Ahad, 9 November 2014

Kesenian | Teater Transit Warga Tanah

Bismillah..


My Abe (^^,)

Siapa yang sudah menonton  teater yang mengungguli juara dalam pertandingan di Kedah, 2013 dan merampas anugerah Pelakon Terbaik Negeri Kedah serta Pengarah Terbaik Negeri Kedah 2013?


[ Siapakah Remaja Harapan? ]



PENGENALAN : melihat kepada keperluan yang dicari oleh segenap lapisan masyarakat, Remaja Harapan dengan penuh tanggungjawab ingin berkongsi satu cara dakwah yang moga-moga ianya menjadi anak tangga kepada satu perubahan masyarakat yang bersih melalui sistem kebudayaan Islam.

Moga-moga juga dengan permulaan yang kecil ini menjadi tunas hingga tumbuh bercambah kepada pihak-pihak yang lain juga untuk mencuba cara yang sama  ke arah membentuk satu model dalam kewujudan suasana cara hidup yang sihat di tengah masyarakat.

Remaja Harapan adalah hasil daripada himpunan individu-individu Muslim yang memiliki jiwa raga yang bercita-cita tinggi untuk merealisasikan cara hidup Islam sebagai asasnya dan juga sebagai panduan dalam kehidupan dan bermasyarakat, malah ia meruapakan tanggungjawab fardhu kifayah yang dibangunkan untuk memberi peuang dan ruang kepada masyarakat untuk mengetahui, menghayati dan melaksanakan cara hidup yang positif melalui kebudayaan Islam.

Ditubuhkan pada Januari 2005 dan dianggotai seramai 20 orang ahli daripada pelbagai bidang dan bakat seperti bernasyid, bermain alat muzik perkusi, teater Islamik,audia video produksi dan lain-lain.


[ Naskhah Teater Warga Tanah ]




 Pada saat orang lain bersorak di hadapan tv menyaksikan Gajah melawan Rimau (betul ke?), warga Festival Teater Malaysia 2014 (FTM) berdebar menanti keputusan pertandingan selepas 6 kumpulan mempertaruhkan naskhah masing-masing selama 6 hari, 26 Oktober - 1 November 2014.

Senarai naskhah di sini <--- klikk

TWT di Assalamualaikum TV Al Hijrah
Tercalon di dalam kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik serta Sinografi Terbaik membuktikan bakat dan kebolehan ahli-ahli di dalam kumpulan remaja ini biarpun tiada latarbelakang kesenian seperti Aswara dan lain-lain. Hanya pengalaman menjadi sijil. Inilah Universiti Kehidupan (UK).

Ku adalah salah seorang saksi yang melihat turun naiknya Remaja Harapan. Teater kecil-kecilan mereka sentiasa mendapat sambutan dan ke-kreatif-an mereka dalam memberi keseimbangan dalam barisan skrip apabila acapkali ke hadapankan isu yang berat dalam suasana santai dan penuh dengan humor yang tidak keterlaluan. Humor berminda.

Bermula dengan props menggunakan kotak dan kertas hinggalah sudah boleh bawa motor sebiji ke atas pentas. Dan kini, momentum yang ada mereka gunakan sebaiknya dengan memberi rasa awesome pada penonton apabila lumpur asli-original menjadi sebahagian dari props utama. Motor, sofa, lantai dilumuri lumpur termasuklah seluruh tubuh mereka!

Kredit buat Remaja Harapan untuk keberanian ini.

sesi latihan..

[ Team Produksi ]


Penasihat : 
Encik Zainuddin Arsat

Pengurus Produksi : 
Encik Mohd Azam Radhi

Pengarah : 
Abu Hurairah Roslan

Pengurus Pentas : 
Zuhair Abu Zarim

Pelakon : 
Abu Hurairah Roslan (Sang Peringat)
Suhaimi Zakaria (Si Petani)
Mohd Rizal Rosli (Orang Kaya)
Fakhruddin Arrazi (Orang Tua)
Muhd Reza Mahar (Dewasa)
Zunnun Al Misri (Sang Perintih)
Nur Izzah bt Hashim (Ibu)

Pelakon Cilik Tapi Power :
Abd Ghoffur bin Rizal

Pemuzik : 
Muhd Bukhari Abd Rahman
Syed Muhd Zarkasyie

Penata Cahaya : 
Fidauddin Khalidan
Mazlat Mat Razi
Muhammad Nidzam Azha Aznan

Pereka Set/Kostum : 
Jabir Salim
Anas Azri

Fotografik/Multimedia :
Afdhal Suhaimi
Hanzalah Ahmad Zaharie

Krew :
Omar Abd Aziz
Abu Dzar Zaki
Termidzi Md Noor

Dan inilah keputusan pertandingan teater :

KEPUTUSAN FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2014:


Juara FTM 2014
Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak
Naskah: Penggali Intan

Naib Juara FTM 2014
Grup Teater Lab, Universiti Malaysia Sabah
Naskah: Vito Il Mafioso

Ketiga FTM 2014
Kelab Teater Rimba, Universiti Kebangsaan Malaysia
Naskah: Alahai Menantu!!

Pengarah Terbaik
Abdillah Untong
Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak
Naskah: Penggali Intan

Anugerah Khas Juri
Kumpulan Teater Remaja Harapan, Kedah
Naskah: Transit Warga Tanah


Pelakon Wanita Terbaik
Yuhana Mohd Yusof
Kelab Teater Rimba, UKM
Naskah: Alahai Menantu!!

Pelakon Lelaki Terbaik
Malek Hassan
Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak
Naskah: Penggali Intan

Pelakon Pembantu Wanita
Haslina Hasbi
Persatuan Seni Persembahan Sifar, Sarawak
Naskah: Penggali Intan

Pelakon Pembantu Lelaki
Muhamad Nur Yusof Rosli
Kelab Teater Rimba, UKM
Naskah: Alahai Menantu

Pelakon Harapan Wanita
Shakirah Fikri Abazah
Kelab Teater Rimba, UKM
Naskah: Alahai Menantu

Pelakon Harapan Lelaki
Shafik Sofian
Grup Teater Lab, UMS
Naskah: Vito Il Mafioso

Sinografi Terbaik
Grup Teater Lab, UMS
Naskah: Vito Il Mafioso


Liputan keseluruhan dan keputusan penuh di sini

Walaupun tidak mencapai gelaran Juara namun Anugerah Khas Juri berjaya memartabatkan semula persada teater dakwah yang diperjuangkan oleh kumpulan Remaja Harapan.

Begitu juga, kalah menang bukan ukuran samada cita-cita perlu diteruskan atau tidak. Kemenangan adalah batu loncatan, kekalahan adalah ilmu dan sijil baru bagi mereka.

Sungguh kita dilambakkan dengan teater yang kadangkala gempak tapi tiada isi. Tidak kurang juga yang berunsurkan keduniaan dan asam garam kehidupan tanpa dikembalikan kepada hakikat kehidupan itu sendiri; hakikat hidup bertuhan, hidup selayaknya seorang hamba. Malah, sebelum ini isu teater dakwah kurang mendapat perhatian pihak penaja juga pernah timbul. Di mana keprihatinan kita?

Dalam temuramah tidak rasmi ku bersama watak Sang Peringat yang dibawa oleh Abu Hurairah yang juga salah seorang dari anggota kumpulan nasyid If-One, beliau berkata, tinggi harapan persatuan teater untuk mereka mengekalkan background dakwah di dalam setiap bait-bait skrip dengan sokongan padu melalui Anugerah Khas Juri tersebut .


khusyuk Qaid membaca poster

Berbalik kepada keputusan pertandingan, ku akui dengan ulasan yang diterbitkan di dalam akhbar Sinar Harian oleh wartawan Nor Atieyah Yusoff di mana penghujung ulasannya memberitahu, walaupun skrip kuat, jalan cerita yang menarik namun penyampaiannya agak longgar.



Jika hendak dibandingkan dengan persembahan saringan pertama di Kedah, Warga Tanah agak kurang bisanya. Bagi ku, antara faktor lahiriahnya dapat dilihat di sini :

:: Pertukaran pelakon ::


Bayangkan, 3 orang pelakon antara teraju utama, terbang ke Dubai pada saat-saat hampir ke tarikh pertandingan dan ditukarkan dengan 3 orang pelakon baru yang mungkin bagi ku masih 'bergelut' dalam mencari chemistry antara skrip dan selaman watak. Mereka cuba mendalami watak dalam masa yang sama merangka-rangka skrip untuk diterjemahkan seiring dengan masa dan bahasa tubuh yang bersesuaian.

Ada beberapa waktu, rasa tercari-cari apakah yang hendak disampaikan oleh watak sekian sekian. Ada pula waktu, dialog seakan berulang biarpun lain susunan ayatnya. Namun, keseluruhannya, lakonan mereka tetap terasa 'isi'nya malah ulasan sebahagian penonton yang lain, mereka tidak merasakan pertukaran pelakon itu terlalu ketara malah ada yang tidak merasa langsung akan perubahan itu!

Watak Orang Kaya

:: Kesilapan Teknikal ::


Sejujurnya ku sangat kecewa apabila soundtrack utama berlirikkan..

"Bangkitlah.. Bangkitlah jadi diri mu.." (dapatkan CD Soundtrack WT untuk lagu penuh)

.. ianya tercicir. Tidak kedengaran. Bagi ku, itu adalah salah satu elemen utama untuk memperjelaskan situasi yang sedang berlaku di saat itu.

Begitu juga permainan lighting dan kesilapan Pengacara mengumumkan tajuk teater.

:: Mental Semata ::


Makluman semua, Remaja Harapan adalah kumpulan all-in-one di mana merekalah yang mencari dan tukang susun atur props, merekalah penulis skrip, merekalah pengarah, pengurusan media, susunan babak, merekalah pelakon dan mereka jugalah pengarahnya!

Menurut Ustaz Abu Hurairah, situasi mereka amat berbeza sekali dengan kumpulan teater yang lain. Di mana pelakon hanya berlakon, susun atur props adalah orang lain. Maka, sungguh di saat persembahan dipersembahkan, keadaan fizikal mereka sudah kehilangan hampir 80% tenaga. Hanya dikuatkan dengan mental dan jiwa yang bersemangat.

Di sini ku memberikan bintang kepada kumpulan ini kerana jika tidak diberitahu tentang hal ini, tentu para penonton tidak menjangkanya disebabkan walaupun penyampaian yang agak longgar tapi auranya terasa dan mesejnya sampai malah begitu memberi kesan. Mampu membuatkan penonton terdiam seketika, memikirkan nasib diri, muhasabah dalam kesuraman panggung teater.

*teringat wajah penat mereka mengemaskan props selepas pengunjung beransur pulang. Semoga Allah meletakkan saham akhirat besar buat kalian di situ.

Mesejnya padat dan begitu ketara memberi kesan di hati.  Apa yang kita bawa untuk akhirat nanti? Kita.. Kita semua tidak kira siapa kita. 

Dari tanah kita datang,kepada tanah kita akan dikembalikan, 
dan dari tanah jugalah kita akan dibangkitkan kerana..kita adalah..WARGA TANAH!


bersama ketua juri,Encik Meor Hashim Manap

[ Soundtrack TWT ]

Soundtrack album Transit Warga Tanah sudah diterbitkan dengan harga yang sangat-sangat murah, RM10 sahaja. *mukaserius*

NEW ALBUM WITH 'RARE' SOUND...

PROSES RAKAMAN YANG LUAR BIASA...

TERBITAN : POCHAN STUDIO

MIXING BY : ZAINUDDIN ARSAT

PRODUCER : ABU HURAIRAH

MUSICIAN : BUKHARI DAN RIZAL

SOUND BY : KRK MONITOR SPEAKER
BEHRINGER TX

ALBUM TITLE : SOUNDTRACK WARGA
TANAH

DENGARKAN SINGLE 'DIRIKU DARIMU'
SERTA 'YANG BERCEMETI'


*untuk soundtrack penuh atau anda yang ingin tahu tentang teater ini dengan lebih lanjut, bolehlah pm di inbox Abu Hurairah Asifa ( Facebook) atau RH Teater Group



[Sekitar Malam Persembahan ]



baru berselfie, tiba-tiba pengumuman dilarang berselfie
diumumkan. *hihi*

hati-hati.. ada yang memerhati..

Tidak dinafikan, pasti ramai yang kecewa apabila tidak menyandang juara namun bagi ku ini hanyalah permulaan. Bukan mudah peluang begini hendak datang malah kumpulan ini direzekikan pula mengikuti bengkel teater dan sepanjang tempoh itu, identiti mereka yang tersendiri pasti akan terserlah di mana ianya adalah pengenalan siapa Remaja Harapan itu sendiri selepas hampir 9 tahun bergerak sendiri. Masakan 9 tahun lagi tidak boleh dinanti?


Malah, kini Remaja Harapan mendapat gelaran Songkokman pula oleh June Tan, Produser Five Art yang turut menjadi penceramah di dalam bengkel teater tersebut.


songkokman!

Syukur kepada Allah SWT serta selawat dan salam buat junjungan, Rasulullah SAW.


Abe bersama umi dan aby yang banyak berjasa.
bakat umi dan aby-lah tu..

[ Sekalung Penghargaan ]


ku rakamkan di sini sekalung penghargaan dan terima kasih kepada :

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah
Kumpulan Generasi Harapan
Kelab Sukarelawan Islam Malaysia
GISB Holdings
Persatuan Pneggerak Warisan Budaya Negeri Kedah (AKRAB)
Persatuan-Persatuan Teater Negeri Kedah
Studio Ikhwan
Pochan TV
The Khalifah Media
Ikhwan Corner Alor Star
Sabun Ikhwan
Rezz Serbaneka
Abu Haniff Printing & Service
Donat Permata Hatiku

Para Pelakon dan Tenaga Produksi
Dan semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan pementasan teater ini.


Seni dan kebudayaan, inilah medan dakwah, salah satu ruang dan peluang yang Allah bagi. Ku sokong usaha yang berkisarkan dakwah dan ilmu ini. Semoga ada kesedaran dalam diri kita semua dalam memanfaatkan apa yang Allah beri kita pegang sekarang. Aaminn..

krikk.. krikk.. Yalah, yalah.. ku tahu banyak gambar Sang Peringat saja. Sebab ku segan nak ambil gambar pelakon lain.

Lain-lain gambar kredit pada Sang Peringat

..dan sebenarnya entri ni ajet-ajet konon nak jadi pengulas ala-ala pengkritik filem. ampun maaf andai ada yang tidak senang dengan isi kandungan entri ini (^^,)

Psstt.. Go go, abe! 10 kesakitan, 1000 rahmat.


 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

  1. Power, panjang lebar dan brbakat... Truskan menulis... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukran sudi berkunjung dan membaca hingga ke bawah. Semoga medium ini digunakan sebaiknya. Semoga Allah tak tarik balik nikmat ini

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.