Selasa, 9 Disember 2014

Giveaway | Cuti Sekolah by Asyu | Karya Yang Berkualiti

Bismillah..

Oh, Asyu ni seorang penulis. Jealous alhabis tengok satu-satu update tentang entri cerpen/novel dia. Ku yang masa sudah semakin menyempit, dengan anak-anak dan tugas harian, hanya mampu baca karya orang lain saja.

Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan, ku boleh simpulkan di sini bagaimana yang dikatakan dengan karya yang berkualiti dan baik.

Ada orang menulis kerana melihat orang lain mendapat kepuasan dari penulisannya. Ada yang menulis berdasarkan angan-angannya semata. Ada pula yang menulis kerana tidak sukakan kisah yang pernah dibacanya lantas diolah menjadi cerita lain versi diri sendiri punya idea. Tidak kurang, ada yang menulis untuk berdakwah, menceritakan pengalaman dan juga sekadar menyampaikan pendapat melalui medan penulisan. Itu hak masing-masing, terpulang kepada selera pembaca untuk memilih genre yang disukainya.

Jadi, dari kacamata ku ini, dapat ku lihat bagaimana seorang penulis biasa, boleh menghasilkan karya yang luarbiasa biarpun jalan ceritanya mungkin biasa.

1) Susunan ayat yang kemas. Ada pembuka kata, ayat berbunga, tidak kurang dengan peribahasa atau penggunaan metafora dan lain-lain.
2) Penggunaan simbol tepat pada tempatnya.
3) Tidak menggunakan perkataan pendek seperti je (sahaja), tak (tidak) melainkan di dalam dialog  atau perkataan Inggeris pasar seperti kompom (confirm), opcoz (of course).
4) Jalan cerita tidak berbelit. Jika banyak babak flashback atau banyak situasi, ianya diasingkan atau dihimpunkan kesimpulan pada akhir cerita nanti.
5) Biarpun kisah yang simple, namun ada mesej yang disampaikan.
6) Realistik. Tidak terlalu tinggi angan-angannya. Kalau pun tinggi, diseimbangkan dengan corak penceritaan, fakta dan genre.
7) Tajuk bersesuaian dengan jalan cerita.
8) Pengakhiran tidak tergantung melainkan akan datang kesinambungan dari cerita pertama. Tapi ada juga corak jalan  cerita yang tergantung akhirnya namun penonton mampu membaca apa yang tidak ditulis itu. Itulah antara pengakhiran yang terbaik dalam sesebuah karya.
9) ....

ok, dah mengantuk. Terus jengah ke banner sahaja. Otak dah tepu bila terpandangkan bantal.


[ Banner ]



GA ini telah dikongsi melalui Instagram @hzinnirah. Semoga Asyu terus bersemangat dalam menghasilkan karya-karya bermutu (^^,)>

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

4 ulasan:

  1. terima kasih sudi menyertai. terima kasih juga untuk komen akak. InshaAllah Asyu akan terus menulis ^_^ Good Luck for the GA

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan berkarya hingga satu tahap, karya menjadi lebih berkualiti dr masa ke semasa

      Padam
  2. Assalamualaikum kak, akak menang GA saya. Tahniah. Sila pm butiran yang diperlukan ke FB saya ya.

    nama
    alamat
    no tel

    tq

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.