Rabu, 5 November 2014

Giveaway | Cuti Sekolah by JiwarOsak

Bismillah..


[ Cuti + Sekolah = Zaman Kecil ]

Bila sebut cuti sekolah, terbit senyuman halus dengan rasa kelakar, gembira dan sayu kecil di hujungnya. Zaman kanak-kanak. Bebas berfikir. Bebas menjelajah. Bebas belajar. Bebas mengekspresikan emosi. Mimik muka apa pun yang terloret, tiada yang mempertikaikan.

Waktu itu, member tak nak kawan pun dah rasa frust sangat. Ahli keluarga, saudara mara dan kawan adalah manusia paling baik dan sangat menyayangi ku. Dan cikgu disiplin adalah 'watak jahat' di dunia. Tiada manusia 'kejam' selain cikgu yang suka cubit selulit kat perut dan tarik sideburn budak-budak lelaki.

Teringat waktu cuti sekolah, semangat sungguh lagi-lagi bila ada kem atau lawatan ke mana-mana. Jiwa masih banyak ruang, passion untuk menerima sebanyak-banyak ilmu dan pengalaman masih membara. Sanggup berkelip mata buat muka kesian supaya aby umi tandatangan surat kebenaran lawatan sambil belajar.

Dari Kem Kepimpinan di padang sekolah hinggalah Kem Puteri Islam di Tasik Chini. *di mana Kak Shima sekarang ya? Semoga berada dalam kasih sayang Allah selalu..

Main anak patung kertas, tukar-tukarkan bajunya ikut fesyen. Punyalah sayang hinggakan kepala patung kertas tu dah tercabut, tampal semula dengan plaster! Main batu seremban, melompat-lompat di petak tingting (betul ke ejaannya??) Dan paling seronok main teka-teka perkataan mengikut huruf. Perkataan untuk nama, negeri, buah, benda dan makanan.

Ketawa, senyum. Tiada gusar dan resah......

[ Hilang ]

Hinggalah satu saat, masa bagaikan disentap dari hidup ku. Satu persatu hakikat ku telan, mahu tidak mahu. Ya, kehilangan kawan itu pedih tapi ada kehilangan yang lebih pedih tidak terungkap daripada itu. Mereka yang ada di sisi kita, jauh atau dekat, bukan semua menyayangi seperti yang kita rasa sewaktu dahulu. Guru disiplin rupanya adalah insan mulia dan maksud 'kekejaman' serta 'watak jahat' ..... Ianya berganda dari logik akal dan sangat menakutkan hingga mampu membuatkan tidur ku terganggu.

Perjalanan masih jauh.. Masih banyak hakikat yang akan terungkap satu persatu.. Apalagi selepas nyawa terpisah dari jasad saat nanti.. Hakikat terbesar tentang kebenaran azab kubur, Padang Mahsyar, Syurga dan Neraka. #AllahTolong (˘̩̩̩︵˘̩̩̩ƪ)

Dah feeling feelong tersedu pula. *gosokmata*

[ GIVEAWAY!! ]

Di atas tu hanyalah apa yang terlintas waktu ku terbaca perkataan 'cuti sekolah' dalam tajuk Giveaway ni.

Cheer up semula ya.

Sebenarnya nak ajak sama-sama siapa yang belum menjengah ke sini. Ada Giveaway! Khas untuk cuti sekolah ni. Walaupun cuti sekolah sekarang sudah tak macam dulu, ulangtayang balik memori dulu sambil menulis entri untuk Giveaway ni.

(Yalah, dulu cuti sekolah pergi kem, jalan-jalan, tak payah kelam kabut pergi sekolah. Sekarang, bila cuti sekolah, pening nak fikir adik-adik/anak-anak yang balik ramai-ramai, rumah bersepah dan fikir nak bawa depa jalan-jalan pula.. Dewasalah, katakannn..)

Entri sudah terpanjang, harap tidak 'menyemakkan' tuan empunya Giveaway (^^,) sekadar berkongsi rasa saat terbaca tajuk Giveaway ini.

[ Banner ]


Giveaway Cuti Sekolah
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com

Hadiah Terkumpul 
Cash : RM 360 
Topup : RM 195 
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponser

AbgferOz [63]| Mahadi Mohamed Arifin [/]| Yanty Lee [/]| Afzal Sukasuki [/]| Mawar Biru [/]| Cik Pjaz [/]| Ieta Mat Sa’ad [/]|Mohamad Nasir [/]| Yan Saflina [/]| Mohd Noor Shawal [/]| Dila KazUha [/]| Muaz Faris [/]| Helmi Julia [/]| Nadia Johari [/]|Suzlin Azreena Nordin[/]| Nurul Syarafina II [/]| Khaty Aiman[ ]| KyLe Kesha [/]| Cik Yaya [/]| Putery Memory [/]| Edo Hayra [/]| Delima Zamrud [/]| Karen Nisa [/]

Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Selesai untuk semua following Blog, Fanpage, G+ dan Instagram.

Tak salah mencuba, kan? Selamat memanfaatkan cuti sekolah kalian walaupun dah lama tinggalkan bangku sekolah (^^,) oh ya, kredit juga buat Sis Julia. Terus join lepas baca entri GA dari blog

psstt.. rindu Cikgu Siti Zaharah dan Teacher Ashikin
 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. terima kasih sudi menyertai GA ini diharap semua syarat telah dipenuhi :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. winner?? kena terjah blog abg feroz ni. tkasih ^^

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.