Selasa, 11 November 2014

UK | Hadiah Tidak Berpijak Realiti

Bismillah..

[ Moment ]


"Ughhh.. Cepat, cepat!"

Ku berlari terkedek-kedek sambil mengangkut beg berisi peralatan yang berat. Beberapa orang juga sibuk memunggah peralatan lain masuk ke dalam kenderaan yang tersedia. Dari dalam minivan, ku memandang ke luar, ke van mewah yang terbuka pintunya. Terlihat Micha, Jee dan Yuni sedang bergelak tawa sambil berbual. Chacha dan Jun tidak kelihatan pula. Untunglah jadi artis, jadi majikan. Orang kelam kabut, dia duduk saja, dilayan, dapat gaji lebih dari yang bekerja untuk dia.

"Ok, bergerak sekarang."

Konvoi bergerak bersama menuju ke destinasi konsert diadakan. Ku memandang ke luar tingkap. Sudah lama ku tak hiburkan diri sendiri. Terasa sunyi pula di celah-celah ketawa dan bualan mereka semua. Duhai hati...

Konsert berakhir. Ku duduk di satu sudut, tidak peduli mereka yang sedang bergembira kerana majlis yang berjalan lancar. Dari jauh, ku memandang ke arah Jee dan Jun. Sebelum ku berhenti berkhidmat dengan syarikat rakaman, ku rapat juga dengan mereka berdua. Kini, baru seminggu ku kerja semula dan nampaknya tiada sesiapa yang mengingati ku lagi. Hmm.. Sunyi.

Jauh di sudut hati, ada rasa marah pada diri sendiri. Biasanya, orang yang terkenal dan disayangi ramai, bukannya ingat sangat orang lain. Sebab terlalu ramai orang yang mengelilingi mereka terutama orang yang berpengaruh dan sama taraf dengan mereka.

Setakat pekerja cikai macam ku, yang selalu bertukar orang, yang tidak punya ramai teman, mana mungkin mereka ingat. Apalagi kami hanya berbual mungkin seminggu 2 kali. Ku pula bekerja hanya selama 3 bulan. Adalah berbalas pandang dan bersuara. Itupun kalau mereka memerlukan seseorang mendapatkan sesuatu untuk mereka. Kadang-kadang, ku berlari membeli panadol. Ada waktu mereka lupa memberi duit, terpaksa ku gunakan duit poket yang terhad untuk memenuhi permintaan mereka.

Nak claim? Memang taklah. Buat malu saja..

"Hei, penat sangat ke?"

Ku mendongak. Yuni tersenyum pada ku sambil mencapai air kotak di hadapan ku. Senyuman hambar ku ukirkan. Masih ingatkah Yuni pada ku yang selalu membersihkan studio dan berlari-lari di set penggambaran?

Entah bila ku tak sedar, terlalu jauh mengelamun hingga tawa yang meledak menyedarkan ku dari lamunan yang panjang. Eh, sejak bila pula mereka duduk dengan ku? Pengarah, manager, make-up artist, designer dan lain-lain. Bukan ke tadi mereka semua sibuk berbual di bawah khemah artis?

"Yin!" Bahu ku ditepuk kuat. Ku menoleh, sedikit gugup memandang Jee yang tersenyum manis. "Lama kau menghilang! Ingatkan dah kaya, dah lupa kami!"

"Kaya? Errr.." Ku mengetap bibir. Entah cerita apa yang mereka dengar tentang peristiwa ku berhenti kerja secara tiba-tiba. Tidak sempat ku berfikir panjang, seseorang memeluk ku dari belakang. Jun! Eh, ingat lagi ke diorang ni pada ku?

"Rindulah nak tengok kau kelam kabut kat set. Sibuk agih-agih air yang kitorang order. Kau kerja sementara ke kali ni?"

Tak terjawab ku dengan pertanyaan Jun itu. Sungguh tidak ku sangka, mereka mengingati diri ku. Rasa sebak dan gembira bercampur dengan gelombang terharu (˘̩̩̩⌣˘̩̩̩ƪ) yang menghempas-hempas dada. Hujung mafla ku tarik dibuat untuk mengelap air mata yang hampir mengalir.

"Mungkin untuk road tour ni saja." Ku membalas pendek.

"Alaa.. Ikat kontrak dengan kami sajalah.. Tak bestlah tukar-tukar orang.." Jee memuncungkan bibir.

"Amboi, besarnya jawatan sampai nak ber-kontrak bagai.." Ku menjawab hambar.

"Please, teruskan sajalah kerja kat sini.."

Ku diam. Terharu (˘̩̩̩⌣˘̩̩̩ƪ). Ya, mungkin kita tak sedar, benda kecil bagi kita sebenarnya besar bagi orang lain. Begitu juga yang negatif, mungkin biasa bagi kita tapi mendalam sakitnya pada orang lain. Semua ini mengajar kita untuk menjadi lebih peka.

"Warghhh.. Argghh.. Yarghhh!!"

Ku membuka mata. Suara anak-anak KakLong bergaduh mengejutkan ku dari lena yang panjang. Aduh...mimpi rupanya. Rindu sangatkah ku dengan mereka?

Termangu sekejap. Pelik sikitlah watak-watak dalam mimpi itu tapi memang betul ada rasa rindu ku pada mereka semua. Hmm..

Masalah.. Ujian.. Serabut..

Sama seperti hari biasa namun dek penangan mimpi, ku mampu tersenyum menghadapi hari ini. Ku anggap, hadiah dari Allah yang menghiburkan dengan cara yang terduga.

Biar hanya sekadar mimpi, mampu membuatkan ku tersenyum. Senyuman yang payah orang lain mampu berikan. Terima kasih, Allah.. Untuk hadiah yang tidak berpijak pada nyata ini. Semoga ada manfaatnya.

Kredit @Quegraphy untuk gambar dan
Zent untuk editing :)


Psstt.. Geram dengan anak-anak Kak Long sebab nak mimpi lama lagi..... (T^T)


 Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.