Selasa, 23 Disember 2014

Nota | Aku & Kamu, Wanita Yang Sama

Bismillah..

[ Buat Mereka Yang Bernama Wanita]




Pernah suatu ketika, ku sangat membenci lelaki dan dalam masa yang sama ku membenci status ku sebeagai seorang perempuan. Wanita. Makhluk yang lemah, renyah, banyak songeh, penuh emosi dan banyak susahnya berbanding lelaki.


Bermula dari saat ku belajar untuk menutup aurat, semakin lama semakin teliti, kawasan yang dilindungi semakin diperincikan termasuklah memakai stokin dan mneutup lengan yang terdedah jika lengan baju agak longgar hingga boleh menyebabkan ianya terselak.

Melihat kaum LELAKI, kaum ADAM yang sempoi, sembahyang tak pakai baju pun tak apa, nak keluar rumah terus dari katil pun boleh, walaupun hanya bersinglet dan berkain pelikat. Belum lagi bila pergi rehlah, mandi sungai. Amboi sangat tengok kaum tu suka suki tukar baju on the spot. Balik bertuala saja pun tak apa. Kaum perempuan ni haaa.. nak menyalin pakaian tu fikir berjuta kali. Walaupun disediakan ruang menukar pakaian, terbayanglah ada kamera ke, ada orang tengah intip ke, ada lubang-lubang bolos yang kita tak perasan. Dalam 10 kali perkhelahan, 9/10 itu selalunya ku balik naik kereta tanpa menyalin pakaian yang kering. Duduklah atas suratkhabar atau kain batik sampai ke rumah. Sejuk sampai ke otak.


Belum lagi dikira kalau duduk di rumah, ada ipar atau jika ada tetamu yang bertandang, bergelut kat dapur memasak dalam baju dan tudung. Malaysia ternyata adalah sebuah negara yang beriklim panas lembab, menguji kesabaran saat menghadap kehangatan api dapur dalam pakaian yang penuh.

Waktu solat, kalau cuaca panas, tak dapat kipas rasa macam dah bersauna dalam telekung. Kalau nampak sehelai rambut pun sudah dikira batal. Bukan semua rambut tu panjang dan boleh dikawal. Anak-anak rambut yang sedang meningkat dewasa, bukan main nakalnya. Waktu nak bertelekung itulah dia nak bercak-cak kat serkup tu. (=____=)"

Semakin hangat rasa hati ini, bila sudah meningkat dewasa, mendengar dan melihat bagaimana wanita ini menjadi bahan fitnah. Boleh merosakkan dan dirosakkan. Belum kira lagi jika terdesak hendak ke mana-mana, perlu mencari teman. Nak pergi ke kedai sejengkal, fikir sepuluh dua puluh kali bilamana kaum lelaki yang sepatutnya berwatak pelindung, menjadi watak yang sangat tak awesome dalam drama dunia ni.


Bila dah berkahwin, berdebat pula dengan Encik Q. Sadis.. kesian encik suami bila tengok isteri sendiri cemburu dengan dia yang berlainan jantina.

"Walid senanglah.. nak jogging seorang pun siapa kisah?"

"Untunglah jadi lelaki.. dah beranak pinak isteri pun tetap boleh keluar melepak dengan kawan senang lenang."

"Hebatlah lelaki.. isteri kena taat dengan dia. Taat selagi tidak melanggar syariat. Kesalahannya jangan dipertikaikan sebaliknya diserah pada Allah kerana itu urusan antara dia dengan Allah. Kalau kita pula salah, hadaplah ceramahnya."

Jujur, ku pernah merasakan semua itu hingga kadangkala nak menangis. Hinggalah satu hari, ketika ku mula memperkatakan hal ini, Encik Q menjeling hujung mata kemudian kembali menatap Asus barunya sambil berkata..

"Untunglah kaum wanita. Akhirat nanti, semua dosanya akan dipersoalkan pada lelaki."

...........................


EGO. Ku sentap tapi ego. Akal mengakui kata-kata itu namun hati menolak. Bila hati menolak kebenaran, memang ada benda yang tak kena dengan hati ni. Sesuatu yang hitam,. bernama dosa.



Seorang kawan menghantar mesej copy paste ini di whatsapp..


"
Ramai kaum hawa di luar sana yang sentiasa mempersoalkan dan mengeluh dengan lahirnya mereka sebagai seorang wanita..

lupakah kamu semua 
bahawa Islam lah yang telah mengangkat martabat kamu ketika zaman
Jahiliyah dulu..
semua perintah Allah itu walaupun ada kalanya agak berat
tetapi adalah untuk memelihara kemuliaan mu.. itu semua tanda kasihnya
Allah kepada mu..



Walaupun kamu lemah dari segi tenaga fizikal,
tetapi hakikatnya kamu lah 
yang paling kuat dari segi kesabarannya.. 
bagi kamu,
sehelai rambut pun tidak boleh diperlihatkan.. 
sedangkan kaum adam,
singlet sahaja sudah 
cukup untuk menutup aurat.. 

tetapi berapa ramai wanita di luar sana yang
hanya menutup kepala dan badan mereka,
bukan menutup aurat mereka..
tidakkah kamu semua sedar bahawa itu semua adalah untuk memelihara
maruah mu yang berharga itu?

Dalam segi urusan rumah tangga,
apabila melihat suami dan anak-anak
makan makanan daripada air tangan mu dengan penuh selera,
sudah pasti kamu berasa gembira 
dan keletihan itu akan terus pergi.. 

walaupun kamu terpaksa membawa bersama kandungan berat bersama mu selama 9 bulan 
dan terpaksa menahan kesakitan sewaktu melahirkannya,
 semua itu akan hilang dan lahir kegembiraan yang tidak terkata tatkala melihat
senyuman permata hati mu.. 




ketika semua itu lah akan terasa betapa
indahnya nikmat dalam menghadapi ujian..

Antara tanda kasih sayang-Nya kepada mu wahai wanita adalah CUTI! 
lelaki tidak pernah diberikan cuti dalam menunaikan solat..
sedangkan 
wanita dianugerahkan Allah dengan cuti dalam solat.. 
dan kamu tidak 
perlu menggantikan solat yang ditinggalkan ketika uzur.. 
tidakkah kamu bersyukur? 

tetapi ada yang mempersoalkan bahawa mereka akan
kerugian pahala kerana tidak dapat menunaikan ibadah ketika itu..
TIDAK!
 terlalu banyak ruang pahala lain yang boleh kamu perolehi 
tanpa kamu sedari..

Tidakkah kamu terfikir,
 ketika kamu berhempas pulas mengandung 
dan melahirkan anak, 
berapa banyak pahala yang dicatat untuk pengorbanan itu? 
Allah memberikan pahala orang yang berjihad di
jalan Allah untuk mereka yang kesakitan ketika bersalin.. 

ketika kamu gigih dan sabar 
bangun menyusukan anak dan menjaga makan minum 
suami, 
bukankah semua itu diiringi dengan pahala yang besar?
setiap tegukan susu ibu untuk anaknya akan dicatat satu kebajikan.. 

tidakkah begitu luas ruang pahala untuk mu wahai wanita? 
jangan sempitkan fikiranmu tentang konsep ibadah..
 sesunguhnya semua itu adalah ibadah..

Wanita yang menjaga solat 5 waktu,
 berpuasa pada bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya dan sentiasa taat pada suaminya, 
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya..

 namun, 

sudah tentu banyak cabaran dan dugaan yang harus ditempuh untuk
melaksanakan perkara tersebut..

 "Apakah manusia itu mengira bahawa 
mereka dibiarkan sahaja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan 
mereka tidak diuji" (Surah Al-Ankabut : ayat 2)

ramai yang mempertikaikan mengapa mereka perlu taat pada suami setelah berkahwin..

adakah kamu lupa, 
setelah kamu menerima cahaya mata,
syurga mereka berada di bawah telapak kaki mu?

Di sebalik kelemahan dan kelembutan mu wahai wanita, 
terselit kesabaran dan ketabahan yang luar biasa.. 
janganlah kau hanyut kerana tidak sabar dalam melakukan ketaatan.. yakinlah dengan bantuan dan keredhaan Allah..
 Allah tidak menjadikan sesuatu dengan
sia-sia.. 
jangan jadikan peredaran zaman sebagai alasan..
 teruskanlah berjuang kerana ganjaran Allah yang besar sedang menanti..

jadilah perhiasan dunia yang indah,
jangan jadi penyebab fitnah dunia yang parah..
"

ANTARA GANJARAN JANJI ALLAH

BUAT ISTERI SOLEHAH


    “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

    “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

    “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

    “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

    “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

    “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

     “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

    “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.


Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu

T.A.A.T



Allah ajar agar mencintai akhirat. Semua kenikmatan dan ganjaran dijanjikan di sana kerana dunia yang bersifat bangkai ini hanya sementara.

Salam Disember..

Sumber gambar : Instagram Encik Kaki

psstt.. another outdoot photoshoot? T___T


Salam. Jangan lupa,
Allah Mencintaimu..

8 ulasan:

  1. perkongsian yang sangat menarik. seorang isteri itu mudah masuk syurga seandainya dia taat kepada suami berpuasa di bulan ramadhan dan solat lima waktu. Allahu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah bilamana 9 nafsu itu dpt dikawal.

      Padam
  2. nice entri.. yang penting lelaki dan wanita saling memerlukan antra satu sama lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. saling memerlukan. maka d snilah lelaki perlu berhenti merasakan dunia ini mereka punya dan belajar utk menggunakan 9 akal mereka utk menundukkan 9 nafsu wanita yg sgt jahat.

      Padam
  3. bagusnye perkongsian ni awak. tu lah kan kdg2 selalu mengeluh dijadikan perempuan tp sbnrnya Allahuakbar :")

    BalasPadam
    Balasan
    1. perempuan sendiri rimas dgn diri sendiri kdg2 kenn.. tp sbenarnya besar rahmat Allah di situ

      Padam
  4. WANITA..mudahnya jalan untuk masuk ke syurga tetapi ramai WANITA yg masuk neraka...huhhu...subhanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita selalu salah memilih hingga lupa kematian bila2 masa

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.