupa :')

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.