Sabtu, 8 November 2014

Tips | Mengurangkan Bajet Perkahwinan Dengan Bijak

Bismillah..

[ Perkahwinan Hanya Langkah Pertama ]

bila dua insan berbeza menjadi satu..
itulah perkahwinan.

Oleh sebab kita semua maklum perkahwinan bukan setakat merisik-meminang-bertunang-nikah-sanding -bayarhutang.. Eh?

Sebaliknya akad nikah itu adalah titik permulaan untuk perjalanan beribu-ribu, berjuta-juta batu. Ibarat kita hendak bermusafir, baru hidupkan enjin. Takkan baru nak masuk highway dah nak bergaduh samada nak guna highway atau jalan dalam? Iya? Akhirnya seorang ikut highway seorang ikut jalan dalam. Sanggup turun dari kereta yang dikongsi bersama daripada mengorbankan perasaan yang tidaklah membawa maut pun sedangkan destinasi sama sahaja.

Berbalik pada tajuk asal, inilah nota buat diri yang ingin ku kongsi pada sesiapa yang bakal berkahwin dan sedang menarik rambut mencongak bajet perkahwinan.

Entri ini khas untuk yang mempunyai bajet terhad atau yang ingin mencari jalan memeriahkan majlis tanpa perlu berbelanja besar.



[ Cincin ]

Pernah tengok drama lagi-lagi drama korea? Si hero petik bunga bertangkai panjang, diikat pada jari manis heroin. Nampak betapa lebarnya senyuman heroin, bertambah tersipu malu. Rasa romantik, dihargai dan disayangi biarpun hanya bunga yang akan layu.

Inikan tidak. Mahunya cincin beribu, terketar suami nak sarung ke jari. Bukan sebab cemas menghadap lafaz akad tapi dek kerana fikir hutang yang perlu dibayar atas 'harga cinta' di jari isteri.

Tidak salah jika cincin murah pun. Siapa peduli? Orang lebih peduli berapa lama hubungan berkekalan. Isteri lebih peduli kesetiaan suami. Suami lebih peduli ketaatan isteri.

Kalau ada yang peduli tentang harga cincin? Err.. Tak matang lagi kut..mungkin.

Cincin hilang boleh dimaafkan.
Ketaatan yang hilang?
Kesetiaan yang hilang?

Mungkin berpisah, nauzubillah..



[ Mekap ]

Untung mengupah make-up artist ni, mereka ada ilmu dan boleh 'mencorakkan' wajah kalian berdasarkan tema dan boleh mengubah gaya mekap mengikut bentuk wajah. Kebiasaannya bahan mekap yang digunakan adalah original dan warnanya tidak mudah pudar biar di dalam majlis berjam-jam.

Tapi bagi ku, tidak salah sekiranya mekap ini boleh ditukarkan kepada sistem do-it-yourself (DIY). Rata-rata tutorial mekap boleh didapati dengan mudah. Ini untuk kalian yang berkeyakinan dan mempunyai alat mekap yang lengkap ya :)

[ Persalinan Pengantin ]


Belanjalah ikut keperluan. Kalau nak sewa baju, pilihlah material yang kemas. Tak perlu sarat berlabuci untuk pernikahan. Rata-rata ku lihat, persalinan pernikahan ringkas dan ada yang memakai baju kurung plain tapi dinaikkan serinya dengan selendang berbatu. Dan persandingan, dress labuh dan dinaikkan seri dengan mekap dan perincian pada selendang atau aksesori. Jangan risau. Percayalah dengan seri pengantin kalian!
Lagi best kalau kalian ada baju warisan. Tak perlu berbelanja lebih, hanya perlu alteration serba sedikit. Untuk lelaki, tiada tajak pun tak mengapa. Bukankah bersongkok itu manis? Boleh pakai waktu jadi imam lepas kahwin lagi, kan.

[ Kek Kahwin ]

Ini bukan syarat wajib pun namun tidak salah jika kalian menghidangkannya. Menambah seri. Melalui pengalaman adik ku, kahwinnya kek yang cukup simple dan murah tapi dua tingkat. Yang penting, luarnya menggunakan fresh cream biarpun dalamnya hanya kek span biasa. Jadi, kek murah yang nampak mahal dan sedap tidak menghampakan.



[ Hantaran ]

Ada banyak pilihan untuk ini.

*samada kalian membeli barang hantaran dan membayar upah gubahan + bahan gubahan atau..
* membeli barang hantaran + bahan gubahan dan hanya membayar upah gubahan atau..
*pergi shopping barang dan bahan gubahan bersama adik beradik, saudara mara atau kawan, dan gubah bersama.

Ku lebih sukakan cara ketiga. Banyak kebaikannya terutamanya masa yang kita luangkan itu dapat mengeratkan hubungan dan meninggalkan lebih memori dalam perkahwinan kita. Nanti sudah kahwin, masa sudah agak terbatas. Bila lagi nak berkumpul bersama. Itulah upah gubahannya, kan? Kasih sayang.

Gubahan? Jangan risau.. Internet sudah ada, kan? Try and error, tidak salah mencuba.

[ Khemah/Sewa Dewan ]

Pada pandangan ku, selesa jika perkahwinan itu diadakan di rumah pengantin sendiri. Sewa khemah pun tidaklah mahal sangat. Atau sewa terus dewan sekali dengan kerusi dan meja. Selain selesa, kurang risiko ditimpa hujan. ^^

[ Doorgift/Goodies ]


Bagi ku, doorgift untuk dewasa dan kanak-kanak mestilah berlainan. Untuk dewasa, berilah sesuatu yang 'meaningful-long-term-item'. Contoh :

*tasbih kecil berwarna warni
*mug
*pen berhias
*perhiasan
*sapu tangan
*dan lain-lain


Untuk kanak-kanak, selain gula-gula dan jajan,

*kerepek beraneka dalam bungkusan kecil
*muffin dalam bekas/kotak/plastik yang kemas
*kekacang
*air kotak dan lain-lain..


Ku pernah dapat doorgift kek span, Ya Allah.. Sudahlah sebesar pinggan, rasanya agak kurengg.. Terasa membazir pula di situ.

Umi pernah buat doorgift, cupcakes besar dan kecil dalam kotak yang kemas untuk dewasa dan yang kanak-kanak, cupcakes kecil banyak-banyak dalam plastik bunga-bunga. Seronoklah budak-budak makan dan tak muak sebab kecil-kecil saiznya.

Err.. Rasa mengantuk pula. Cukup kut sampai setakat ini. Yang penting, biarkan 'semangat pengantin' kalian berimaginasi untuk idea baru, berinovasi. Letakkan diri kalian di tempat tetamu. Dan, jangan pula terlalu berjimat hingga majlis terlalu ala kadar sahaja. Perkahwinan yang inshaAllah sekali seumur hidup ini, biarlah disusun betul-betul tanda meraikan. Bersederhana agar majlis perkahwinan pun menjadi ibadah.

Oh ya, kalau mencari khidmat fotografi, jangan lupa ke sini. Ada sistem bayaran ansuran dan pakej mengikut bajet. Pandai-pandailah nego ya.

\(^-^)/ wahHh.. *lenguhtangan*

Percayalah, kalian masih mampu tersenyum walau tidak semua adat-tambahan-kahwin-era-kini  ada dalam senarai perkahwinan kalian jika niat kalian tidak mahu membazir atau tidak mahu menyusahkan bakal suami.



Gambar : Kredit buat Encik Kakitembak_fotografi (instagram)
Fotografi : Nilai Sentimental

Psst.. Less is more.


 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.