Sabtu, 13 Disember 2014

Celoteh | Tuah November & Disember

Bismillah..

Pertama kali mula aktif blogging selepas setahun menyepi, ku mula menjelajah masuk ke dunia rakan blogger yang. Antara salah satu elemen penting dalam memperkenalkan 'diri' blog itu sendiri adalah melalui blogwalking namun bukan sekadar blogwalking biasa tapi disertakan dengan tinggalkan jejak samada di ruangan komen atau shoutbox (ku masih belum punya shoutbox). Satu hari nanti mungkin elemen shoutbox ini akan dimasukkan juga ke dalam salah satu inci ruangan blog.. mungkin..

Peninggalan jejak ini seolah-olah 'buah tangan' dari jiran baru.

Tapi, ada satu lagi cara untuk aktifkan akaun blog sekaligus mengajak blogger lain 'menziarahi' kita dan membentuk komuniti baru melalui penyertaan contest, segment mahupun giveaway.

Ada yang ringkas, ada yang agak rumit syarat penyertaannya namun bagi ku mana-mana segmen pun ia adalah hak mana-mana blogger samada mahu turut serta atau tidak.

Dan, alhamdulillah. Ku mulai memenuhkan barisan entri dengan senarai penyertaan pelbagai segmen. Dan bagi ku yang mempunyai waktu yang terbatas untuk terbitkan entri, ku ambil peluang menulis entri ekstra di dalam setiap ruangan giveaway. Di situ, secara tidak langsung ku mendapat idea perkongsian apa yang ku boleh lakukan jadi tidaklah sekadar penyertaan kosong, tempek banner sahaja dan bila orang datang berkunjung melihat banner yang sama sebaliknya turut mendapat faedah dan manfaat.

Jadi, sila-silalah kalian klikk! pada mana-mana entri giveaway atau segmen untuk manfaat bersama. Cuma ada la beberapa entri segmen yang kosong dan hanya memenuhi syarat sebab kekangan masa dan kelajuan internet kadangkala 'lemmoott'.

Di sini ku kongsikan bersama beberapa hadiah yang ku menangi untuk segmen/contest/giveaway sepanjang Oktober dan November serta awal Disember.

Hadiah pertama yang ku dapat dari giveaway ini.


Diikuti dengan giveaway Abang Feroz, menang (Kategori Blog + Entri Terbaik).

Paling comel, contest ala-ala instinct kucing oleh Tengku Butang. Hanya perlu jawab di ruangan komen saja. Ku orang pertama jawab betul dan tiba-tiba selepas itu muncul lagi 3 orang peserta! Jadi Tengku Butang gunakan khidmat Makcik Random.org. *haha* ku jatuh sayang dengan Makcik Random.org. Tapi hadiah dalam proses penghantaran sebab ku lewat hantar details. Dah lama tak online sebab masalah laptop tak boleh connect dengan internet.

Katanya hadiah cincin tapi.. entah muat ke tidak sebab cincin kahwin pun dah longgar. Menangis mak (T_____T)

Antara yang terbaru, sampai awal Disember, tasbih dan tasbih digital dari blogger Nuridayu Zan melalui giveaway Blogger Area.


Ok, memang tak sebanyak orang lain dan penyertaan pun tak banyak tapi sekurangnya-kurangnya release sekejap bila nampak bungkusan dalam peti surat. (=^__^=)

Dan baru kutip dari pejabat pos semalam. Sebab tak ada kat rumah waktu pakcik kurier tekan hon depan rumah. Maaf pakcik.


Tak ada slip kuurier jadi korek balik entri segmen rupanya dari Kak Farida Red Bellas lorh.. Ohsem hadiahnya, kak. Rajin akak beli dan siap Poslaju lagi. Sangat menghargainya dan laju-laju letak dalam bilik mandi.

Tuah lain, ku dapat free sample dari Kotex walaupun ku tak ingat langsung bila ku subscribe contest atau mana-mana permohonan free sample dari Kotex. Terima kasih, ya ^^

Oh ya, juga dapat late birthday gift dari Eyn.

Dear Eyn,
Ku tengah kepenatan lantas ingat nak release la dengan layan hadiah mu.
Pandai mu pilih hadiah. Ku menghargainya ^^

...........

comel hadiahnya. unik!

...........................


..........................

Sekali, menangis ku hadap! Tak ada kertas instruction pun (T_____T) jadi, simpan balik dan kena buat waktu jiwa sedang terapung elok. Haha!

dari @kakitembak


Ole-ole! Thanks a lot :') comel saja tapi makan sikit-sikit sambil siapkan data, memang best.

psstt.. sedang menanti 4 hadiah lain dari blogger-blogger yg ohsem dalam proses pos ^^

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu.

4 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.