Jumaat, 5 Disember 2014

Pengumuman | Peluang Sebelum Jam 12 Malam Ini

Bismillah..

Alhamdulillah, setelah beberapa waktu akhirnya Generasi Harapan bertapak juga menyebarkan mesej dan dakwah melalui medan hiburan di Tanjung Malim. *silasenyum* 

            [ Siapa Generasi Harapan?]          




Uniknya mereka ini adalah gabungan kumpulan dari 1 ayah dan 4 ibu. Sebab tu kalau tengok ahli-ahlinya bercampur lelaki dan perempuan, mereka adalah adik beradik, pakcik dan anak saudara pun ada! Kau hado? (kata Cik Epal) *mencelah*

Mereka adalah salah satu kumpulan nasyid kegemaran ku! Nasyid-nasyid yang merdu dan lirikan lirik yang cukup menyentuh dan mendidik. Memang rugi kalau kalian lepaskan peluang mendengar bait-bait nasyid mereka kerana ianya boleh menjadi slaah satu makanan untuk rohaniah kita. Jangan fikir, hanya perut kita yang diisi. Bila hati kosong, boleh mati tau! Sama juga, tak boleh juga selalu bagi pengisian 'junk food' untuk hati kita. Lagu-lagu yang melalaikan dan memuji-muji dunia. Boleh menjadi racun dan magnet menarik lain-lain penyakit.

Salah satu nasyid kegemaran mereka adalah DI SINI. <<-- Klikk! untuk lirik dan klip video ^^ juga boleh search di Youtube dengan keywords Generasi Harapan.

Ya, mungkin ramai masih belum kena dengan mereka ini. Sebab mereka memang tidak terkenal di medan media tapi menyelusuri di celah-celah masyarakat melalui mesej dan dakwah yang turut menghiburkan di dalam masa yang sama.

GH mula menerobos ke arus media

Bukan sahaja di Malaysia tapi mereka sudah pun berjaya membawa mesej hiburan Islam di persada dunia!

London
GH di London

Jerman
GH di Jerman
Selain itu juga mereka sudah melebarkan sayap ke Turki, Jordan, Syria, Paris, Holland, Australia termasuk juga Vietnam, Thailand dan Indonesia.


          [ Lain-lain Gambar Sekitar aktiviti GH ]          


pembikinan klip video album Pembela Al Quran 
album paling best setakat ini
pernah memeriahkan konsert amal yang lain

persembahan bersama pelajar Akademi Gnenerasi Ikhwan

pembikinan klip video di Jordan
Cukup dengan gambar. Lebih review di entri akan datang. Muntah nak tunggu loading lama-lama jadi untuk merasakan sendiri aura dari GH ni, boleh datang ke konsert amal mereka. Konsert ini bertujuan mencari dana untuk anak-anak dan mereka yang berada di bawah tanggungan rumah amal ini apalagi musim persekolahan akan tiba.

"Maaf, jauh sangat. Tak boleh datanglah." Ok, jangan berhenti baca! Teruskan scroll hingga ke bawah.


MALAM KONSERT AMAL
Anjuran : Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan
Baitul Mahabbah Tanjung Malim
Tempat : Arena Square Tanjong Malim
Masa : 6 Disember 2014 (Sabtu)

Pagi tu ada pertandingan dan aktiviti untuk anak-anak rumah amal ni. Dan konsert diadakan pada sebelah malamnya, inshaAllah jam 9.30 malam.

Kalian boleh menghadiri ke konsert amal ini, berhibur sambil beramal dengan pembelian kupon bernilai hanya RM20 dan boleh layan satu set hidangan satay  (>^_^<)

Inilah peluang yang ku mahu kongsikan bersama sebelum jam 12 malam ini. 


haa.. kalau tiket kalian tu dapat cabutan bertuah,
ku pos sahaja utk kalian ^^




TAPI!! TAPI!! TAPI!!

Kalian jauh nun kat Selatan atau busy habis di tengah-tengah kota, jangan risau. Boleh sama-sama meriahkan konsert amal ini melalui pembelian kupon dan kekosongan hadiran kalian akan diisi dengan anak-anak dari Rumah Amal dan Kebajikan Baitul Mahabbah ini. Siapa kata bersedekah perlu tunjuk muka, kan? Kita tidak tahu rahmat Allah tu terselit celah mana.

Jadi, untuk memudahkan kalian, boleh inbox sendiri ku di Zinnirah Roslan atau mesej/whatsapp 0134342392

PEMBELIAN KUPON SEBELUM 12 MALAM INI
DAN AKAN DILANJUTKAN SEBELUM TENGAHARI ESOK
JIKA MASIH ADA YANG BELUM TERJUAL.



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.


Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

5 ulasan:

  1. alamak tanjung malim.. macam jauh plak. Haah saya baru 1st time dengar pasal dorang ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kurang dikenali di media. banyak bergerak sendiri

      Padam
  2. First time dengar GH ni.
    Saya memang jarang tengok tv..xD
    Berlakon kat padang pasir..wow..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan padang pasir saja, masuk hutan, masuk gaung pun pernah ^^

      Padam
  3. Alhamdulillah...smoga GH terus tersebar luas mmbawa mesej ketuhanan. ^^ salam ukhuwwah zin, dari ayuni sabahan blogger. ekekeke...

    BalasPadam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.