Rabu, 3 Disember 2014

Giveaway | Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Bismillah..

[ Banner ]




SITUASI 1


Majlis sudah bermula ketika kami tiba di restoran makanan laut itu. Terkejut ku melihat deretan makanan  laut yang sangat menyelerakan. Lupa sekejap pada anak kecil yang berbedung di tangan. Mujur ku sudah habis pantang, kalau tidak, menangis jugalah menghadap makanan ini semua tanpa dapat menjamahnya!

“Jemput makan, Zin.”

Ku melemparkan senyuman manis pada empunya hari lahir. Dalam hati, rakus ku menjawab, Of course-lahhhh..

Makin bersinar anak mata melihat kek keju pula yang menjadi ‘watak utama’ di meja makan. Suasana malam yang semakin larut diiringi bayu laut Indera Kayangan berpuput lembut namun sedikt menggusarkan ku. Anak kecil ini, Siti Fatimah namanya, betahkah menanti di dalam malam yang sejuk ini?

Baru memulakan acara memberi ucapan, Atim mula merengek. Ku menahan rasa di hati. Janganlah menangis waktu begini. Namun sungguh, anak kecil yang mula kelaparan manakan kisah apa yang mak dia tengah buat! Ku memandang sekeliling. Amat mustahil sekali untuk ku menyusukan dia di dalam suasana restoran yang begitu terbuka sekali apalagi masih ada beberapa meja yang dipenuhi pelanggan. Dengan berat hati, ku meraih kunci kereta dari Encik Q dan melangkah longlai ke arah kereta yang terparkir tidak jauh dari situ.

Lama. Lama! Atim menyusu sepuasnya bagai tidak mahu berhenti! Sedang di dalam hati, memanggil-manggil agar ku menyertai mereka semua di dalam majlis itu. Setiap kali ku memisahkan Atim dengan susu, tidurnya terganggu dan tangisnya meledak.

Oh, Tuhan!!

Ketika ku melangkah semula ke dalam restoran, mereka sudah hampir selesai makan. Sedikit sedih, ku duduk melihat sisa makanan. Inilah majlis pertama yang ku hadiri sejak bergelar seorang IBU. 

Entah selepas ini, bagaimana pula..
Dalam perjalanan pulang, Atim lena di riba. Senyap. Sungguh, ada rasa sedikit sesal kerana tidak sempat menikmati masa berharga bersama teman-teman sebentar tadi.

Burrpp..”

Bulat mata ku mendengar sendawa Atim yang bagaikan orang dewasa. Dalam tidurnya yang lena itu, semat lagi dia sendawa? Haih.. tanpa sedar, ku tersenyum diiringi gelak halus di hujungnya. Atim, Atim.. Ku sudah menjadi seorang IBU rupanya. Tanpa ku sedari, segala duka dan sesal tadi hilang dibawa pergi dengan hanya satu bunyi yang kelakar.

Mungkin kerana usia remaja ku yang agak mentah berbanding orang lain, ku masih ‘bergelut’ untuk menyesuaikan diri.

SITUASI II


Dengan tiket KTM Tanjung Malim-Rawang diselit antara jari telunjuk dan ibu jari, satu persatu anak tangga jejantas ku jejak dengan lelah. Penat sungguh mendukung sikenot yang debab ni. Nafas laju ku kawal dan senyuman ku lemparkan pada setiap orang yang berpapasan dengan ku.

Sampai sahaja di dalam koc wanita, ku melepaskan nafas lega yang teramat di kerusi paling hujung sekali, port terbaik bagi ku. Atim ku letak di sisi dan ku memejamkan mata menikmati angin dingin di dalam koc. Best giler!

Mendengar kekekan Atim, ku tersenyum lagi. Hilang penat lelah dan beban mendukungnya tadi. Manakan tidak, biarpun dia menyusu badan sepenuhnya tapi pada usia 3 bulan sudah memakai pampers bersaiz L!

Koc mula bergerak meninggalkan Tanjung Malim di belakang. Harap Encik Q sabar menanti di perhentian Rawang. Oleh kerana dia tidak sihat, ku gagahkan diri menyatakan ksediaan ku menaiki komuter sahaja daripada dia bersusah payah datang menjemput ku. Bagi ku, menaiki komuter jauh lebih mudah dan fleksibel.

Penumpang agak ramai memandangkan hari masih awal pagi. Pasti kebanyakan mereka hendak menuju ke tempat kerja. Oleh kerana Atim satu-satunya bayi di dalam koc wanita itu, maka dia menjadi perhatian beberapa penumpang. Senang ku melihat mereka bermain-main mata dengannya, mengacah dan mengusap kepalanya yang bertudung.

Alamak.. baru 10 minit perjalanan, Atim dah merengek minta susu. Mahu tak mahu, ku palingkan ke arah lain dan susukan dia. Terkejut mereka yang duduk berdekatan dengan ku.

"Lahh.. anak awak ke....."

Dan ku tersenyum pahit. Pahit dalam kemanisan :)

Walaupun penumpang semuanya wanita tapi rasa segan itu tetap ada. Namun, keperluan bayi ku adalah lebih penting. Adalah tidak adil ku mengenepikan hak anak hanya demi menjaga air muka ku.

SITUASI III


"Lama lagi ke nak bersiap?"

Rasa nak hempas pintu almari bila terdengar pertanyaan Encik Que di sebalik pintu. Bukan marah tapi pening kepala nak pakai baju apa!

Untuk ibu menyusu macam ku, baju-baju zaman 'normal' dah tak available.  Kalau yang berbutang depan pula, tak boleh warna cerah sebab kadangkala nampak kesan susu.

"Ibu?" terjengul wajah Encik Que.

"Ibu tak nak pergi."

==========



Dan banyak lagi situasi yang pasti ibu-ibu yang gigih menyusukan baby secara langsung seperti ku mengerti. Baju basah, susu simpanan rosak, menanti masa menyimpan susu badan ke dalam botol, nak panaskan lagi.

Banyak lagi situasi yang kadangkala buat ku rasa kasihan sangat pada anak dan down dalam diri sendiri. Kadangkala terpaksa menyusukan anak di dalam tandas! Lagi pula anak ku memang tak terima langsung puting botol susu (T_____T) namun Alhamdulillah tidak pernah terlintas di hati untuk menghentikan penyusuan secara langsung walaupun payah untuk keluar dan bergaul dengan orang lain.

Tapi, itu dulu.

Sekarang, kesedaran mengenai kepentingan susu ibu sudah semakin dipertingkatkan. Pandangan sinis masyarakat ketika menyusukan anak di tempat awam sudah berkurangan malah ada yang membantu.

Berbagai produk dan fesyen terkini yang memudahkan perjalanan seorang ibu yang mempertahankan keputusannya untuk memberi yang terbaik kepada anaknya.

Ya, cabaran ibu yang ingin menyusu secara langsung memang besar. Apalagi yang bekerja dan terpaksa bersengkang mata membuat bekalan sepanjang tempoh meninggalkan anak. Belum lagi saat menahan perit bila bengkak.

Jadi, untuk Giveaway begini, ku amat sokong ^^, Memberi semangat dan lebih kesedaran dalam isu ini. Dan sokongan yang kecil inilah ku kongsikan pengalaman-pengalaman yang sangat berharga bagi ku. Apapun yang berlaku, selagi mampu berilah bayi kalian hak mereka.

Sudah berlambak fakta-fakta yang terbaikk dalam penyusuan ibu. Tekan banner di atas dan blogwalking di blog-blog peserta. Di situ kalian boleh menambah ilmu tentang kepentingan anugerah Allah ini.

Siti Fatimah, ku susukan selama 1 tahun 10 bulan. Walaupun susu masih banyak tapi sebab waktu itu Qaid sudah mula mendiami rahim ku, terpaksalah ku kenalkan apa itu susu formula pada Atim.

Dan kini ku sedang menyusukan pula Qaid yang berumur 9 bulan. Kalau adik tak ada lagi, sempatlah susukan hingga 2 tahun nanti, InshaAllah ^^,

mencapai berat 9kg ketika berusia 4 bulan
hanya melalui susu badan ^^


psstt.. bayangkan setiap saat waktu tidur yang terganggu kerana susukan anak dan setiap titis yang masuk ke tubuh mereka itu, Allah kira sebagai saham yang kita boleh redeem di akhirat nanti. Keep calm and bf our babies!


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..tahniah dear...dah menang hadiah saguhati drp www.vitaminhouz.com

    info lanjut, boleh lihat link ini....:)

    http://www.vitaminhouz.com/2015/01/keputusan-pemenang-giveaway-special.html

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.