Rabu, 17 Disember 2014

Giveaway | Let's Inspire Others!! by Kyna | Untuk Mereka Yg Punya Kehidupan

Bismillah..

[ Banner ]



Jom berkongsi inspirasi hidup..
Untuk mereka yang punyai kehidupan dan cabaran.

Btw, Kyna.. ku tak tahulah followers ke berapa (=___=)"

[ Gambar Inspirasi ]


deep..


"Tak romantik langsung. Muka ketat semacam."

"Asyik aku yang jaga hati dia. Hati aku siapa nak jaga?"

"Kenapa dia buat macam ni? Susah nak layan aku, faham perasaan aku."

"Asyik aku je.."

......dan 1001 macam persoalan yang kita selalu pertikaikan tentang pasangan. Kita lupa, 'what you give, you get back.'

Mungkin bukan sekarang tapi akan datang.

Bila terlihat link entri memihak jantina kita, cepat-cepat buka link. Kalau di fb, laju-laju tekan butang I Loikee dan tag nama pasangan.

Tapi kalau yang tak memihak pada kita, laju-laju komen..

Isteri :

"Lelaki bajet lebih!"

"Asyik mereka yg betul. Mentang-mentang isteri kena taat dengan suami."

"Asyik perempuan kena jaga hati lelaki."

Suami :

"Perempuan memang mengada-ngada!"

"Gilakan perhatian. Sikit-sikit merajuk. Mood swing. Alasan? Perubahan hormon!"

"Manja!"

Apakata, bila kita baca tentang sesuatu yang memihak pada kaum berlawanan, kita ambil ilmunya. Untunglah orang buat entri/status macam tu. Sekurang-kurangnya kita nampak jalan bagaimana hendak memenangi hati si dia.

Bila kita dah berjaya, mustahil dia tidak akan buat perkara yang sama dengan kita.

Give.. and take it.


[ Pepatah Inspirasi ]


   "Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang di luar kemampuan kita."  

Ku petik quotes ini yang ku dapat ketika menghadapi antara ujian mencabar buat diri ku ketika mengharungi fasa awal perkahwinan ku.

Berkahwin dalam usia yang begitu muda, dengan seseorang yang ku tak pernah tengok muka, kenal pun tidak, tak pernah berhubung, tak tahu macamana sikapnya, perangai, suka dan tidak sukanya dia. 

Berjumpa dia waktu beberapa minit sebelum akad nikah, berjumpa keluarganya, kemudian terus ikut dia balik ke kampung meninggalkan umi, aby dan abang ku di belakang, sedih.

Bergelut menjadi seorang isteri sedang di dalam masa yang sama kawan-kawan ku masih enjoy dengan 'nikmat hidup orang muda', begitu pula menghadapi suami yang juga sedang bergelut untuk mengenali isterinya yang culas, emosi dan selalu buat silap.

Sungguh, ianya tidak semudah dan tidak se'korea' seperti yang dibaca di dalam novel.

Pasang surut perkahwinan, fasa awal yang banyak naiknya suhu berbanding turunnya ia, sangat payah. Banyak kali ku hampir berputus asa dan antara yang memberi kekuatan pada ku, quotes inilah.

Andai benar Allah itu tidak akan menguji sesuatu yang di luar kemampuan ku, bermakna pasti ada satu kekuatan tersembunyi di dalam jiwa ini, hati ini untuk ku menghadapi semuanya.

Dan di situ, ku sedar akan sesuatu..

Ku mampu menjadi lebih kuat dari apa yang ku sangkakan sebelum ku menerima ujian itu. Terima kasih, Allah kerana dengan ujian-ujian ini, ku lebih kenal dengan rentak jiwa ku, lebih kenal dengan sifat Allah yang menyayangi hambaNya melalui cara yang begitu unik.

Kalau kalian rasa tidak mampu dalam hidup, ada ujian yang sangat menduga, rasa tidak terlelahkan.. nampaknya, ada kekuatan di dalam hati yang masih belum dikeluarkan.

Berusahalah, tawakal dan terus tersenyum, kerana..

Allah itu ada.


[ Buku Inspirasi ]


Diari catatan ku

Kenapa dalam banyak-banyak buku yang best tapi ku pilih buku tulis yang biasa ni?

[ Buku ini terkandung pelbagai ilmu, nota serta diari awal kehidupan sewaktu ku masih sedang belajar memahami erti dunia. Dan ada beberapa senarai cta-cita yang ku tuliskan. Menjadi panduan setiap kali ku tersasar arah.] -33 patah perkataan


Sebenarnya bukan diari ini yang ku maksudkan tapi disebabkan diari asal ada tersimpan di kampung, catatan 2014 ni menjadi wakil.

Alkisahnya diari yang ku maksudkan adalah diari pertama milik ku ketika masih baru menjejaki alam remaja. Baru belajar masuk asrama, bergaul dengan kawan-kawan baru dah berhempas pulas menghadam beribu ilmu baru.

Makanya dalam memudahkan urusan jadual, ku siapkan satu buku di mana di dalam itu ku himpunkan semua to-do-list, tugasan, nota dan memo penting. Keluar dari sekolah, ku lupa langsung tentang diari pertama tu. Hinggalah satu hari awal tahun ni (2014) ku terjumpa semula buku tu dalam laci buku di kampung.

Memorable betul. Berbaur-baur perasan. Sedar tak sedar dalam sengih-sengih duk baca catatan saat otak tak cukup zat lagi tu, bergenang air mata.

"Inikah aku 8-9 tahun yang lalu?"

Terasa diri sekarang ni dah terlalu banyak berubah. Berubah kerana keadaan. Berubah kerana masa. Berubah kerana manusia lain.

Lebih banyak negatif. Lebih banyak masalah. Lebih amarah.

Tiada langsung diri ku yang dulu.

Naif.

Lurus.

Berusaha.

Berebut nak tolong orang.

Didikan yang lalu ku terima asrama, bagai hilang bekasnya di hati. Syukur ku terjumpa buku ini semula. Membuatkan ku berusaha dalam mencari diri yang hilang. Tenggelam dalam dunia.

Paling sentap bila ku baca satu catatan ini.

To-do-list 12 Februari
- pulangkan buku Feqah
- semak jadual
- sidai baju
- buat tebusan dosa tertinggal tahajud semalam
- beli sabun buku

Serius? Ku yang kini kalau tertinggal tahajud, langsung tak berbekas di hati. Sibuk konon urus hal dunia... Dulu tahajud ibarat perkara wajib, sekarang, ianya sunat malah kadangkala dipandang ringan sedangkan ianya adalah antara perantara hamba dengan Allah yang paling utuh.


antara quotes di dalam buku diari ku

Ada lagi satu catatan..

Pengajaran hari ni. 11.50 malam.
Hadiahkan Al Fatihah setiap hari utk Rasulullah saw, pemimpin, guru-guru, ibu bapa, kawan-kawan, atuk nenek saudara mara yang dah meninggal, diri sendiri, bakal.... errr.. suami.

Haha! Peringatan apakah? Perkataan suami tu ada kesan ku conteng. Segan nak tulis tapi kena tulis juga sebab nak ingat. Ku ingat-ingat lupa waktu tu kami baru lepas perjumpaan dengan ukhti. Dipesan agar berdoa dari sekarang, doa untuk bakal suami. Hadiahkan Al Fatihah untuk bakal suami walaupun tak tahu siapa dan untuk anak-anak yang tak wujud pun lagi.

Waktu tu kami semua, buat muka geli, bulatkan mata dan, "Eeeee.... apa ni? Kitorang muda lagi. Gatal je nak hadiah untuk suami dengan anak-anak."

Oh myyy..

Sesungguhnya itulah petua terbaik sekali. Bertahun-tahun kita bersedekah, seolah-olah menabung RM5 sehari, berapa sudah yang terkumpul? Cukup untuk kita 'membeli' sesuatu yang kita impikan.

Apalagi dengan tabungan Al Fatihah yang nilainya sangat besar. Nilai yang mampu merubah hati manusia.

Dan begitulah dengan lain-lain nota yang sangat berguna dalam berbagai aspek bagi ku. Dari beratus-ratus buku yang ku baca, petikan yang berguna ku tuliskan di dalam buku ini.

Jadi, inilah buku yang memberi inspirasi dan semangat bagi ku dalam perjalanan mencari diri ku yang hilang.

Semoga dipertemukan.


[ Inspirasi Itu Dari Berbagai Arah ]


3 Inspirasi di atas adalah yang paling kuat ku genggam. 
3 cabang perkara besar dalam hidup ku.

PERKAHWINAN
-
UJIAN KEHIDUPAN
-
MENJADI MANUSIA YANG BAIK

Ku kongsikan agar mereka yang sehaluan dalam cabang hidup ku, sama-sama mendapat manfaat dan kekuatan.


Sesungguhnya, antara kita semua, ada berbagai sudut kehidupan yang ditempuh dan dalam setiap sudut itu ada sesuatu yang Allah anugerahkan di dalam jiwa sebagai kekuatan dan peringatan untuk meneruskan hidup yang lebih bermanfaat buat semua.

Allah sudah meletakkan semuanya di sekeliling kita. 
Tinggal kita sahaja yang perlu memilih,
antara hitam atau putih.

inspirasi dalam menjadi sahabat terbaik

peringatan dalam menjadi anak yang baik

[ Tag ]


Encik Kasut
Nur Inani

Dari hati, ku tag untuk semua blogger yang lain bukan untuk perkara lain melainkan ingin berkongsi bersama inspirasi yang menjadi kekuatan ku hingga masih mampu berdiri dalam ribut cabaran hidup dalam dunia ini.
No harsh ^^

psst.. tadi Encik Q kata dia busy sepanjang musim cuti... ok.

Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

8 ulasan:

  1. gud luck
    boleh terpilih jadi pemenang gini

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah macam serius pulak rasanya. haha! emo waktu menaip T-T

      Padam
  2. Gud luck sis! kata-kata yang sanagt pujangga dan bermakna sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pujangga? bukanlah.. sekadar luahan hati ^^

      Padam
  3. Singgah baca dr segmen sama.. :D

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/2014/12/segment-lets-inspire-others-by-kyna.html

    BalasPadam
  4. bagus2 quotes nye. part sedekahkan Al-Fatihah termasuklah utk bakal err suami tu sweet hehe. moga2 Ana dapatlah kekalkan aminnnn =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tahu, amalkanlah. nilaiannya sgt beaar. cuma kita yg x nampak

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.