Khamis, 25 Disember 2014

Puting Beliung, Tanah Runtuh, Banjir | Di Manakah Kita?

Bismillah..
**satu perkongsian di akhir entri


Tidak lama dulu, kita merungut..

“Panasnya..”

“Bilalah hujan nak turun.”

Empangan mengering hingga terpaksa tabur benih hujan. Tidak lama selepas itu juga.. Malaysia yang selama ini dianggap negara-bersih-bencana-alam dilanda puting beliung pula. Walaupun tak setara dengan puting  beliung di negara Barat, tapi sedikit sebanyak ramai yang trauma dan banyak kehidupan yang terjejas.

Ok. Sekejap je puting beliung tu, kan? Kita di KL masih boleh karaoke lagi.

...............


“Cuaca buruk saja akhir-akhir ni, kan?”


Kenapa? Kenapa hujan dikatakan buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan..

“Alamak.. hujan lagi.”

“Ish.. tak keringlah baju kalau asyik hujan je..”

“Semua plan musnah kalau dah hujan je memanjang. Duduk rumah sajalah!”

“Tiap-tiap hari hujan. Susahlah macam ni..”

Apakata, kita gantikan keluhan itu dengan sebuah DOA.

“ALLAHUMMA SYAIYIBAN NAFI’A.”
Ya Allah, Ya Tuhan Kami! Jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami.”

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

“Dan Dia-lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya).” –Al A’raf : 57

Hujan itu banyak manfaatnya, kita semua tahu.




“Angin ribut tak ada, hujan tak ada, apasal bad mood je kau ni?”

Macam biasa dengar ayat tu, kan? Seolah-olah senonim sungguh hujan dengan suasana muram, tak best.

Kesian hujan.

Sedarkah kita, bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Rasulullah saw pernah berpesan, bila hujan turun, DOA MUSTAJAB.


“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah.” –Al Qamar : 11

Sekarang, hampir setiap hari hujan. Hampir setiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan yang sia-sia di saat pintu langit terbuka?


Maka, berdoalah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok akan lebih baik.


Tapi, kita terus hanyut. Lupa. Tenggelam dalam nikmat. Buat bodoh, dunno (dont know) dengan Si Pemberi Nikmat.

Sampai satu tahap, Allah ‘calar’kan kalendar akhir 2014 kita dengan peristiwa banjir. Kenapa hujan yang dikatakan rahmat, berubah menjadi satu malapetaka menakutkan. Bilamana padang daratan menjadi lautan, menenggelamkan harta-harta manusia sekelip mata. Betapa ramai yang kerugian harta benda, kehilangan tempat tinggal, belum lagi ujian-ujian yang mendatang secara peribadi. Orang kata, dah nak jadi laut dah Pantai Timur ni. Paling buruk dalam dekad ini.


“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan tertentu, serta kami tempatkan ia tersimpan di bumi. Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” –Al Mukminuun : 18

Tak nampakkah kita, begitu hampir dengan tarikh 26 Disember. Tarikh hitam yang paling diingati. Tsunami. Beratus ribu jiwa yang terkorban. Kita yang tidak terkena tempias banjir masih sibuk nak berparti untuk menyambut Tahun Baru?


Sesungguhnya, ujian didatangkan dalam 3 keadaan.

1) Penghapusan dosa
2) Peningkatan darjat
3) Istidraj/bala

Di manakah kita agaknya?

Dalam seluruh Malaysia ini, samada yang terkena kesan hujan tidak berhenti dan banjir melampaui, semuanya diuji dalam satu ujian. Hebatnya Allah, satu ujian itu adalah tapisan bagi setiap orang.



Penghapusan Dosa & Peningkatan Darjat


Bila dia melihat hujan yang mencurah-curah, banjir mula mengganas, hatinya menangis. Takut andai inilah bala Allah padanya. Melihat orang lain yang menjadi mangsa banjir, dia lantas bertaubat. Takut andai kerana dosanya itu, Allah timpakan bala dengan menghantar tenteranya yang lembut bernama AIR, hingga menyebabkan orang lain turut terlibat sama.

Tidak berlengah, dihulurkan sumbangan bantuan, tenaga mahupun harta benda, paling lemah pun, doa dari jauh. Lebih hebat, solat hajat khusus untuk semuanya. Untuk Malaysia. Di situ, ada peningkatan darjat. Peningkatan dalam hati. Peningkatan kedudukan jiwanya di sisi Allah.


Pada yang menjadi bangsa banjir, menderita kesusahan, kesakitan dan rasa tidak selesa apabila terpaksa keluar dari kediaman masing-masing namun belajar untuk redha, tabah dan serah pada Allah. Semoga dengan kesusahan di dunia ini yang begitu kecil sekali sebenarnya, dia terlepas dari seksa di akhirat nanti yang Maha Dahsyatnya. Memohon dengan kesakitannya itu, digugurkan dosa-dosanya yang lalu. Taubat nasuha.

Biarlah dosa-dosanya pergi hanyut bersama air bah yang mengalir.

 Istidraj/Bala


Bengang dengan alam. Marah dengan hujan. Sakit hati melihat hartanya musnah. Ibadah asas ditinggalkan kerana putus asa dengan ujian yang menimpa. Menyalahkan pihak itu dan pihak ini yang menyebabkan air naik, menyalahkan dia dan dia kerana tidak memberi sumbangan dan bantuan dengan segera dan terbaik, mengambil kesempatan, marah dan bagaikan berdendam. Dan lain-lain situasi yang kita sendiri mampu untuk menilai, Cuma kita selalu lupa..


Kita semua bersedih. Samada pemimpin mahupun rakyat jelata. Allah uji tanggungjawab pemimpin, Allah uji hati rakyat. Sama-sama kita adalah hamba.

Tapi, kita letakkan di mana kesedihan itu? Ke arah negatif atau kembalikan semua kepada Allah, yang memberi semua itu?


Maulidurrasul akan tiba tak lama lagi. Perasan tak, seolah-olah Allah hendak bersihkan dunia ini atas berkat kekasihNya. Ramai yang mula mencari jalan untuk kembali padaNya, kembali memeriahkan masa yang Allah beri dengan membaca Maulid buat Nabi Mulia. Maklumlah, kita semua arif, tahu dengan adat kaum di Malaysia. Tak sah Tahun Baru tu kalau tak ada parti sambutan, perancangan itu dan ini, yang sudah tentu-tentunya akan ada syaitan dan iblis yang bersorak dan berkaraoke sekali.

Manusia memang senang sangat nak lupa. Peristiwa Tsunami yang begitu menyentakkan dunia pun boleh dianggap ‘kisah lampau’, bukan pengajaran dan peringatan. Jangan sampai Allah buatkan gelombang Tsunami yang kedua, yang lebih dahsyat kerana dosa yang kita anggap kecil dan remeh. Nauzubillah min zalik.


Sungguh ku tak pandai berhujah. Apa yang tercoret hanyalah luahan hati dan campurtangan sedikit perkongsian dari group internet yang ada. Dan ini juga adalah peringatan pada diri ku sendiri! Manusia biasa yang punya cita-cita untuk jadi manusia yang baik, selamat dunia dan akhirat.

Beribu kali kita diingatkan, taat perintah Allah, jauhi larangannya biarpun sekecil-kecil larangan seperti merokok atau pakai legging di luar rumah, mungkin?


Kalau hendak bergembira, menyambut sesuatu, biarlah berpada-pada, tidak meninggalkan ibadah asas dan tidak melanggar garis syariat yang kita semua dah belajar dari sekolah rendah lagi.

Kalau dapat nikmat, kembalikan pada Allah dengan cara bersyukur.

Dapat ujian, kembalikan juga pada Allah, redha dan sabar dan terus tingkatkan diri.


Tapi, kita lupa..

Lupa Allah tu tengok saja setiap perkara yang kita buat, tahu ssetiap lintasan dalam hati, dengar setiap apa yang kita lontarkan menggunakan mulut yang Dia beri.


Lupa Allah dah banyak menghukum kaum-kaum terdahulu dengan tentera-tenteranya yang nampak lemah tapi sangat berkuasa bila diperintahkan.


Air? Sejuk dan dingin. Lembut dan indah. Menyegarkan. Mempesonakan.

Bila berubah menjadi tentera, manusia yang paling tinggi kuasanya di dunia pun hanya mampu geleng kepala.


Sampai bila kita nak lawan Allah?


Ampun, Ya Allah..

[ Sedikit Perkongsian ]



Allah perkenalkan lagi kuasanya.
Allah arahkan tenteranya AIR berbentuk hujan..
untuk melimpahi Bumi.
Agar hamba-hambaNya sedar semula,
Bumi siapa yang kamu sedang pijak sekarang ini..
Allah berhak mengambilnya.

Janganlah doa agar hujan berhenti..
tapi..
berdoalah agar perasaan takut pada Allah
dalam diri hamba tidak henti-henti..

Allah sedang menilai bagaimana hamba-hambaNya berperasaan.
setelahmana Allah timpakan ujian.

Stetelah hujan pergi,
hati kita semakin takut pada Allah hendaknya..

Nak dapat takut Allah, 
sudah tentu perlu penghubung..
itulah RASULULLAH..
Rinduilah dia..

Hujan!!
Turunlah!!
Taatlah kepada Tuhan mu,
Aku bersyukur didatangi mu.
Sekiranya kita terpisah,
ku akan merindui mu.

KU INGINKAN KEAJAIBAN..

psstt.. demam melanda..


 Salam. Jangan lupa, 
Allah Mencintaimu..

17 ulasan:

  1. Allahu. banyak sungguh allah hantarkan ujian buat kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak lagi nikmat Allah beri tp kita yg selalu lupa T-T

      Padam
  2. ALLAHUAKBAR...moga-moga keadaan di pantai timur semakin elok..sayu AB baca entry ni..take care ye..btw AB ada tag awak..meh le singgah http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/12/postcards-giveaway-from-czech-germany.html

    BalasPadam
  3. ujian tanda peringatan buat kita semua. semoga mereka tabah.

    BalasPadam
  4. subhanallah, Allahuakbar..besar sungguh kuasa Allah untuk duga & uji hamba2 Nya nie. terasa kerdil sangat kita kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru terasa, mudahnya Allah nak ambil balik semuanya

      Padam
  5. Semoga apa yang berlaku ni memberi peringatan buat kita semua..

    BalasPadam
  6. musibah yang besar semoga segera taubat...dan terus sabar...

    BalasPadam
  7. ujian Allah mesti ada hikmahnya kan..selagi kita hidup,,ujian tak kan pernah berhenti untuk kita tanda kasih Dia untuk kita,,Allahuakbar!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita pandai kembalikan semuanya pada Pemilik Asal

      Padam
  8. Allahuakbar.. moga kita tabah mghadapi ujianNYA aminn

    BalasPadam
  9. kita hanya pandai merungut dan kurang yg bersyukur...Allah hu Akhbar

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedangkan ramai yg lagi teruk dr kita.

      Padam

Terima kasih atas kunjungan (^^,)
Sila-silalah tinggalkanlah jejak kalian di sini
supaya mudah ku membuat kunjungan semula.