Sabtu, 6 Disember 2014

Mistik UK | Ibu, Tu Makcik

Bismillah..

Tiada cerita lain selain Terpaku Pontianak lakonan... siapa ya nama yang badan besar tu. Tentang dia nak mencari isteri dan pakciknya syorkan calon pontianak (sebab pontianak tak memilih kut)

Alkisah ku nak tukar siaran tapi Encik Q gagah nak tengok walaupun 80% fokus matanya adalah pada skrin laptop berbanding skrin TV! Makanya nak tak nak ku hadap juga. Sejak dah 'berusia' ni, ku memang tak minat langsung cerita mistik/paranormal/seram walaupun cerita berbentuk komedi!

Alkisahnya, anak ku Atim matanya bulat 2 kali ganda tertala kat TV bila masuk babak si tembun dengan pakciknya nak pergi paku Cik Ponti.

"Ibu, hant..."

Papp! Ku tekup mulutnya sepantas kilat.

"Tu makcik. Makcik rambut panjang." Ku mula mempengaruhi fikirannya. Tak nak dia membesar dengan jiwa seorang penakut.

Dia mengangguk tapi bila muka Cik Ponti live depan kamera, nampak riak terkejut dan takut.

"Eee.. comelnya! Comel, kan Atim?" ku buat-buat muka terpesona dengan keindahan Cik Ponti.

"Haah, cumill.." Atim tersenyum dan ku lega.


Keesokan harinya..




Strereng diputar dan tapak parkir di tepi parit cetek itu pun terisi. Encik Q mematikan enjin dan kunci pintu kereta terbuka. Terpaksa parkir kereta di tepi lorong perumahan memandangkan ada kereta lain di garaj.

Ku pandang Qaid yang melentok di riba. Pasti sudah mengantuk walaupun malam masih muda. Ku paling pula ke belakang. Atim masih segar bugar, melepek di tepi sambil menghadap ke luar tingkap.

"Biar walid bawa Qaid, ibu bawa barang."


Ku tersenyum lebar menerima tawaran Encik Q dengan hati terbuka. Bawa 10 beg plastik berisi barangan lebih ringan dari dukung Qaid. Qaid bertukar tangan dan ku keluar membuka pintu belakang. Atim ku pakaikan selipar dan beg-beg plastik ku pegang di tangan kiri sementara tangan kanan menggenggam tangan Atim.

"Ibu.." panggil Atim.

"Ya, yang?"

"Tu makcik." Tangan kanannya diangkat, tertala pada barisan rimbunan semak dan pohon-pohon yang tinggi.

Ku yang dalam kepenatan terkebil-kebil cuba menghadam apa yang dikatakannya.


Satu saat..


Dua saat..


Tiga saat..


"Makcik cumil. Makcik rambut panj..."

"Dah jom masuk! Walid dah jauh tu!"

Laju-laju ku potong ayatnya dan menarik pantas tangan Atim sampai terdorong Atim ke depan. Jantung ku berdegup laju macam nak pecah apalagi melihat Encik Q jauh beberapa meter ke depan. Sudahlah lampu jalan malap macam tak ikhlas nak jadi lampu jalan. Atim pula dalam melangkah tu asyik-asyik menoleh ke belakang.

"Eee.. kebang, kebang (terbang)." Atim bersuara.

Oh Tuhan!


View photo in message
pandangan dari tempat parkir. ohsem sangat.

Psstt.. Atim nampak bayang-bayang pokok je tu... kan? *seretdahi*



Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

2 ulasan:

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.