Ahad, 14 Disember 2014

1st Giveaway | by Eyzamiel : BB Cream SeqyBeauty

Bismillah..














Dulu waktu awal BB Cream yang katanya dari Korea (semua nak kulit ala-ala Korea) mula masuk ke Malaysia, mencanak-canak semua jenama mula komersialkan produk BB Cream keluaran versi sendiri. Tapi entah kenapa walaupun ada la terniat kecil nak beli tapi makan tahun pun tak beli-beli juga. Bukan BB Cream je, kosmetik-kosmetik lain mula kurang satu persatu dan jenama kanak-kanak dan bayi pulak yang bertambah dalam senarai.


Bahagian terniat tu sebab terbaca fakta tentang kebaikan BB Cream ni kat suratkhabar. Surat khabar tu mengkhabarkan

Antara kelebihan BB Cream sampai ku boleh simpan niat nak beli ni..

a) memberi pelbagai kebaikan pada kulit
b) bukan sekadar merubah (memutihkan, menghilangkan, menaikkan dll) tetapi ianya MERAWAT kulit
c) tabir suria. amboi sangat ayat kan.. kiranya melindungi kulit dari sinar UV-lah ni. Bermakna sesuai untuk mereka yang aktif keluar berurusan ke sana ke sini merentasi cahaya matahari yang membahang.
d) boleh bertindak sebagai foundation. Tak perlulah nak kena beli banyak produk, ken?

Cukup 4 ni, dah tertarik. Belum lagi baca kelebihan-kelebihan lain.

secara asas, BB Cream adalah kebaikan 9 dalam 1

Jadi bila ada GA dengan hadiah BB Cream ni, ku jadi teruja nak cuba atas 3 sebab ni.

kredit

1) Water-based 100%!! Kebanyakan BB Cream mesti ada campuran oil-based yang mana walaupun memberi kesan yang baik (glowing mulus albagai) tapi akan berminyak juga. Tak banyak, mesti ada sedikit.


2) Melihat banyak feedback mengatakan hasil penggunaan yang memuaskan TAK PERLU PAKAI BEDAK. sesuai ereka yang mengejar masa dan tak sempat nak bertempek albagai. oh myyy.. bila ku masuk mood surirumah, basuh baju, mengemas rumah, bertinju dengan anak-anak apalagi memasak, ku perlukan sesuatu yang boleh cover muka biskut Hup Seng ku ini.


3) Ringan. Rasa macam tak pakai apa-apa krim. Ini kaum testimoni-lah yang cakap.



Apa-apa pun, kalau kalian berminat, boleh klikk! banner atau jengah maklumat di bawah banner.

Lagi satu, ianya produk buatan Malaysia dan harganya yang berpatutan pada pandangan ku bagi satu produk yang bertahan selama 2 bulan atau lebih.

Awesome?

Tak tahulah. Belum cuba lagi. Cuba nasib adalah.. ^^


[ Banner ]



Sebotol cuma RM 55 (semenanjung) dan RM 60 (Sabah / Sarawak) 

Sesiapa yang beli ngan sis Eyza... dia akan bagi Free Postage dan Free Gift... 

dan kalau korang bagitau yang korang pembaca blog dia... 
dia akan up sikit hadiah yang lagi best... :) 

Untuk pertanyaan / pembelian : 
Whatsapp atau Mesej sahaja 013-3151382
 Instagram : izz_zara_shoppe email : eyzafarza@gmail.com 



Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

6 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.