Ahad, 9 November 2014

Musafir | Sewa Bas RM45.50 Sahaja

Bismillah..

[ Murah Bak Hangg] 


Beberapa minggu lalu, ku dan adik berdua bersama Qaid yang berusia 8 bulan, 2 minggu 2 hari, dalam perancangan menziarahi kakak sulung kami di Batu Pahat.

Percaya atau tidak, kami 'menyewa' satu bas dari Terminal (TBS) ke Batu Pahat hanya bertiga sahaja dengan nilai RM45.50. Bak kata Encik Driver,

"Untunglah, berdua tapi sewa satu bas.." *nadamenjengkelkan* maaf pakcik.

Sebelum itu, Encik Driver nampak barang kami (2 Bagasi + 1 Beg Sandang + 1 Beg Petak Plastik besar saiz 2 bagasi + 1 Beg Makanan) katanya,

"Fuyyo! Banyaknya barang kau!" Lepas tu, angkat tangan pada penjaga Gate dan terus berlalu. Hmmphh.. Ingatkan nak tolong. Sakit pinggang ku mengangkut satu persatu. Si penjaga Gate, ingatkan nak tolong juga. Beg Petak Plastik tu berat Ya Rabbi tapi rupanya hanya minta tiket untuk di-scan. Mungkin tak cukup rehat, monyok sahaja mukanya. Senyum pun payah. Kasihan, berat kerjanya.. Semoga bahagia selalu ya, pakcik-pakcik sekalian.

Dalam pada itu, kami sendiri tak percaya betul ke hanya kami berdua, ternanti-nanti juga jika ada penumpang lain. Mana tahu bas ini singgah di stesen lain namun sampai ke tol Pagoh, masih tiada sesiapa yang naik. Akhirnya, bas menggunakan jalan dalam, lebih jimat memandangkan kos tiket kami berdua pun lebih dari duit minyak bas itu sendiri.

Sudahlah taraf bas memang di tahap selesa, kami siap pilih memilih tempat duduk. Sekejap di kiri, sekejap kanan. Silau sikit, tukar kedudukan. Amboi sangat.

ajet-ajet insan kaya

[ Alhamdulillah ]


Selesa dan lancar walaupun dilanda hujan + petir ketika melepasi Pagoh. Tidak cukup dengan itu, Qaid tidur sepanjang perjalanan. Perut pula kenyang dengan bekalan sandwich sardin dari umi, terima kasih umi. Tak perlu keluarkan duit untuk makan lagi.

payah betul gendut ni nak tidur.
berlawan dengan mata yang nak tertutup

Benarlah, permusafiran yang dimulakan dengan 'Dengan nama Allah', inshaAllah dipermudahkan. Andai ada kesusahan pun, kerana Allah mahu memberi sesuatu ganjaran kemanisan nanti.

Musafir : perjalanan dari satu tempat ke suatu tempat tertentu melebihi 2 marhalah (lebih kurang 90 KM) dengan tujuan kebaikan dan memberikan manfaat.

Merujuk kepada Wikipedia :

Musafir Menurut Syafie (huraian)

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah (60 batu), maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira melebihi dari 60 batu.

ADAB SEBELUM BERMUSAFIR


- Berdoa memohon petunjuk Allah supaya menolak berlakunya kezaliman.

- Menjelaskan semua hutang.

- Sediakan bekalan secukupnya.

- Sediakan nafkah untuk tanggungan yang ditinggalkan.

- Mengucapkan selamat tinggal.

- Berniat untuk melakukan kebaikan.

ADAB SEMASA MEMULAKAN BERMUSAFIR

- Keluar pada awal pagi.

- Meninggalkan pesan yang baik.

- Melantik seorang ketua sekiranya ahli musafir melebihi 2 orang.

- Berdoa ketika memulakan perjalanan dimulakan.

- Menunaikan solat sunat.

ADAB SEMASA BERMUSAFIR

- Menentukan arah kiblat.

- Banyakkan berdoa.

- Sentiasa mengingati Allah.

- Tidak merosakkan alam sekitar.

- Tidak pulang pada waktu malam.



credit Aku, Musafir
 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah.. semoga Islam yang mudah itu, mudah diamalkan

      Padam
  2. Alhamdulillah slamat smpai .. :)
    Pak cik .. pak cik ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik tu memang pakcik kan.. waktu kami hop off pun dia tengok saja saya angkat satu2 begnya. haihh.. marah nampak

      Padam
  3. wah bestnya conquer bas tu ahahaha

    BalasPadam
  4. hi saya ingin sewa bus ke batu pahat from JB berapa harga untuk 15 orang sila email saya di alamat zarinahboniran@gmail.com.

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.