Selasa, 9 Disember 2014

Kesenian | (30 Gambar) Malam Konsert Amal & Teater Muzikal islam bersama Generasi Harapan

Bismillah..

[ MALAM KONSERT AMAL & TEATER MUZIKAL ISLAM ]


ANJURAN
Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Baitul Mahabbah Malaysia
No. Pendaftaran PPM-009-08-21032014
(Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Asnaf Zakat)
MBB 558088003460 Baitul Mahabbah Enterprise

6 Disember 2014 / 13 Safar 1436M
Arena Square Tanjong Malim, Perak

TEMA
“Gembirakan hamba Allah, nescaya Allah akan gembirakan kita.”

DIRASMIKAN OLEH
YB Dato’ Hajah Rusnah bt Kassim, DPMP, PMP.KMN, PPT

Ucapan perwakilan perasmi

AHLI JAWATANKUASA KONSERT AMAL

Penaung
Tuan Haji Harun bin Taat

Penasihat
Puan Dr Zaimah, En Megat Jiwa bin Megat Noor, Pn Norhayati Sabikin

Pengarah Program
En Hamdan bin Abu

Timbalan Pengarah
En Wan Hadli bin Wan Yusoff

Setiausaha
Ust Roslan bin Abdul Ghani

Setiausaha Kerja
Zulihana bt Baharuddin
Bendahari

Pn Khursyiah, Pn Siti Nurriha bt Mohd Sariff


[ ATURCARA ]


Program bermula dengan sesi paginya diisi dengan pertandingan anak-anak dari rumah amal. Mewarna, bercerita dan yang lain-lainlah kan. Mungkin bagi kita ianya perkara biasa namun bagi mereka yang masih baru hendak bertapak dalam dunia yang semakin meningkat maju, inilah antara usaha-usaha yang membantu mereka dalam mendapatkan identiti diri masing-masing. Ke mana arah tuju mereka, minat dan kebolehan mereka.

sesi pagi khas utk anak-anak rumah amal sahaja

Ku tak berpeluang pergi melihat mereka bertanding sebab bersama kaum ibu menyiapkan hidangan juadah untuk anak-anak rumah amal bersarapan (mee goreng & karipap ohsem!) dan juadah tengahari (nasi ayam ketuk!)

kerusi kosong mula dipenuhi satu persatu

Tepat 9 malam, bergerak ke tapak majlis. Waktu sampai, dah ternampak team GH dan produksi kat belakang pentas. Rasa teruja pulak sebab inilah kali pertama ku mengikuti konsert GH secara 100% (dari awal dan sampai akhir). Biasa dapat ikut setengah-setengah saja dan tengok dari jauh.

 

Bermula dengan opening show yang happening, terus ku ke depan ambil gambar. Tak pernah ambil gambar GH buat persembahan, jadi agak syok sendiri seolah-olah tengah tembak guna DSLR. Semua gambar tersepit kat tepi sebab segan nak ke depan. Ramai VIP.

Board of Director GISB Holdings
UMNO Cawangan Tanjung Malim
 

Suasana terasa hidup dengan lagu Intro Album Pembela Al Quran disusuli dengan nada suara Kak Khaulah pada permulaan lagu Ahlan Wasahlan yang mula menarik pandangan pengunjung pasar malam yang berada tidak jauh dari situ.

Ucapan aluan dari Pengarah Program, Encik Hamdan bin Abu dan disusuli dengan ucapan perwakilan dari Dato’, alhamdulillah ucapannya padat dan maklumbalas yang positif. Dalam kekalutan di sekeliling, dapat ku menangkap sedikit sebanyak mesej yang disampaikan bilamana program ini dapat mengenalkan lebih luas lagi konsep rumah amal ini dan membuka peluang untuk meraih lebih kemudahan dalam sebarang aktiviti yang akan datang.

Pengarah Program, En Hamdan bin Abu

Dan tibalah masa yang dinantikan. Persembahan GH yang memang menggegarkan Arena Square Tanjung Malim malam tu. Ternyata show live dari GH tidak menghampakan. Nyanyian yang sama seperti di dalam cd, kalau bukan kerana lenggok suara yang ditambah-tambah sedikit rencahnya, memang rasa macam miming pula.

set satay ASH terbaik dari kebun, satu set penebusan kupon

Penonton yang sibuk menebus kupon dengan hidangan satu set satay dan menikmati keenakan satay panas ohsem dari Abuya Satay House (ASH) disentak dengan sketsa pendek iringan lagu Huru Hara yang menceritakan kerosakan dunia serba serbi kemudian diseimbangkan pula dengan lagu Pahlawan Agama, menceritakan kebesaran Rasulullah, penyelamat dunia dan akhirat.

Selepas itu, tidak ketinggalan pula iringan lagu dari album meletup mereka (Pembela Al Quran) lagu Membacalah dan Al Adiyat yang diiringi dengan tarian ala-ala Korean Wave. Waktu ini, pakat semua angkat gadjet merakam moment lagu yang catchy dengan tarian yang happening.

bawaan solo dari vokal bertenaga Ajwad

Lagu Allah Maha Besar pula yang pernah dibawakan oleh artis Mel, memang sangat menyentuh perasaan. Andailah kalian mendengar betul-betul bait lagunya, memang terasa kebesaran Tuhan itu. Bagaimana marahNya itu bukan di atas dasar nafsu, mendidik dan setia dengan hambaNya yang selalu khianat malah melupakannya.

Dan selepas seketika tenggelam dalam alunan lagi itu, selingan sketsa muzikal, Di Mana Muhammad (kurang pasti tajuk sebenar) memang sangat menghiburkan. Kena download video dia nih.. atau mintak kat abang-abang kamera ni. Harap dapatlah. Bersahaja namun bertenaga.

Di Mana Muhammad

 Lagu Al Kafiruun menaikkan semula semangat dengan tarian dari pelajar-pelajar Akademi Generasi Harapan. Diikuti lagu Ad Dhuha (suara Mubaraqah semakin meningkat hampir menyerupai suara lunak Kak Tim ^^), Rintihan Ku (tidak pasti tajuk sebenar) dan Al Zalzalah.

Menanam pula rasa cinta dan penghargaan pada negara dengan lagu GH yang lama yang evergreen, Cintailah Malaysia. Terbaik!


Dan...

Lagu terakhir yang ohsem 200%, lagu Terima Kasih Tuhan (lagu rasmi pertama Mawaddah sebelum bertukar kepada GH) lagu legend, versi remake gabungan 3 lagu. Dalam hati, dah terbuka niat nak dapatkan lagu tu.

Keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar walau ada sedikit weng weng di pihak PA System (syabas atas usaha kalian) begitu pula persembahan agak sempurna dan vokal yang memukau, yang tidak menghampakan. Penguasaan pentas memang ketara malah pentas tu dah macam rumah diorang pula (eheh)^^. Kiri kanan pentas, muncul dari depan dan belakang. Semua pun jadi.

PA System Team

 Pokoknya, di sini ku berikan 3 LAGU-WAJIB-DENGAR untuk kalian yang rasa macam nak tahu lebih lagi tentang kelebihan GH ini.

Allah Maha Besar
Sketsa Muzikal Di Mana Muhammad
Terima Kasih Tuhan (remake)

Tak cukup?
Dapatkan cd Pembela Al Quran melalui fanpage Generasi Harapan (Facebook)


 

[ PENGHARGAAN ]


Jawatankuasa Induk Majlis Konsert Amal dan Teater Muzikal 2014 dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua pihak yang telah memberi kerjasama sehingga majlis ini berjalan dengan jayanya.

Pejabat ADUN Kawasan Behrang
Majlis Daerah Tanjung Malim
Ibu Pejabat Polis Tanjung Malim
Balai Bomba Tanjung Malim
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Masjid Jamek Tanjung Malim
RELA Tanjung Malim
Pejabat Kesihatan Tanjung Malim
Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
Ekhwan Katering
Jaslin Canopy
UMNO Cawangan Tanjung Malim
UMNO Cawangan Tapah

Dan individu-individu yang menyumbang tenaga, wang dan keperluan-keperluan untuk program ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan dengan segala kebaikan dunia dan akhirat.

[ Lain-lain Sudut Majlis ]




antara gerai jualan yang dibuka,
bandung sirap cincau tuuuu..... ohsem! cukup rasa walaupun air balang!
RM3.50 dan gebu gila. cheesecake kongsi 4 orang ^^

muffin jualan buat anak-anak rumah amal. tengok gambar saja dah terliur kan?
memang sedap! boleh buat tempahan sebagai tanda sokongan terhadap rumah amal ini

pemandangan dari hujung Arena Square

muka tak larat semua. 2 hari bergelut di dapur
sama pula muka dengan umi Mubaraqah ni ^^

retis
antara yang hadir
sukarelawan bertungkus lumus dengan asap satay untuk pengunjung berkupon
 


muka puas hati sangat dapat jumpa GH

 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.