Jumaat, 12 Disember 2014

Giveaway | Bersiap ke Sekolah Bersama Ian, Iris & Atim!!!

Bismillah..

Lepas balik dari duduk dengan jaddah di Langkawi, ku mula hantar Atim masuk ke nurseri untuk pra-taska. Maklumlah, tahun depan dah 4 tahun. Baru terasa cepatnya masa berlalu. Anak semakin besar, adakah hari-harinya yang berlalu dapat ku isi dengan sebaiknya?

Kadang-kadang ku lupa, dia sudah besar. Patut dah boleh buat semuanya sendiri (proses belajar berdikari). Tapi kadangkala makannya ku suapkan. Beruskan gigi, pakaikan baju hinggalah satu hari tu, ku kelam kabut terlewat nak ke tempat bertugas. Tengah sibuk uruskan adik, tiba-tiba dengar suara kecik dia di belakang.

"Dah siap, ibu!"

Hah, terdiam sekejap tengok dia dah siap berbaju dan berseluar. Tinggal rambut saja tak reti nak ikat.  Dah besar rupanya! Ada satu perasaan yang tidak dapat ku ungkap dengan perkataan biasa bilamana melihat dia sudah mampu berdiri di atas kaki sendiri walaupun masih sedikit lambat dan culas.

Bila tengok Giveaway ni, teringat pula tahun depan dia akan masuk ke pra-taska secara rasmi. Makanya jika ada rezeki, bolehlah buat sticker untuk tampal kat buku dia nanti. Apalagi ketara terlihat ada sifat cintakan buku macam ibu dia (sampai walid dia muntah tengok banyak buku kat bilik).

Jadi, ku pun ikut sertalah Giveaway ini atas nama anak ku.

[ Banner ]



Nama : Siti Fatimah Az Zahra
Umur : 4 tahun (pra-taska)
Kartun : apa-apa yang bertudung (^^,) 
kalau tiada, watak dalam Boboboi yang bertudung tu pun jalan je..


jom pergi sekolah!


p/s : teringat pertama kali masuk nurseri untuk pra-taska, menangis tak hengat. Lepas tu, seronok. Asyik nak pergi saja. Nak jumpa kawan-kawan. Alhamdulillah..

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

9 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.