Isnin, 3 November 2014

UK | The Proposal | Ku Dilamar

Bismillah..

[ The Proposal ]
Kredit : En Fotografer

"Zin."

"Hah?"

Aish.. Sejak dua menjak ni, rajin depa sebut nama ku. Ku hampiri Kak Shidah. Di sebelahnya, ada seorang rakannya sedang ralit memainkan jari di atas papan kekunci komputer riba miliknya.

"Ada gambar sendiri tak?"

Terangkat kening ku. Err.. "Nak buat apa?"

"Saja, Kak Shidah nak cuci gambar kita semua letak dalam satu album," Maritha menyampuk.

"Ada tapi dalam mp4."

"Fb tak ada?"

Ku sengih. Ya, buta IT. Baru nak kenal youtube waktu itu.

"Meh sini, cucuk kat laptop," kawan Kak Shidah menghulur tangan.

"Err.. Banyak viruslah. Sebab download straight dari internet terus ke dalam mp4. Cucuk kat CC pun kelip-kelip komputer tu," ku menjawab, jujur sambil mengerutkan dahi melihat Maritha menggodek library mp4 ku.

"Haa.. Gambar tudung putih ni!" Semangat Maritha tunjuk pada Kak Shidah.

"Takpe, takpe. Ada antivirus Jackie Chan dalam laptop ni. Jangan risau." Kak Shidah memberi jaminan. Anti-virus? Jackie Chan? oh, Kaspersky kut.. Ku angguk buat-buat faham. 17 tahun, takkan tak kenal anti-virus kuttt..

Kabel cucuk sini, sambung sana, tekan butang on, media transfer dan...

TUPP!!!

Komputer riba terpadam sendiri. Shut down!

"Dah cakap dah......"

(=_=") akhirnya yang rasa serba salah, tuan empunya virussss jugak. Masuk wad-lah komputer riba tu..


==========




Jam mula menunjukkan pukul 12. Penat menyusun stok yang baru sampai, kami lewat menutup kedai. Sejak mula berpindah praktikal dari kilang air bikarbonat kepada pasaraya, waktu untuk berehat lebih fleksibel berbanding dulu. Jadi, memang aku takkan lepaskan ruang untuk berehat walaupun seminit.

Aku dan Balqis dah berselubung dalam selimut. Malas nak join Kak Shidah, Maritha, Kak Chah, Mubaraqah dan Iyah yang bersembang di ceruk bilik. Entah kenapa malam ni depa terlebih gosip. Biasanya dah terlentok semuanya. Ahh.. Tidurlah wahai mata. Lewat tidur, alamatnya tahajud entah ke mana nanti.

"Zin." Maritha panggil.

"Zinnirah." Kak Shidah pulak.

"Zinnnn~~" panggilan versi Kak Chah meleret sikit.

"Kak Zin." Iyah pun.

"Kak Zin."

Bila dah Mubaraqah pun panggil, aku bangun jugak tolak selimut ke kaki. Bengkak hati bila mata dah nak lelap tapi ada orang main seru-seru nama kita.

"Apa....?" Mendatar aku menjawab.

Aku perasan sengih Kak Shidah lain macam, Kak Chah gelak tanpa suara, duk tekup-tekup mulut tapi aku malas ambil pusing. Mengantuk yang amat.

"Kak Shidah nak online sekejap lagi. Dia nak upload gambar raya tapi tak ada gambar raya kita semua," jelas Maritha. Walaupun dalam hati terdetik juga, online apa kebenda tengah malam buta tapi aku angguk sajalah. Memang aku akui, aku bukan setakat rabun mata tapi rabun IT. Takdelah buta IT. Samar-samar sikitlah lagi-lagi tentang media sosial.

"Jom ambil gambar raya! Kita pakai baju raya yang syarikat belikan untuk staff tu."

Buntang mata aku bila dengar ajakan Maritha. Dah 12.30 tengah malam kot! Ughhh..

"Malasnya...... Korang ambillah. Mengantuk.. Dah la satu hal nak kena iron lagi." Aku mula berura-ura nak tarik selimut.

"Ehhhh!! Takpe! Kak Zin takyah buat apa-apa! Biar saya gosokkan baju Kak Zin," Mubaraqah buka tawaran. Aik, rajin bebenor budak ni.

"Hah, Iyah gosok tudung!" Kak Shidah menalakan telunjuk pada Iyah yang nampak keberatan tapi bila berbalas pandang dengan aku, laju dia mengangguk.

Apalagi, dah bersungguh-sungguh sangat, bangun jugaklah. Terang benderang bilik kami. Balqis pun kena paksa bangun jugak. Ambil gambar sekali. Segar bugar mata tengok depa bersiap sakan macam esoknya nak raya sedangkan raya dah sebulan berlalu. Sungguh, aku tak dapat tangkap langsung agenda sebenar depa malam tu. Tepat betul timing depa. Saat aku mengantuk dan malas nak fikir apa-apa.

Sakan kami bergambar tapi banyaknya depalah. Lagi-lagi Maritha, siap bergambar dengan cermin mata putih ku. Sudahlah tak berbedak apa pun, muka lemau kepenatan. ku banyak cilok, menyendeng kat sofa. Mengantuk!!

Sebelum habis 'sesi photoshoot', tiba-tiba Kak Shidah tarik ku suruh duduk bersimpuh atas katil tetamu. Cantiklah, kan. Macam cadar pengantin sebab bilik tempat kami berposing tu bilik tamu VIP.

"Alamak, Zin.. Dah macam orang nak bertunang la!"

"Haah la.. Ayu semacam je."

Terkekek-kekek depa gelak, ku tak hiraukan. Memang tak terfikir apa langsung sedangkan malam itulah kisah sebenar aku bermula. Lembabkah ku? Dush..

==========

Seronok rasanya hari ni sebab dapat relaks lebih sikit. Malas nak hadap muka supplier, customer kulit hitam yang suka buat muka gula. Bahasa Melayu yg depa arif, "Diskaun, boleh kak?" Amboii..

Belum lagi customer yg suka mencilok. Penat mata kita tengok dia saja. Kadang-kadang nampak dia ambil barang tapi tak berani nak panggil balik kalau staff lelaki tak ada waktu tu. Alahai kerja.. Ujian sungguh.

Buku nota kelas pagi tadi ku tutup. Walaupun esok ada kuiz, ku lebih cintakan bantal di waktu ini.

Aku pandang Kak Shidah dan Maritha yang khusyuk bercakap dgn seseorang di telefon bimbit. Bertukar-tukar tangan, dekat-dekatkan kepala nak dengar sama-sama.

TUPP!

Lampu terpadam, hanya tinggal biasan lampu dari luar. Balqis menguap besar dan mengambil tempat tidak jauh dari sisi aku dan terus selubung sampai ke muka. Bila dah malap, ku pun baringlah. Baik tidur awal, esok boleh bangun awal lebih sikit.

"Selamat malam, Qis."

Tiada jawapan. Entah angin apa budak ni, masam saja dari Maghrib tadi. Biarlah.. Nanti-nanti eloklah tu. Bukannya budak kecil nak digula-gulakan.

"Zin, Kak Olah nak cakap." Kak Shidah merapat sambil menghulurkan telefon Nokia 'Sabun' pada ku. Ugh, ku duduk tegak. Gerun sikit bila dengar nama Kak Khaulah yang peribadinya agak tegas.

"Assalamualaikum. Ya, Kak Olah?" Perlahan ku bersuara.

"Haa! Ni Zin, Kak Olah nak minta tolong ni. Buatkan skrip, boleh?" Ceria suara Kak Khaulah di sebelah sana.

Memandangkan ku baru selesai buat skrip waktu Raya Haji tempohari, rasanya otak ni masih boleh berfungsi lagi. Makanya ku bersetuju. Segera ku capai pen yang memang ku sediakan di dalam poket beg. Kak Chah semangat pergi bukakan lampu walaupun suis lampu berada di luar bilik sedangkan sebelum ni liatnya kalau nak minta padamkan lampu. Sungguh, ku tak pandang langsung Maritha, Kak Shidah dan Kak Chah kat tepi, sibuk menyendeng.

"Pembukaannya.."

Pen bergerak seiring dengan ayat yang dituturkan Kak Khaulah. Sepenuh perhatian ku berikan supaya tidak perlu mengulang tanya; satu perkara yg tidak manis dilakukan.

"Allah jadikan makhluknya ini berpasangan. Macam manusia, lelaki pasangannya wanita."

"Hmm.." Dalam kepala, terbayang yang skrip ini berkisarkan perkahwinan di dalam Islam. Mungkin akan ketengah isu-isu perkahwinan.

"Bab 1."

Oh, dah bab 1. Makin laju ku menulis.

"Bab 2."

Sepenuh perhatian ku mencatit sambil merangka-rangka jalan cerita sehinggalah Bab 5.

"Maka menangislah syaitan setiap kali ada anak Adam yang berkahwin kerana tertutupnya salah satu pintu dosa-disa besar yakni zina. Dan kini, penutupnya.. Andai kamu ditakdirkan kahwin sekarang, kamu setuju tak?"

"Oo.. Ni nak buat dialog ke? Maksudnya cerita ni tentang sebelum nikahlah?" Ku bertanya dalam fokus yg masih tertumpu pada skrip

"Ya Allah.. Kak Olah tengah tanya kamu ni, kamu setuju tak kalau kamu kena kahwin tahun ni?"

Diam. Beku. Rasanya otak macam terbejat. Automatik akal rasa diawang-awangan. Ku pandang Kak Shidah, Maritha dan Kak Chah yg tergelak-gelak dari tadi. Cuba menangkap apa yg sebenarnya sedang terjadi. Drama apakah?

Cissss!

"Kak Olah tengah 'melamar'lah, Zin," Maritha menarik fikiran ku yang sudah 'terapung' sedari tadi. Melamar.. What???!

"Kak Olah bukan nak buat skrip ke?" Ku bertanya polos. Di hujung talian, terdengar gelak tawa halus. Cis, depa gelakkan ku sebab ku blurr teruk. Manalah tak blur! 'Melamar' apa entah koboi macam ni! Tak aci.

"Apa ni......." Haaa.. Suara dah lain macam sebab ku rasa macam tak faham apa yang sedang berlaku sebenarnya.

"Kak Olah tengah carikan jodoh untuk seorang ni. Nampak Zin macam sesuai. Sebab itulah Kak Olah tanya Zin dulu sebelum tanya mak ayah Zin. Kalau Zin tak nak, Kak Olah tak naklah gempakkan Cik Ina dan Cik Lan."

Blur. Sungguh ku blurr. 'Kuasa' sebuah lamaran memang berjaya buat ku termangu, terkelu, terr terr terr.. Patutlah kalau dalam drama ku selalu tengok orang perempuan ni kalau dilamar, dia akan tercengang bangang, terkelu tak tahu tak cakap apa. Mujur Allah ciptakan sistem 'angguk dan geleng'. Senang nak jawab sebab lidah memang akan terkeras, terbisu, terkelu (lagi) gitulah.

"Zin!"

"Haa!" Dengan ku sekali terjerit. Mengelamun tak tentu pasal.

"Jawablah cepat. Habislah kredit Kak Shidah tu!"

"Err.. Err.. Kak Olah! Emmm.. Saya ni muda lagi. Masih bawah tanggungan mak ayah. Kak Olah tanyakan mak ayah saya dulu. Saya ikut je apa diorang putuskan. Tau? Ok. Assalamualaikum."

"Lampu hijau!" Ku dengar Kak Olah bersuara entah cakap dengan siapa. Ehh.. Lampu hijau? Dah macam ku setuju pulak. Ku setuju? Bila masa?! Tapi, otak macam dah senget sikit, terus ku matikan panggilan dan serahkan semula Nokia 'Sabun' pada Kak Shidah yg bersinar matanya. Sinar tak sinar, ku hanya fikirkan satu benda. T.I.D.U.R.

Dan waktu itu, baru ku faham erti kebisuan Balqis. Siapa tak sedih bila kawan kamceng kita nak kahwin, kan? Sedih dalam gembira. Tapi, Balqis pun dah ada anak pun sekarang (^^<) 

kesinambungannya, itulah antara lamaran terawal yang membawa ku medan ini.
Medan yang penuh cabaran dan dugaan namun tidak kurang juga dengan pengajaran dan kemanisan.
Terima kasih, Allah, atas kisah ini :')

Dan di sinilah ku sekarang. Menjadi seorang isteri dalam serba kekurangan.
Semoga ku dibantu menjadi serikandi dan bidadari.
 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

1 ulasan:

  1. salam you..kathy dah follow belog sis..ok je sis kalau nak join.. tak ada tarikh tutp,buat je entri cabaran tu slow²..time² tak ada idea boleh ikut cabaran tu..

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.